Header Ads


Berjaya Menangkap Pepatung Dalam Gambar

Setelah sekian lama tak nampak pepatung, sedang elok pepatung bersantai di ampaian cepat-cepat saya keluarkan handphone dan potretkan dia. Dapat jugalah gambar pepatung yang elok sikit. Rasanya dah lama sungguh tak nampak pepatung ni.

Terkenang zaman kanak-kanak suka tangkap pepatung lepas tu lepaskan semula. Bukan mudah ye nak tangkap gambar pepatung. Silap perkiraan langkah, pantang dia dengar bunyi atau terancam terus dia laju berlalu pergi.

Setakat yang saya tahu dan pernah tengok jenis pepatung adalah pepatung merah dan lagi satu pepatung transparent, hitam ke putih entah. 

Pepatung

Pepatung

Pepatung dalam jawi ejaan dia adalah ‏ڤڤاتوڠ‎‎ . Pepatung in english disebut dragonfly. Pepatung adalah sejenis serangga dalam order Odonata, suborder Epicrota atau lebih tepat lagi di bawah infraorder Anisoptera.

Apakah nama nama saintifik pepatung? 

Pepatung dikategorikan berdasarkan ciri-cirinya dan anggota badan pepatung seperti :
  • mata bersegi besar
  • mempunyai 2 pasang sayap yang kuat dan lutsinar
  • berbadan panjang. 
  • mempunyai 6 kaki seperti serangga-serangga lain, ia tetap tidak boleh berjalan.
  • Pepatung juga merupakan serangga yang paling laju terbang.

Pepatung adalah pemangsa berguna yang memakan nyamuk dan pelbagai serangga kecil lain seperti lalat, lebah, semut dan kupu-kupu. Ia biasanya boleh dijumpai di sekitar tasik, kolam, sungai dan tanah lembap kerana larvanya, yang juga dikenali sebagai “nimfa”, adalah bersifat akuatik.

Kitaran hidup pepatung

Pepatung betina bertelur di dalam atau berhampiran dengan air, pada kebiasaannya di atas tumbuhan terapung atau tumbuhan baru. Semasa bertelur, sesetengah spesies akan menyelam sepenuhnya untuk bertelur dalam permukaan yang baik. Telur tersebut kemudiannya menetas menjadi nimfa.

Kebanyakan kehidupan pepatung diluangkan di dalam naiad (sejenis bentuk nimfa), di bawah permukaan air, menggunakan muncung yang boleh dipanjangkan untuk menangkap invertebrata atau vertebrata lain seperti berudu, ikan dan lain-lain.

Pepatung bernafas melalui apa?

Organ pernafasan pepatung adalah insang. Mereka bernafas melalui insang yang terdapat di dalam rectum, dan boleh menggerakkan badan mereka dengan pantas melalui cara memaksa air keluar dari anus secara tiba-tiba. Sesetengah nimfa juga memburu di darat, satu kebolehan yang agak biasa pada zaman dahulu ketika pemangsa di bumi masih lembab.

Peringkat larva bagi pepatung yang besar boleh mencecah sehingga 5 tahun. Dalam spesies yang lebih kecil, peringkat ini hanya mengambil masa antara 2 bulan hingga 3 tahun. Apabila larva telah bersedia untuk menjalani metamorfosis menjadi dewasa,ia akan memanjat lalang air atau tumbuhan terapung.

Keadaan terdedah kepada udara menyebabkan larva mula bernafas. Kulit larva atau juga digelar sebagai kepompong akan terbuka pada bahagian yang lemah dan lembut di belakang kepala. Kemudian, pepatung dewasa akan merangkak keluar dari kulit larva yang lama lalu mengembangkan sayapnya dan terbang mencari lalat atau serangga kecil sebagai makanan.

Peringkat dewasa bagi kebanyakan pepatung hanya selama 4 bulan.

Pepatung dalam kehidupan manusia

Di Eropah, pepatung selalu dianggap sebagai satu ancaman. Di sebahagian negara Amerika Selatan, pepatung juga dipanggil metacaballo yang bermaksud pembunuh kuda memandangkan ia dilihat boleh mendatangkan bahaya kerana sesetengah spesies adalah sangat besar untuk dikategorikan sebagai serangga.

Walau bagaimanapun, pepatung mempunyai reputasi yang lebih baik di Asia Timur dan pedalaman Amerika. Di pedalaman Amerika, ia dipercayai sebagai simbol perubahan selepas berusaha bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Di negara Jepun pula, pepatung dianggap sebagai lambang keberanian, kekuatan dan kegembiraan, malah ia sering dipersembahkan dalam seni dan kesusasteraan terutamanya haiku.

Pepatung juga pernah digunakan sebagai ubat pada zaman dahulu di negara China dan Jepun. Di sebahagian kawasan di Bumi seperti di Indonesia, ia juga merupakan sumber makanan yang dimakan sama ada dewasa ataupun larva.

Gambar-gambar menarik tentang pepatung adalah biasa dalam Art Nouveau, terutamanya dalam mereka bentuk barang kemas. Ia juga digunakan sebagai motif dekoratif pada fabrik dan hiasan rumah

sumber : wikipedia 

Dari cerita orang dulu-dulu ada maksud pepatung masuk rumah. Macam kalau rama-rama atau kupu-kupu masuk rumah, ada tetamu nak datang. Apa maksud pepatung masuk rumah menurut Islam? 

22 comments:

  1. cantik.... nak dapat ambil gambar pepatung tu dahla susah ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan pepatung tu. Tahu takpe kak. Jenuh gak tu slow slow dekat sikit dan zoom.

      Delete
  2. Di rumah Sis ni tengah banyak belalang, sekor demi sekor si kucing Sis bawa masuk, geramm nengokkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halah halah kucing pun bawa masuk rumah pulak dia. Nak tunjuk skill kot pandai tangkap belalang. Sabar jelah. Hehe..okay jugak dia handal tangkap belalang, tak payah sembur racun serangga.

      Delete
  3. Cantik, sharp gambarnya. Pakai camera phone apa ni?

    ReplyDelete
  4. kita takut sikit ngan pepatung ni, rasa cam seram gitu.

    ReplyDelete
  5. cantik gambar. pepatung tak tau lah pulak. rama-rama tu selalu dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Itulah tu, rama-rama biasa dengar. Kisah pepatung jarang dengar.

      Delete
  6. baru tau pepatung bernafas guna insang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, seperti yang ambil dari link dalam entry begitulah katanya.

      Delete
  7. Cantik gambar pepatung Fizah berjaya capture. Merah pulak tu warnanya. Tak tahu pulak akak apa maksud pepatung masuk rumah. Rezeki nak masuk kot. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Rezeki dapat tangkap moment tu. Mungkin jugalah petanda baik sebab kalau rama-rama tetamu nak datang, tetamu datang bawa rezeki :)

      Delete
  8. Replies
    1. Pertama kali dengar sibu-sibu.Terima kasih wak berkongsi info.

      Delete
  9. Tak tahu pulak apa maksudnya kalau masuk rumah.. tapi saya kalau jumpa ni, memang nak menepis aje... Haaa.. sinlalat mesti x berani dekat ngn pepatung ni . hehe

    ReplyDelete
  10. Dulu ada kawan yang panggil sibor-sibor. Selalu jumpa tapi nak tangkap tu bukan mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh..pertama kali dengar sibor-sibor. Terima kasih share. Tahu takpe! Tak sempat nak pegang ekor dah lari dah. Lagi cepat dia kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.