Nak Kulit Muka Cantik Pilihlah Produk Skincare Yang Betul

Dulu zaman study, pernah mengalami masalah kulit muka berminyak dan berjerawat teruk. Sebabnya salah pilih produk skincare. Kalau ingatkan balik rasa seram nak tengok kulit muka sendiri. Dulu kurang ambil tahu sangat tentang produk skincare ni.

Asal tengok iklan, mudah sangat terpengaruh tanpa mengkaji dulu.  Itulah kesilapan saya dulu. 

Pengalaman salah pilih produk skincare

Produk apa biarlah rahsia. Tapi macam tak wujud dah rasanya produk tu, saya pun lupa apa namanya entah. Seingat saya, masa tu guna trial pek dalam bekas kecil kecil tu satu set. Ada krim pencuci muka (sabun), toner, krim siang dan krim malam.

Taknak sejarah berulang kembali. Sekali dah terkena memang berhati-hati pilih produk yang betul. Paling penting kena semak ingredient dalam sesuatu produk tu. Sesuai ke tidak untuk kulit kita sebab jenis kulit setiap orang berbeza. Mungkin sesuai untuk orang lain tapi tak sesuai untuk kita.

hansaegee nature aqua whitening cream
gambar beberapa tahun kebelakang. Kulit masih kusam dan dalam proses merawat kulit


Pernah tak rasa macam takut atau ragu-ragu nak cuba produk skincare? Mesti pernah kan. Takut nanti tak sesuai dengan kulit atau membahayakan kulit. Paling kena elak produk yang ada paraben. Bukan je membahayakan kulit, lepas tu kulit jadi tak seperti yang kita inginkan. Membazir duit dan membazir masa juga. 

Tapi apa-apa pun kena juga pakai skincare. Paling tidak pencuci muka dan pelembap (moisturiser) muka tu penting. Biasanya orang malas pakai moisturiser ni sebab kebanyakkannya moisturiser yang ada dipasaran adalah oily based.

Bila pakai jadi melekit dan menyebabkan pori kulit muka tersumbat dan seterusnya jerawat pun muncul. Baru sapu dah melekit, apatah lagi berpeluh. Dah tentu macam kurang selesa dan jadi malas nak pakai moisturiser. Betul tak?

Nak kulit cantik tapi itulah...sedih bila produk skincare taknak bagi kerjasama pula. Kecewa dan automatik jadi kurang yakin dengan diri sendiri nak berhadapan dengan orang bila keluar rumah.

Pemilihan Moisturiser yang betul

Nak kulit cantik sihat tapi malas nak pakai moisturiser sebab berminyak. Kalau ada macam tu kenalah pilih moisturiser jenis water based, non-comedogenic dan no paraben. Jenis water based ni dia mudah menyerap, tak melekit dan selesa dipakai. Ringan pada kulit dan rasa macam tak pakai sebarang krim. 

Kalau kau orang pernah merasai pengalaman atau takut nak mencuba produk skincare disebabkan masalah macam saya sebelum ni. Penting ye pilih produk skincare yang betul. Jangan jadi macam saya. 

Untuk pemilihan moisturiser, saya akan pastikan moisturiser yang water based, non-comedogenic, Paraben-Free, Sulfate-Free, Alcohol-Free dan tidak menyumbatkan pori-pori kulit muka. Saya dah jumpa produk skincare yang terbaik untuk kulit berminyak dan tidak melekit iaitu Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream.

hansaegee nature aqua whitening cream



Aqua Whitening Cream ingredients

Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Butylene Glycol, Dimethicone, Niacinamide, Sodium Chloride, Camellia Japonica Seed Oil, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Betaine, Allantoin, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Disodium EDTA, DMDM Hydantoin, Citrus Aurantium Bergamia (Bergamot) Fruit Oil, d-Limonene, Linalool Centella Asiatica Extract, Cornus Officinalis Fruit Extract, Vitis Vinifera Fruit Extract, Portulaca Oleracea Extract, Angelica Acutiloba Root Extract, Diospyros Kaki Leaf Extract, Ganoderma Lucidum Extract, Xanthium Strumarium Fruit Extract, Gentiana Scabra Root Extract, Sophora Angustifolia Root Extract, Achyranthes Japonica Extract, Arclium Lappa Seed Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Panax Ginseng Root Extract, Phenoxyethanol         

Saya dah cuba sejak tahun lepas lagi 2021, dah sampai sekarang dah masuk bekas ketiga dah. Untuk keluaran yang bekas kedua dan ketiga ni sama, ada bahan tambahan dan lebih banyak kandungannya. Ada bahan water dan niacinamide tu sangat sesuai untuk kulit yang berminyak. Juga boleh kawal pengeluaran minyak berlebihan yang menyebabkan jerawat muncul.

Boleh baca kedua-dua review saya sebelum ni dan sebab itulah saya memilih untuk terus menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream sampai dah 3 bekas dah! Produk bagus, why not kita teruskan pakai.

hansaegee nature aqua whitening cream


Aqua Whitening Cream ( Moisturising & Whitening treatment)

Saya suka guna bukan hanya sebab bagus. Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni sejenis krim pelembap (moisturiser) yang unik, ada titisan air muncul selepas krim disapu pada kulit muka. Krim lain macam tak pernah nampak lagi ada kesan macam ni. Magic kan, sapau sapu keluar air. Itu yang rasa excited nak pakai setiap hari. Saya pakai 2 kali sehari pagi dan malam sebelum tidur.

Tekstur moisturiser cream yang ringan dan selesa dipakai sepanjang hari. Tidak melekit lansung selepas pakai. Berpeluh pun tak risau dah sebab moisturiser Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream yang mengandungi niacinamide ni mampu mengawal minyak berlebihan. Tahu je lah kan bila dah berpeluh tu minyak pun sama naik. 

Walaupun aqua whitening cream ni mudah meresap dan tidak melekit tapi dia memerikan kelembapan kulit yang bagus. Rasa kulit lembap dan lembut serta anjal (meremajakan kulit). Selain tu, bahan niacinamide ni juga fungsi dia memutihkan kulit dan sekaligus sekatakan tona warna kulit. 

Kelebihan Menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

  • Melembap dan menghidrasi kulit.
  • Mengawal sebum dan minyak berlebihan pada kulit.
  • Meredakan kemerahan dan kulit rosak terbakar akibat terdedah kepada cahaya matahari.
  • Mengurangkan saiz liang pori-pori kulit.
  • Memperbaiki dan mencerahkan kulit yang tidak sekata serta merawatt pigmentasi kulit.

Aqua Whitening Cream sesuai untuk semua jenis kulit

hansaegee nature aqua whitening cream

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Sesuai untuk semua jenis kulit. Jenis kulit berminyak, kulit kering mahupun kombinasi (gabungan dari beberapa jenis kulit) serta normal boleh menggunakannya.

Bagus sangat, kan? Sejak guna Aqua whitening cream saya tak risau lagi kulit kering atau cik Jerawat nak muncul. Dulu pemalas nak pakai moisturiser tapi sekarang tak pernah skip pakai moisturiser. Suka tengok kulit muka sihat dan terhidrasi gitu.

Kalau kau orang jenis yang tak berani nak mencuba produk takut tak serasi dengan kulit, saya recommend Aqua whitening cream Hansaegee Nature ni. Selamat digunakan dan pelembap terpaling best pakai. Menepati ciri-ciri pelembap yang saya suka. 

hansaegee nature aqua whitening cream

Panas pun tak ada hal. Selesa dan tak risau bila berpeluh, pori tak tersumbat dan jerawat tak muncul. Dalam masa yang sama merawat kulit. Keluar rumah pun tak payah bersiap lama nak makeup bagai. Saya dah kurang guna foundation untuk cover kulit kusam dan parut jerawat.

Pakai moisturiser dan sunscreen dah boleh tampil yakin keluar rumah. Kalau dulu, sumpah tak yakin lansung, nak bergambar pun segan. Zaman study zaman kulit bermasalah. Dengan double chin tak pandai nak sorok tu. Haishhh...Murung bila tengok gambar dulu. 

Dulu zero bab product skincare ni. Sekarang walaupun berlambak di pasaran banyak maklumat yang boleh kita kaji sebelum membeli.

Dulu zero bab product skincare ni. Sekarang walaupun berlambak di pasaran banyak maklumat yang boleh kita kaji sebelum membeli. Jadi, nasihat saya pilih produk yang betul. Sekarang dah boleh senyum dan tampil dengan yakinnya. Tak payah calit calit foundation pun takpe!

Dulu zero bab product skincare ni. Sekarang walaupun berlambak di pasaran banyak maklumat yang boleh kita kaji sebelum membeli.

Kalau ada yang masih tak tahu nak pilih produk skincare terutamanya moisturiser, saya sarankan cuba guna Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream yang sesuai untuk semua jenis kulit. Paling penting water based, tak melekit dan buatkan kita rasa selesa. Bukan cakap kosong ye. Dah masuk jar ketiga saya guna dah.



8 comments:

  1. Pengalaman salah pikih skincare tu pun pernah mengalami. Rupanya kulit tak tahan skincare ada alcohol. Nampak best pulak moisturizer Hansagee ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stress kan kalau salah pilih produk. Dahlah nak membaikpulih tu ambil masa. Kena pilih yang betul² sesuai dengan kulit kita. Boleh cuba sal, memang best lah!

      Delete
  2. moisturiser brand ni memang nampak meyakinkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, dah guna mesti fall in love dengan tekstur dan hasilnya :)

      Delete
  3. wah glowing hehe. yang pentung jgn lupa buat double cleansing. jerawat pun malu nak naik haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Glowing sikit baru. Masih lagi dalam proses. Saya tak buat double cleansing tapi lepas cuci, pakai toner, moisturiser tanpa gagal. Harap jerawat teruskan jadi pemalu nak keluar :)

      Delete
  4. Untung dah jumpa skin care ngam dengan kulit. Saya dah give up mencari. Pakai mana ada asal kulit tak break up. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..better than before. Asalkan kulit okaylah kan :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.