Header Ads


Palmarosa Young Living Essential Oils Bau Manis Bunga Yang Menenangkan

Selain beli EO Melrose, saya beli juga Palmarosa Young Living Essential Oils (EO). Ikut jenis warna botol, pada saya botol purple ni baunya biasanya beest-best. Macam bau EO Joy dan EO Lavender yang pernah ada dalam koleksi EO saya. 

Warna botol purple nijuga agak mahal harganya. Palmarosa young living price RM 125.50 retail price. Untuk member price dapat murah lagi bawah RM100. Itu yang berbaloi jadi ahli.

Untuk topup EO, saya akan beli yang botol 15ml untuk kegunaan jangka masa panjang. Yang 5ml macam cepat sangat habis. Saya pilih bau yang macam menarik baunya berdasarkan bahan-bahan yang terkandung.

Terberkenan nak beli EO Palmarosa ni sebab Palmarosa daripada aroma bunga yang manis, geranium. 

Dah tentu palmarosa essential oil smell berbau harum. Palmarosa essential oil for skin juga banyak digunakan dalam skincare products.Ini kerana ia boleh menembusi jauh ke dalam sel kulit.

Palmarosa Young Living Essential Oils

Palmarosa Essential Oils Young Living

Merupakan minyak pati tunggal ( Essential Oils Singles). Juga dikenali sebagai geranium India dan serai wangi maharaja, bau Palmarosa yang bersih dan seperti tanah melegakan badan dan fikiran. 

Minyak dengan haruman ceria ini berkait rapat dengan serai dan serai wangi serta sering digunakan dalam pelembap dan serum muka kerana baunya yang ceria dan manfaatnya yang memberi sokongan pada kulit.

Palmarosa essential oil skin benefits

  • Menyuburkan epidermis
  • Mengimbangi tahap kelembapan dan mengunci kelembapan masuk.
  • Kulit kelihatan segar, berseri, anjal dan lebih kuat
  • Bagus untuk mengimbangi pengeluaran sebum dan minyak pada kulit. Ini bermakna ia adalah minyak yang baik untuk merawat jerawat.
  • Ia juga boleh membantu menyembuhkan luka dan lebam.
  • Merawat kulit sensitif termasuk ekzema, psoriasis dan mencegah parut

Palmarosa essential oil spiritual benefits

  • Menyokong mood semasa kelemahan emosi.
  • Mengurangkan kekanan, kebimbangan, kesedihan, trauma serta keletihan saraf 
  • Bagus untuk hormon, menstabilkan gejala sindrom prahaid, kembung perut dan ketidakseimbangan hormon.
  • Menenangkan dan menaikkan emosi serta menyahkan fikiran yang bercelaru. 

Cara penggunaan EO Palmarosa Young Living

Aromatik
Gunakan minyak pati secara aromatik untuk membangkitkan semangat.

Gosok 2-3 titis minyak pati antara tapak tangan anda dan tarik nafas.
Tambah beberapa titis minyak pati ke dalam semangkuk air panas. Tutup kepala dan mangkuk anda dengan tuala. Tarik nafas dalam-dalam, secara perlahan.
Gunakan minyak pati dengan pembaur kami.

Topikal
Kebanyakan minyak pati adalah selamat dan bermanfaat untuk digunakan terus pada kulit.

Letak 2-3 titis minyak pati pada kawasan yang diinginkan dan urut. Ulang langkah tersebut jika mahu. Pastikan anda sentiasa mematuhi arahan pencairan pada label.

2 comments:

  1. menarik fiza. Tak tahu bila nk grab set young living ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. EO YL best best semuanya Shida. Setiap satu ada kebaikan dia. Ada rezeki lebih boleh grab nanti :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.