Header Ads

Tonton Drama Ratu Ten Pin 2 Shalin


Drama Ratu Ten Pin 2 Shalin, drama sekuel Ratu Ten Pin musim 1 dibintangi pelakon Jasmine Suraya, Elisya Sandha, Syaidatul Afifah, Nazim Othman, Sheila Rusly, Nasz Sally, Wani Kayrie, Lim Mei Fen dan ramai lagi.

Drama Ratu Ten Pin 2 Shalin diinspirasikan daripada kisah hidup ratu boling negara iaitu Shalin Zulkifli termasuk kisah permulaan dirinya dalam menyertai pasukan boling negara. 

Tonton Drama Ratu Ten Pin 2 Shalin musim kedua episod 2 mula disiarkan pada 11 Julai ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11:00 malam di Astro Ria. Juga boleh strim di Astro GO dan On Demand.

drama ratu ten pin 2 shalin full episode

DRAMA RATU TEN PIN 2 SHALIN

Jumlah episod : 20
Mula siaran : 11 Julai 2022
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, jam 11:00 malam
Siaran TV : Astro Ria, Astro Go
Pengarah : Azman Yahya
Produksi : JS Pictures Sdn Bhd


PELAKON DRAMA RATU TEN PIN 2 SHALIN

Jasmine Suraya sebagai Shalin
Elisya Sandha sebagai Norma
Syaidatul Afifah sebagai Sandra
Nazim Othman sebagai Arief
Sheila Rusly sebagai Mem Maria
Nasz Sally sebagai Nurin
Wani Kayrie sebagai Suzana
Lim Mei Fen sebagai Christi


SINOPSIS DRAMA RATU TEN PIN 2 SHALIN

Norma, Reez, Sandra dan Suzana kini telah menjadi pemain senior dalam pasukan boling negara. Namun, Reez dan Suzana ingin menarik diri daripada pasukan tersebut, walaupun minatnya dalam sukan boling masih tinggi, Reez tetap memilih untuk mengutamakan masanya bersama dengan keluarga setelah persengketaan dengan bapanya menjadi baik untuk menguruskan legasi bisnes keluarganya.

Selepas Reez menarik diri, pasukan boling negara menjadi kekurangan seorang pemain. Maria, jurulatih pasukan tersebut mengambil Shalin sebagai pemain baharu untuk mencukupkan bilangan pemainnya. Shalin merupakan seorang pemain boling yang handal tetapi tidak dikenali oleh orang ramai. Norma dan Sandra juga pernah mengetahui tentang kehebatan Shalin dalam sukan ini.

Norma yang merasakan dirinya sebagai pemain nombor satu negara terasa terancam dengan kehadiran Shalin. Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Shalin dan mengekalkan dirinya sebagai pemain nombor satu dalam pasukannya.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.