Header Ads


Asam Pedas Claypot UDA PD Asam Pedas Ikan Bakar sodap!

Macam nak makan asam pedas je. Teringat-ingat asam pedas Melaka yang sedap nau tu. Dulu tak suka asam pedas, sekarang tercari-cari asam pedas. Nak masak sendiri tak pandai. Balik dari Pantai Bagan Lalang memang dah rancang nak jalan-jalan cari makan di Port Dickson.

Disebabkan dari banting ikut jalan dalam laluan tepi pantai, jadi why not kita singgah ke Port Dickson terus. Kononnya nak makan ikan bakar dan nak cari asam pedas sekali. Cari kedai yang macam best guna waze. Kami tuju mana yang dekat je, malas nak cari tempat jauh-jauh. Penat ke Cameron Highland pun tak hilang lagi ni.

Jumpa kedai UDA PD Asam Pedas Ikan Bakar. Sedang elok lah tu ada dua makanan yang saya nak cuba makan. Ikut waze, sekali sampai di lokasi macam tak nampak kedainya. Tutup ke dah tak ada? Mana tahu sebab PKP banyak kedai yang dah tak beroperasi.

2 3kali pusing juga kawasan tu. Kali ketiga pusing terus give up dan berlalu pergi. Sekali jalan depan lagi, jumpa kedai makan macam meriah je. Sekali tengok banner kedai, Lahhh...inilah dia kedai UDA PD Asam Pedas Ikan Bakar.

Excited dah sampai! Tak sabar nak makan asam pedas claypot. Kami order 2 set asam pedas claypot. Pilih ikan kembung sebab ikan pari dan spesis ikan lain saya kurang gemar. Konon nak order ikan bakar sekali, cuma ada ikan siakap dan ikan pari tak silap. Tak jadi nak order sebab nak ikan kembung je.

uda pd asam pedas dan ikan bakar port dickson

1 set asam pedas claypot ikan kembong, RM15. Dalam set tu semangkuk claypot asam pedas ikan kembung, sepinggan nasi, salad, timun dan sambal belacan. Kami tambah sepiring sayur kailan ikan masin.

Sayur kailan ikan masin macam menu wajib kalau makan berlauk di kedai. Kan? Berselera sungguh kami makan. Kuah asam pedas yang pekat! Pedas cukup masam cukup. Sodap tekau! Bukan sedap nau dah. This is Negeri Sembilan, kena cakap loghat Nismilan.

Asam pedas dalam kegelapan. Walaupun tak nampak jelas kuahnya tu tengok gambar pun dah tahu kepekatan kuahnya kan. Asam pedas campur sayur kacang bendi.

uda pd asam pedas dan ikan bakar port dickson

Asam pedas dimasak dalam claypot bertambah sedap lagi rasanya kot kan. Ikan kembung pun segar dan bersaiz besar jugalah. Kalau kongsi berdua pun boleh. Kami order air teh o ais juga. Harga semuanya RM40 tak silap. Kira berpatutan sangat kan.

Tak pasti tokey kedai ke tukang masak ke yang kira. Lepas kira tu dia tanya okay tak asam pedas tu? Saya kata okay sedap sambil buat thumbs up gitu. Saya cakaplah tadi cari kedai ni tapi tak jumpa. Dia pun bagitahulah yang saya cari tu lokasi lama.

Kedai dulu tu dah terbakar. Bila dia pindah sini tak boleh nak move pin lokasi bila orang cari guna waze atauu google. Tetap dia menuju ke lokasi lama. Mujurlah kami pusing-pusing dekat situ je cari kedai lain lalu terjumpa jugak kedai UDA PD Asam Pedas Ikan Bakar.

uda pd asam pedas dan ikan bakar port dickson

Rezeki kami lah dapat merasa asam pedas sedap di Port Dickson ni. Lepas ni boleh datang kalau teringin asam pedas lagi. Inilah kedainya.

Lokasi baru UDA PD Asam Pedas Ikan Bakar

52, Jalan Raja Aman Shah, Bandar, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Kedai ni corner lot. Sebelum ni kedai ice room. Belakang kedai ni ada balai bomba. 

14 comments:

  1. Ingatkan ke Melaka atau Muo tadi. Suka jugak asam pedas claypot, cuma tak tahan kalau tukang masak letak belacan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan nak ke Melaka makan asam pedas. Tapi entah bila. Alang-alang ke PD cari sekali lah asam pedas yang sedap. Kalau alah dengan belacan risau jugak kalau makan kan. Sebelum order kena tanya dulu.

      Delete
  2. Dekat area betul sebelah roundabout klebang tu ada asam pedas yg sedap jugak dan paling penting murah.. uDa ni tak pernah rasa lagi.. Thank info nnti blh try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih recommend. Ada kesempatan ke sana boleh cuba kat kedai yang dimaksudkan.
      Sama². Nanti boleh cuba di PD ni. Mana tahu kena dengan selera.

      Delete
  3. Replies
    1. Kan..kesian owner kedai tu. Syukur dapat tempat ganti berdekatan kedai, kesian juga yang tercari cari tak jumpa kalau ikut lokasi lama.

      Delete
  4. So sedap, lelagi kalau ikannya segar bugar...loveee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangattt! Ikan fresh lagilah sedap berganda gitu. Fall in love terus :)

      Delete
  5. Sedapnya! Selera akak tengok, Fizah. Makan nasi dengan asam pedas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut tekak saya kira sedap dah ni kak. Asam pedas claypot memang sedap lagi rasnya kan. Ya, makan dengan nasi panas lagilah berselera makan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.