Telefilem Nur 3 Pagi

Telefilem Nur 3 Pagi, telefilem ulang siar istimewa sempena Maal Hijrah 1444 bersiaran pada hari Sabtu, 30 Julai 2022, pukul 10:00 malam di Slot Cerekarama TV3. Telefilem Nur 3 pagi dibintangi pelakon Syafiq Kyle dan Azira Syafinaz dibawah arahan Heykal Hanifah.

telefilem nur 3 pagi full movie

TELEFILEM NUR 3 PAGI

Waktu siaran : Sabtu, 30 Julai 2022, pukul 10:00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3 (Istimewa Awal Muharram)
Penulis Skrip : Mama Bella
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn Bhd

PELAKON TELEFILEM NUR 3 PAGI

  • Syafiq Kyle
  • Azira Shafinaz
  • Abdul Rashid Jaafar
  • Rahim Jailani
  • Kamal Sumbu

SINOPSIS NUR 3 PAGI

Nur Jannah dan ibu bapanya telah berpindah ke kampung halaman mereka setelah lama menetap di ibu kota. Semasa di kampung, dia telah berkenalan dengan seorang pemuda bernama Fariz. Setelah beberapa lama berkenalan, mereka bertunang.

Beberapa minggu sebelum hari perkahwinannya, Nur sering terjaga tepat pada pukul 3 pagi. Fariz akan menasihatinya untuk solat tahajud dan berselawat. Suatu hari, Fariz telah mengalami kemalangan semasa berada di dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Nur. Nur masih terjaga setiap pukul 3 pagi dan tidak dapat melelapkan mata.

Nur telah mencoretkan kisahnya dalam blog yang diberi nama Nur 3 Pagi. Cerita dalam blog Nur akhirnya sampai ke bacaan Abdul Hayy. Abdul Hayy rupa-rupanya ayah kandung Nur. Dia telah berjumpa dengan Nur dan keluarga angkatnya untuk menceritakan kisahnya. Dan terbongkar kebenaran bahawa Fariz itu merupakan saudara susuan Nur.

Adakah Nur dapat menerima dengan kesemua infomasi baharu tentang dirinya sendiri?

8 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.