Naik Buaian Cameron Adventurous ATV & Safari, Tarikan Menarik di Cameron Highlands

Memandangkan masih awal dan belum sampai masa untuk check in Hotel. Lepas singgah sebentar di Air Terjun Lata Iskandar, tempat pertama kali pergi adalah Cameron Adventurous ATV & Safari!  Motif? Nak naik buaian cantik yang tinggi atas bukit tu je sebenarnya.

Dalam banyak-banyak tempat menarik di Cameron Highlands yang kami nak pergi, Cameron Adventurous ATV & Safari ni paling jauh sikit. Jadi, kena pergi tempat ni dululah. Esok malas dah nak ke atas. Risau jem buang masa pulak.

Sebenarnya macam baru tahu je Cameron Adventurous ATV & Safari ni. Tak tahulah tarikan baru di Cameron Highlands atau saya je yang baru tahu sebab dah lama tak jejak Cameron Highlands. Rasanya dah lama kot kan sebab bila google tahun 2020 tu dah ada orang pergi. Saya je lambat sampai. Hmmm...

Nak kesana, kami guna waze je dengan keyword Cameron Adventurous ATV & Safari. Confirm sampai! Nama lain, Cameron Adventurous Kuala Terla Tea Plantation atau Ladang Teh Cameron Valley Kuala Terla.

Cameron Adventurous ATV Safari Price

Safari Combo
RM18/ Dewasa
RM12/ kanak-kanak

ATV Combo
RM80/single
RM90/double (below 100kg)

Safari Park
RM8/ dewasa
RM5/ kanak-kanak

Swing Cameron Adventurous
RM5/ seorang

Cameron Adventurous ATV & Safari

Kami ambil pakej Safari Combo (RM18 x 2 orang) + Swing Cameron Adventerous (RM5) untuk saya seorang je. Nak naik buai kena kurang daripada 100kg. Sama juga dengan nak naik ATV berdua dengan kurang berat 100kg. 

Teringin nak naik ATV tapi nak jadi pembonceng je. Tapi sebab kami dah terlebih berat tak dapatlah nak naik berdua. Plus, rasa macam bajet tu overprice. Yang suka ATV extreme rides tu, cubalah pengalaman naik ATV kat sini.

Kami ride santai-santai naik landrover 4x4 je lah. Duduk je belakang diam-diam naik atas bukit nun. Lebih kurang 5-10 minit macam tu kejap je dah sampai atas.

Tapi tak rilek betul naik landrover 4x4, uncle tu bawa ikut lereng bukit macam drive on road. Risau betul! Nak ambil video guna phone pun gegar tak boleh bawak bincang! Nasib baik bawa GoPro, boleh juga rakam video. Itupun tak berapa nak stabil jugak. haihh...

Cameron Adventurous ATV & Safari

Kalau ada banyak masa tak tahu nak buat apa, boleh je masuk Cameron Valley Tea ni tapi kena bayar lain. Tak boleh masuk terus sebab berpagar dan ada pondok pengawal tempat beli tiket. Saya perasan ada tangga sampai ke atas bukit. Mungkin view dari atas lebih menarik.

Naik landrover tu terus sampai atas ni. Ada photobooth menarik. Bolehlah bergambar sementara menunggu giliran naik buaian (Swing Cameron Adventurous). Punyalah panas kat atas ni sampai nak buka mata pun tak mampu weiii...

Cameron Adventurous ATV & Safari

Jenuh juga menunggu giliran ni. Siapa nak naik cepat, kena standby lah beratur kat depan macam tu. Bukan siapa beli tiket awal dia dapat dulu. Tak! Bukan macam tu. Sementara menunggu giliran tu ambillah gambar sebanyak mana sementara bateri masih bernyawa.

Tiket buaian ni boleh bayar sekali masa beli tiket kat bawah awal-awal tadi. Atau boleh terus bayar masa nak naik. Manalah tahu tiba-tiba dah sampai atas ni ada yang nak naik. Boleh bayar terus kat sini je.

Cameron Adventurous ATV & Safari

Untuk keselamatan, kena pakai safety belt. Kang kalau jatuh naya je. Mula tu cuak jugalah. Sejak akhir akhir ni macam gayat lain macam. Pantang pergi tempat tinggi, jadi gayat tiba-tiba. Sebelum ni tak pun. 

Beranikan diri jugalah. Sekali bila dah naik, tengok bawah. Lahhhh..taklah tinggi mana. Dalam gambar macam nampak tinggi je kan. Tinggi tu taklah tinggi sangat disebabkan dia lereng bukit je.

Dah naik tu, pekerja tu akan bagitahu 5 minit untuk ambil video atau gambar. Okaylah tu kan RM5 untuk 5 minit. Posing lah macamana pun. Kekok rasa nak ambil gambar berposing kat situ dengan banyak mata-mata memandang. Biasa-biasa je lah. Dengan tahan panas lagi satu hal. 

Swing Cameron Adventurous ATV & Safari

Nak naik buaian sangat kan. Jadilah sekali naik alang-alang dah sampai tu. Entah bila lagi nak sampai kan. Dah puas hati duduk atas buaian 5 minit, lepas tu tunggu landrover yang bawa penumpang naik sampai. Lepas tu dia akan bawa ke Safari Park. Macam mini zoo lah kiranya.

Betul-betul mini. Tempat dia kecil je. Pusing tak sampai 5 minit habis. Tapi tak bosan lah sebab boleh berinteraksi dengan haiwan yang ada, boleh bagi makan.

Cameron Adventurous ATV & Safari

Dalam ni banyak betul arnab. Gebu gebu geram je tengok tapi bau dalam ni kurang enak lah sikit. Bau macam macam binatang ada. Nak masuk kena bagi tiket dulu. Tiket yang beli awal-awal tadi.

Cameron Adventurous ATV & Safari

Ambillah sekeping gambar si arnab ni. Tahi arnab bersepah. Patutlah bau tempias sana sini. Nasib comel. Dekat dekat jugalah dengan dorang ni. Main-main. Hulur jari pun dorang ingat makanan. Agaknya dorang dibiarkan lapar so pengunjung boleh bagi makan.

Cameron Adventurous ATV & Safari

Ada kambing juga. Tapi macam kurang aktif je dorang ni. 

Cameron Adventurous ATV & Safari

Ada banyak jenis ayam dan burung dalam satu sangkar besar. Ada juga burung merak. Tunggu dia mengepak macam lamberrt lagi. Ambil gambar ayam ni, unik rupa paras dia. Ada banyak lagi haiwan lain. Seronok jugalah datang Cameron Adventurous ATV & Safari.

Cameron Adventurous ATV & Safari

Tarikan Cameron Adventurous ATV & Safari dah tentunya Swing Cameron Adventurous tu. Untuk orang dewasa seronoklah. Semata-mata nak bergambar kat buaian tu kan. Seronok juga bawa anak-anak sebab ada Safari Park.

Berbaloilah kot dengan harga tiket dan aktiviti yang ditawarkan. Okay next...Kemana kita?

Cameron Adventurous ATV & Safari

Cameron valley tea house 3, Jalan besar Kuala terla
39000 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia

10 comments:

  1. Cantik sungguh view di CH
    Gayat plak Aini tengok Fiza naik buaian tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah jemu tengok view CH ni kan. Nak pergi selalu jauh pulak. Mula tu macam gayat tapi dah naik tu kurang gayatnya sebab kurang tinggi sebenarnya :)

      Delete
  2. Macam tambah tarikan baru. Ini baru tahu. Hehe sesuai untuk mereka yang suka ambil gambar dengan buaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tahu kak sebab ada orang share di instagram. Memang sesuai sangat untuk mereka yang suka bergambar :)

      Delete
  3. Replies
    1. Ye Shida. Sini pun menarik, tang buaian tu lah tarikan utama dia. hehehe...

      Delete
  4. seronoknya naik buaian tapi mcm gayat...ha'ah, unik rupa paras ayam tu..takut tengok kepalanya...tapi cantik combination warna - merah putih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari jauh nampak macam gayat tapi dah naik tak rasa gayatnya. Rendah je kak.
      Memang unik ayam tu. Nampak bahagian merah tu macam otak pulak kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.