Kelebihan Losyen Tangan Dan Badan ALLANO Amway

Krim losyen Allano Amway ni pernah viral. Bukan krim Allano je pernah viral, deodorant Amway pun viral sebab Neelofa pakai. Neelofa pakai apa je yang tak viral kan.

Persoalannya, bagus ke Allano lotion Amway ni? terpengaruh sebab tengok Losyen Tangan & Badan ALLANO macam best je pakai. Anak buah ada jual, tengok dia asyik review je, kita pun terjebak sama. Bukan jenis losyen tangan & badan yang biasa. 

Losyen Tangan & Badan ALLANO @ALLANO Hand & Body Lotion

Sejenis losen berasaskan buih  dan berbuih pekat dengan formula melembap secara mendalam yang menyamankan dan melembapkan kulit yang pecah-pecah lagi kasar. Ia juga mencipta perisai yang melindungi daripada kotoran dan kehilangan lembapan untuk menjadikan kulit rasa lembut, licin dan menyegarkan kulit.

amway allano lotion review

Losyen Tangan & Badan ALLANO Menjimatkan

Disebabkan Losyen Tangan & Badan ALLANO ni jenis berbuih tu yang nampak menarik. Macam sabun pun ada. Tekan sekali pun dah banyak keluar. Jimat sangat boleh tahan berbulan-bulan guna.

Losyen Tangan & Badan ALLANO mudah serap dan tak melekit

Walaupun tekan sekali pump tu dah banyak, sapu pada kulit dalam kuantiti banyak pun tak rasa melekit lansung. Kulit sentiasa rasa lembap. Recommend sangat untuk mereka yang ada masalah kulit kering.

Sebenarnya allano lotion for eczema husband. Bukan mudah nak cari ubat untuk eczema ni kan. Kena try and error cuba produk yang sesuai. Malangnya tak sesuai untuk kulit dia. Bila dia tak pakai, tak kan saya nak simpan buat tukun.

Saya pun ambil alih guna. Ada luka, gatal-gatal ke, kaki merekah sikit atau bahagian kulit kasar tu saya sapu Losyen Tangan & Badan ALLANO ni. Syukur berkesan untuk kulit saya. Cepat je elok masalah kulit tu. Taklah saya membazir beli.

Tak ada masalah kulit pun boleh guna untuk kekalkan kelembapan kulit. Losyen Tangan & Badan ALLANO sesuai untuk kulit normal hingga kering.

Kelebihan Losyen Tangan Dan Badan ALLANO Amway

1. Melembapkan jauh ke dalam untuk vitaliti kulit

ALLANO Hand & Body Lotion didatangkan dalam bentuk aerosol yang mudah digunakan. Mengandungi tiga bahan penjagaan kulit bermanfaat iaitu :
  • Lanolin – Mudah menembusi kulit dan mampu menyerap air
  • Alantoin – Secara tradisional dikenali sebagai sebatian penyembuhan. Manfaat antikedutannya menjadikan kulit lembap dan bertenaga
  • Silikon – Ialah bendalir ringan sejernih air dengan kesan mengekalkan lembapan. Bekas yang baru dan dipertingkatkan lebih selamat, membolehkan produk digunakan dengan lebih mudah.

2. Megimbangi kelembapan kulit untuk lembapan semula jadi

ALLANO Hand & Body Lotion membantu melegakan dan melicinkan kulit yang pecah-pecah dan kasar serta mengekalkan keseimbangan lembapan semula jadi kulit. Ia mudah disapu, tiada tumpahan atau kebocoran dan cepat diserap. 

ALLANO Hand & Body Lotion membentuk perintang lembapan untuk menangkis air dan mengekalkan keberkesanan bahan-bahan lain serta membolehkan kulit bernafas.

Bahan-bahan Losyen Tangan & Badan ALLANO

Air, PPG-5-Ceteth-20, Isobutane, Isopropyl Palmitate, Stearic Acid, Cetyl Acetate, Cetearyl Alcohol, Triethanolamine, PEG40 Sorbitan Peroleate, Polysorbate 60, Propylene Glycol, Fragrance, Glyceryl Stearate, Diazolidinyl Urea, Carbomer, Acetylated Lanolin Alcohol, Allantoin, Phenyl Trimethicone, Methylparaben, Propylparaben, Stearamidoethyl Diethylamine.

Kandungan
250ml

amway allano lotion review

Cara Penggunaan Losyen Tangan & Badan ALLANO

Goncang sebelum menggunakan dan sapu di bahagian kulit yang diingini.

Allano lotion function

  • Jerawat
  • Eczema
  • Parut
  • Baby
  • Stretch mark

Langkah keselamatan menggunakan Losyen Tangan & Badan ALLANO

  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika anda mempunyai kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.

Cara Penyimpanan

Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.

Harga Allano amway | Allano amway price

RM45 (Retail Price)
RM36 (Member price)

Nak beli Losyen Tangan & Badan ALLANO atau nak jadi ahli boleh hubungi :
Fatin
011-32094778


sumber info : Amway Malaysia

12 comments:

  1. Losyen tapi macam buih, menarik.
    Produk terkenal ni, tapi akak belum pernah guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul. Memang berbuih dan tak melekit. Terkenal sebab bagus :)

      Delete
  2. saya dah pakai Alano dari kecik, sebelum Naelofar lahir. haha. memori kena marah sebab buat 'janggut tiruan'. Alano memang bagus. Untuk melecur dan kena gigit nyamuk pun bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh..dah lama rupanya pengguna Allano. Saya baru tahu je lotion ni. Dapat bayangkan buat janggut tiruan tu macamana. Pulak tu buih dia maintain je gitu selagi tak sapu. A'ah bagus sangat kalau guna bila kulit kena gigit nyamuk, serangga dan lecur.

      Delete
  3. Banyak kelebihannya. Belum pernah guna lagi.. kena cari juga nie. Terima kasih sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee, produk ni bagus ramai guna. Bolehlah buat stok kat rumah :)

      Delete
  4. Tak pernah tengok losyen macam ni. Lain dari yang lain, bentuk buih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. unik sikit tekstur losyen ni kan. Boleh buat stok kat rumah :)

      Delete
  5. Replies
    1. Betul, famous dah brand amway ni kan. Produk² pun bagus.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.