Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik

Azhafizah MN
By -
2
Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik inspirasi dari kisah benar lakonan Hisyam Hamid, Uqasha Senrose, Wan Maimunah dan ramai lagi. Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik bersiaran pada hari Jumaat, 1 Julai 2022 jam 9.00 malam di saluran Astro Citra 108. Boleh juga tonton Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik online di Astro Go.

Malam Tahlil Suhaila Balik kisah yang berlaku pada tahun 90an di sebuah perkampungan kecil di Pahang. Nama dan tempat keluarga sebenar tidak disebutkan demi menjaga aib mereka.

malam tahlil suhaila balik full movie

TELEFILEM MALAM TAHLIL SUHAILA BALIK

Siaran TV : Astro Citra CH108
Waktu siaran : Jumaat, 1 Julai 2022, jam 9.00 Malam
Idea Asal : Mayasari Emma & Seri Dewi
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : MS Digital Studio

PELAKON DAN WATAK

  • Hisyam Hamid sebagai Qayyum
  • Uqasha Senrose sebagai Suhaila
  • Wan Maimunah Aziz sebagai Nenek
  • Zarynn Min sebagai Suhana
  • Liza Abdullah sebagai Mak
  • Shyrim, Fifie
  • Rais Ismail

SINOPSIS MALAM TAHLIL SUHAILA BALIK

Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang ada sumpahan 7 keturunan, dilarang berkahwin dengan orang luar yang tiada ikatan keluarga. Namun pada tahun 90an yang sudah moden, sumpahan itu tidak lagi dihiraukan.

Suhaila yang bekerja di KL bertemu jodohnya dan mereka berkahwin. Takdirnya beliau meninggal awal. Tiba tiba pada malam tahlilnya, mayat Suhailah jatuh gedebam dari atas loteng rumah jatuh pas pas depan suaminya.

Suaminya hendaklah memikul semula Suhaila ke kuburan dengan memikul belakang mayat di atas belakangnya. Mayat itu dikatakan ringan seperti kapas.

Akan tetapi, satu persatu rahsia yang tersimpan disebalik keluarga Suhaila terbongkar. Wujud Suhaila yang hadir untuk merungkai segala kejahatan yang tersimpan!

Siapakah dalang dalam semua kejahatan ini?
Mampukah Qayyum menghantar kembali mayat arwah isterinya ke kubur?

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment