Filem Kampung Drift

Azhafizah MN
By -
0
Filem Kampung Drift, sebuah filem aksi komedi cereka sains Malaysia 2016 dibintangi oleh Pekin Ibrahim dan Syafie Naswip dibawah arahan Nevin Hiong terbitan Mico Studios. Filem Kampung Drift ulang siar bersiaran pada hari Sabtu, 23 Julai 2022, jam 10:30 malam di Slot Screen On 2 TV2.

Filem Kampung Drift

FILEM KAMPUNG DRIFT

Waktu siaran : Sabtu, 23 Julai 2022, jam 10:30 malam
Siaran TV : Screen On 2 TV2
Penulis skrip : Nevin Hong
Pengarah : Nevin Hong
Produksi : Mico Studios

PELAKON DAN WATAK

  • Syafie Naswip sebagai Johan
  • Pekin Ibrahim sebagai Acai
  • Fatin Afeefa sebagai Julia
  • Pablo Amirul sebagai Ray
  • Isma Daniel
  • Kamarol Haji Yusuf
  • Ieda Moin
  • Zalfa Zin
  • Syazwan Yunos
  • Chen Sin Foo

SINOPSIS FILEM KAMPUNG DRIFT

Mengisahkan tenatang pengembaraan hidup seorang remaja bernama Johan (Syafie Naswip) dalam mencari erti kejayaan dan kehidupan menerusi sukan drift yang berkait rapat dengan sejarah hidupnya.

Walaupun ditentang keras oleh ayahnya untuk menyertai sukan drift, minat Johan terhadap sukan itu tidak pernah pudar. Bersama-sama kawan baiknya, Bojeng, pakciknya, Ajoi, dan saintis ‘gila’, Pak Idon, dia akan menggunakan apa sahaja cara untuk melibatkan diri secara aktif dalam sukan pemotoran drift itu. Minat Johan mula bertukar menjadi sebuah impian besar apabila dia mendapat tahu sejarah hitam ayahnya yang berkait rapat dengan sukan drift.

Namun, penglibatan Johan dalam sukan drift ini menghadapi jalan sukar apabila dia terlibat dalam pelbagai konflik diri, masalah cinta dan persaingan di antara Julia, Shiela dan Ray, drifter ternama dari Kuala Lumpur. Semua ini pula bakal membawa kepada kematian orang yang disayanginya. Johan cuba mengubah sejarah dengan menggunakan mesin merentas masa untuk kembali ke masa silam. 

Berjayakah dia?
Semuanya bakal terjawab dalam Kampung Drift.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)