Drama Special Force : Anarchy

Azhafizah MN
By -
0
Special Force : Anarchy, sebuah drama melayu siri original pertama dari Malaysia dari platform Disney+ Hotstar. Anarchy diinspirasikan oleh filem aksi popular 2018 Malaysia iaitu KL Special Force. Drama siri aksi Special Force : Anarchy terbaharu ini diterbitkan oleh Skop Production yang diarahkan oleh pengarah Syafiq Yusof.

Special Force : Anarchy dibintangi pelakon Puteri Aishah, Dato’ M. Nasir, Elizabeth Tan, Yusuf Bahrin dan ramai lagi. Tonton drama Special Force : Anarchy online di Disney+ Hotstar.

Drama Special Force : Anarchy

DRAMA SPECIAL FORCE ANARCHY

Jumlah episod : 8
Mula siaran : 2022
Siaran TV/Platform : Disney+ Hotstar
Penulis skrip : June Tan, Nazri Vovinski
Pengarah : Syafiq Yusof
Produksi : Skop Productions Sdn Bhd

PELAKON SPECIAL FORCE ANARCHY

  • Puteri Aishah
  • Dato’ M. Nasir
  • Yusuf Bahrin
  • Steve Yap
  • Dynas Mokhtar
  • Theebaan G
  • Fify Azmi
  • Chacha Maembong
  • Elizabeth Tan
  • Johan As’ari
  • Daniella Sya

SINOPSIS SPECIAL FORCE ANARCHY

Iman (Puteri Aishah), seorang pegawai polis muda, bersemangat tinggi, dari sebuah negara fiksyen, Tenggara.

Tanpa diduga, siasatan yang dilakukan terhadap satu rompakan bank terancang, bukan sahaja telah mempertemukannya dengan kumpulan bawah tanah berbahaya, tetapi juga telah membuka sebuah rahsia besar yang mampu mengubah segalanya!

Sebagai seorang pegawai polis cemerlang yang serba boleh, Iman direkrut untuk menyertai satu pasukan anti-rasuah elit khas yang diketuai oleh bapanya sendiri, Komander Qabil (Hasnul Rahmat).

Ditubuhkan khas untuk menyelesaikan kes jenayah paling berbahaya, penyertaan Iman telah membantu pasukan itu membongkar rancangan rompakan di Bank Tenggara oleh geng penjenayah ganas yang dikenali sebagai Azazel. Kumpulan pengganas ini diketuai oleh seorang lelaki bernama Umar (Dato’ M. Nasir).

Di tengah konflik persengketaan itu, Iman terperangkap dengan kebuntuan apabila berdepan dengan sebuah pendedahan mengejutkan. Iman kini dipaksa untuk membuat pilihan yang mustahil.


Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)