Beli Buah Strawberry Di Sky Farm Agro Highlands

Pergi Cameron Highlands tak kan tak beli strawberry kan. Saya pula peminat buah strawberry. Sangattt! Encik suami lansung tak minat buah strawberry. Buah strawberry sedap kot. Rugi tak makan! Tambah lagi dapat yang fresh dari ladang.

Dalam perjalanan turun bawah kami nak singgah mana-mana tempat yang ada jual buah strawberry. Dari jauh nampak Sky Farm Agro Highlands, jadi kami terus singgah je lah. Kat Sky Farm Agro Highlands kurang meriah sikit.

Sky Farm Agro Highlands

Dah masuk dalam macam sendu teramat je. Dari apa yang saya baca, kat sini boleh petik buah strawberry segar. Kena jalan masuk dalam lagi. Kami rasa macam sendu, terus keluar semula. Ni semua sebab PKP lama sangat kot. Ada jual teh, aiskrim dan sayur.

Kami tak plan nak petik strawberry sebab dulu dah masuk strawberry farm kira cukuplah tu. Nak beli terus je senang kerja. Kami beli buah strawberry di gerai luar. Gerai luar nampak meriah lah sikit berbanding kat dalam tu.

Sky Farm Agro Highlands

Pek strawberry ada yang pek kecil RM10 dan buah strawberry saiz besar RM25 kot. Untuk bagi ole-ole beli yang pek kecil banyak sikit okaylah. Bolehlah bagi sorang sikit. Kalau beli pek besar nanti kena agih agihkan dalam bekas lain pula.

Sky Farm Agro Highlands

Geram tengok buah strawberry segar. Betul ke orang kata buah strawberry ni kalau kat Cameron Highland manis je tapi bila dah sampai bawah jadi masam. Betul ke?

Sky Farm Agro Highlands

Tak menyempat sampai rumah, saya dah habiskan separuh bekas buah strawberry pek besar. Bersihkan dulu baru makan. Risau juga kalau terus makan walaupun fresh from ladang. Sedap manis ada rasa masam sikit sikit tu biasalah.

Kat mana the best strawberry park in cameron highlands? Next time kalau datang nak juga sekali lagi terjah strawberry farm yang lebih menarik, nak petik sendiri kononnya.

Things to do in Cameron Highlands

Dengan itu berakhirlah cuti kami di Cameron Highlands. Walaupun tak berjalan sakan tapi berpuas hati juga dapat pergi tempat-tempat baru yang menarik. Trip ke Cameron Highlands seterusnya mungkin beberapa tahun akan datang.

18 comments:

  1. nampaknya banyak tempat yg fiza pergi dah ..shida je blm jejak lg hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru sikit tu Shida. Kena cuti lama kalau nak pergi banyak tempat. Next time lah kalau ada rezeki, pergi tempat lain pulak. Takpe Shida, shida tu kira dah dekat jugak dengan CH..nanti boleh pergi :)

      Delete
  2. Lama tak dengar cerita Fizah. Pergi Cameron rupanya. Saya pun rasa strawberry sampai bawah dah tak sedap. Maybe sebab dah kurang fresh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi Cameron 2D1N je Sal. Sebelum tu sibuk dengan urusan lain. Kann..rasanya memang camtu kot kan. Benarlah bagai dikata...

      Delete
  3. Akak pun ada dengar orang cakap camtu. Masa beli kat cameron, manis, dah turun bawah, jadi masam rasa strawberry. Bestnya. Akak pun suka buah strawberry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, rasa macam tu jugak kak. Dapat makan strawberry fresh memang best kan Kak Nur.

      Delete
  4. Oh, ada pula kisahnya kalau dah sampai bawah, masam pulak rasanya! Tapi kalau dapat strawberry manis dan masam sikit-sikit tu kira ok lah juga kan Fizah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar dari cerita orang lama begitulah Kak Amie. Betullah tu, dapat yang masam masam sikit okaylah. Rasanya yang saya makan tu memang ada masamnya sikit, taklah manis sangat. Cuma manis tu lebih sikit dari masam :)

      Delete
  5. gambar last tu, haishhh..menggoda betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengancam betul kan kesegaran warna buah strawberry tu :)

      Delete
  6. Pengeeen Cuba 😍😄. Strawberry di Lembang pun merah2 macam tuh, tapi tetep saja masam. Saya tak kuat. JD kalo beli strawberry di sana, pasti saya pilih di juice , daripada makan langsung.

    Kadang pengiiin sangat merasakan strawberry yg benar2 manis yg pernah saya coba di Seoul, Hokkaido dan Berlin. Itu baru manis betul. Mungkin juga Krn suhu dan iklim yg berbeda Yaa, makanya buah strawberry di sana bisa manis sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang Malaysia, jangan lupa singgah Cameron Highland ye. Kalau masam sangat memang tak mampu nak telan pun. Biasanya kalau juice kurang sikit masam dia kan.

      Mungkin di negara sejuk buah strawberry lebih manis agaknya. Faktor cuaca juga mempengaruhi rasa. Belum pernah rasa lagi yang dari sana.

      Delete
  7. CH & strawberry berpisah tiada...wajib beli..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul! memang takkan berpisah sebab itulah signature CH. Wajib beli :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.