Header Ads


NESCAFÉ GOLD Cappuccino Ice Cream Stick

Dalam perjalanan balik kampung masa Hari Raya Aidiladha haritu singgah sebentar di Petronas. Pesan pada encik suami beli air. Sekali dia beli aiskrim juga, NESCAFÉ GOLD Cappuccino Ice Cream Stick. Katanya, bolehlah review tulis dalam blog nanti.

Ehhh...memahami sangattt. Begitulah suami seorang blogger. Boleh buat tajuk novel tu. Bunyi macam menarik. Hehe...


NESCAFÉ GOLD Cappuccino Ice Cream Stick

Dari segi pembungkus dia memang menarik. Menarik perhatian seorang peminat kopi cappuccino. Saya expect dalam aiskrim tu akan ada 3 layer sama macam pembungkus aiskrim.
  nescafe gold cappuccino ice cream stick review

Tapi...sangkaan saya meleset. Tak ada 3 layer macam tu. Kurang jelas mungkin. Saya suka salutan luaran yang betul betul rasa kopi. Rasa kopi yang pekat dan aiskrim vanilla yang kurang manis pada saya. Kombinasi salutan kopi dan aiskrim berperisa vanilla boleh tahan sedap juga.

nescafe gold cappuccino ice cream stick review

NESCAFÉ GOLD Cappuccino Ice Cream Stick jenis aiskrim yang lambat cair. Saiz pun tak besar mana. Kalau lambat lambat makan pun agak lambat cair. Sedap juga perisa kopi versi aiskrim tapi saya prefer minuman lagi lah.

Harga NESCAFÉ GOLD Cappuccino Ice Cream Stick ni saya tak pasti berapa sebab bukan saya yang beli. Kalau tanya encik suami confirm dia lupa. 

Nak repeat? Mungkin akan beli kalau rasa teringin.



20 comments:

  1. bolehlah dicuba kalau rasa kopi...

    ReplyDelete
  2. Tak silap RM4.40 satu. Hari tu nampak kat kedai runcit. Berkira-kira jugak nak beli. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Mahal jugak tu. Tak padan dengan saiz. Mungkin sebab perisa tu yang jadi mahal kot. Takpe, kalau ada rezeki lebih nanti boleh cuba.

      Delete
  3. Sedapp rasa nescafe tu ,nampak
    ank2 murid kat taska ni beli emm.dorang suka.menery aiskrim.baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap jugalah Kak Nur. Budak budak peminat aiskrim memang sukalah cuba kalau ada perisa baru.

      Delete
  4. mau nyobain juga kak, di indonesia belum tersebar kayaknya, belum tahu si

    ReplyDelete
  5. alamak x jumpa lagi ar... mcm menarik , ok nnt jumpa bole cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik juga rasa dia KakRet. Boleh cuba kalau jumpa aiskrim ni. Jangan lupa beli ye.

      Delete
  6. haritu ada nampak tapi tak try lagi sebab takde mood nak makan aiskrim haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..faham faham. Kena tunggu ada mood dan selera baru syok makan kan.

      Delete
  7. Ala, akak nak try. Hari tu nampak banner aiskrim ni kat speedmart, tapi masuk dalam, habisshhh sudah! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlajak laris jugak kan aiskrim ni. Nanti kalau jumpa kena terus beli kak Nur :)

      Delete
  8. Belum cuba lagi. Kalau tak manis nak cuba. Tengok ada yang review manis leting. Tak berani nak cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya macam kurang manis. Ada juga yang cakap manis. Tahap level manis berbeza. Tapi kalau nak cuba okay je sekali cuba makan :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.