Header Ads


Apa Yang Menarik Di Cameron Lavender Garden

Dah sampai tempat paling jauh nak pergi, Cameron Adventurous ATV & Safari. Lepas tu kami orang turun ke bawah singgah di Cameron Lavender Garden. Cameron Lavender Garden, tempat menarik di Cameron Highlands wajib singgah. 

Cameron Lavender Garden sangat luas kawasan dia. Kalau peak weekend atau cuti boleh menangis nak cari parkir kosong. Saya pergi weekday pun parkir tepi jalan yang disediakan. Nak melintas pun jenuh juga tunggu jalan clear. Jalan sibuk mengalahkan musim cuti.

Cameron Lavender Garden

Tak ingatlah dulu pernah singgah ke tidak. Tapi kali ni pergi wajib singgah lah. 

Harga tiket Lavender Garden Cameron Highland 2022 | Cameron Lavender Garden ticket price 2022

RM20/ Dewasa(adult)
RM10/ Kanak-kanak (child)


cameron lavender garden ticket price

Tengok harga tiket Lavender Garden Cameron Highland 2022 macam overprice. Semua serba naik harga. Bukan harga minyak, ayam je naik harga. Harga tiket pun naiik harga tau! Dah sampai Lavender Garden Cameron Highland, tak kan singgah.

Maka, membayar dengan harga tiket tu. 

Lavender Garden Cameron Highland opening hours

9:00 am until 6:00pm

cameron lavender lavender

Apa yang menarik di Cameron Lavender Garden 

1. Aiskrim Lavender

Aiskrim Lavender ni signature Cameron Lavender Garden. Wajib cuba! Beli satu share pun okay dah. Dari menu aiskrim yang ada semua nampak sedap. Tapi disebabkan keistimewaan kat sini aiskrim lavender, jadi cuba aiskrim lavender lah.

cameron lavender garden
aiskrim lavender berlatar belakang lavender garden memang nice



Aiskrim lavender ni sedap! Tak dapat nak menikmati sangat. Hampir lupa sebenarnya rasa aiskrim lavender ni. Bergaduh dengan cuaca panas, aiskrim cepat cair. Kenalah makan cepat cepat. Nak ambil gambar pun tak senang, aiskrim cepat cair. Aduhai...

Tapi demi sekeping gambar, cepat cepat ambil gambar. Dalam masa ambil gambar aiskrim lavender, aiskrim strawberry dah mencair. Kami beli 2 perisa aiskrim, lavender dan strawberry. Harga seperti dalam gambar di atas. RM8 setiap satu. Boleh tahan mahal juga. Sebab nak rasa, beli jugaklah.

cameron lavender garden photos
aiskrim strawberry bukan berlatar belakang pokok buah strawberry. Tak pasti bunga apa.


2. Bergambar di Fantasy-Themed Backgrounds (Fairy Tales)

Berhadapan dengan gerai jual aiskrim ada photobooth bertemakan fantasy fairy tales. Bolehlah bergambar kat sini. Disebabkan kami kejar masa. Ambil mana yang sempat je. Tema warna purple selari dengan warna lavender.

cameron lavender garden photos

3. Bergambar di Iconic Lavender Car

Berhampiran gambar fantasy themed backgrounds, ada iconic Lavender Car polka dot. Mini Volkswagen Beetle kot ni? Comel iconic lavender car ni.

cameron lavender garden photos

Ingatkan dalam dia kosong, rupanya ada si teddy bear purple.

cameron lavender garden photos

4. Nikmati Permandangan Lavender Garden 

Masuk Lavender Garden mestilah ada pokok lavender. Macam-macam jenis pokok lavender ada. Tak sempat pulak nak bau dekat-dekat. Cantik bila rimbun banyak-banyak macam ni. Jangan lepaskan peluang bergambar kat sini.

cameron lavender garden


cameron lavender garden

Bukan bawah je ada pokok lavender, ruang atas pun ada berjenis jenis lavender. Laluan ni macam cantik.

cameron lavender lavender

Selain bunga lavender, ada pelbagai jenis bunga-bunga lain. Yang menarik perhatian saya bunga hydragea (bunga zaleha @ Siti Zubaidah) ni. Geram betul tengok warna dan stalk dia yang bersaiz besar. Rimbun betul. Elok cantik hidup sihat dan subur kat Cameron Highland ni. Tempat sejuk kan.

cameron lavender lavender

5. Gantung Love Lock

Salah satu ruang yang menarik, love lock. Apa yang saya suka bila angin lalu, bila berlanggar sesama sendiri akan hasilkan bunyi yang best. Ada pelbagai jenis bentuk, bukan love je. Saja saja nak tinggalkan kenangan kat sini bolehlah coretkan kat sini. 

Tak pasti mana nak beli. Sebab kurang berminat, saya hanya berlalu saja. Love lock ni dekat je dengan iconic lavender car di atas. 

cameron lavender lavender

6. Mini Panda Playground

Disini ambil gambar je lah dengan patung patung panda yang comel. Jangan ingat ada panda betul pula. Nak tengok panda betul kena pergi Zoo KL.

cameron lavender lavender

7. Bergambar di 3D Mural Art

Rasa macam tak sempat nak bergambar dekat semua 3D Mural Art. Mungkin sampai sini dah kepenatan. Luas tempatnya. Betul-betul dera kaki bila datang sini. 

cameron lavender lavender


cameron lavender lavender

8. Souvenir Shops

Laluan keluar dari Cameron Lavender Garden ni ada souvenir shops. Bolehlah beli souvenir dari Cameron Highland. Kami sekadar lalu je. Seram nak tengok harga. Risau nanti terbeli. Hehe...

cameron lavender lavender

cameron lavender lavender

Selain jalan-jalan bergambar, membeli belah ada juga gerai makanan dan minuman. Aktiviti lain, petik buah strawberry segar kat bahagian atas. Tapi kami tak naik atas tu. Macam tak larat dah. Peminat bunga boleh juga beli bunga segar.

Sekali ni je lah kot pergi sebab tiket dia macam tak berpatutan. Kalau RM5-RM10 okay lagi kot.

Cameron Lavender Garden

Garden in Brinchang
Lavender-garden complex & tourist attraction with flower fields & houses, attractions, shops & eats.

10 comments:

  1. Kena habiskan masa berjam-jam baru rasa berbaloi harga tiket.
    Itulah kalau ramai ahli keluarga mesti rasa terkorban duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Dah bayar mahal kena lah explore selagi termampu. Tahu takpe, kalau ramai mesti terasa dengan harga tiket mahal tu.

      Delete
  2. Masa ciknur msk sini dulu ramai, tak.bestt sgt. Nk bergambar pun x selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ramai sangat memang potong mood sikit. Tapi once dah sampai kena gunakan masa sebaiknya, explore semampu mungkin.

      Delete
  3. Replies
    1. Itulah pasalnya. Macam macam tarikan ada dalam Cameron Lavender garden ni.

      Delete
  4. dah lama x ke CH, mcm2 tarikan...bagus mcm ni...siap duit je..hihi..travel mesti keluar duit kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah saya, dah lama baru datang terasa jakun kejap ada macam-macam tarikan yang ada. A'ah dah travel begitulah duit keluar macam air mengalir pergi dia.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.