Telefilem Bukan Khadijah

Tonton Telefilem Bukan Khadijah gandingan pelakon Shakilla Khoriri dan Azrel Ismail bersiaran pada hari Sabtu, 30 Julai 2022 pukul 9:00 malam di slot Panggung RTM TV1. 

Drama arahan Ekien Zainal bergenre suspen romantik ini mengangkat kisah penghijrahan seorang gadis ‘kasar’ yang merupakan penderita “Retrograde Amnesia” dan berusaha mengutip cebisan memorinya hingga berjaya merungkai siapakah dirinya yang sebenar.

Namun, segala kebenaran itu begitu pedih hingga dia tidak sanggup untuk mengingati memori silamnya yang dicemari titik gelap. Kebenaran demi kebenaran terbongkar membuatkan hidupnya diselubungi sengsara.

telefilem bukan khadijah full movie

TELEFILEM BUKAN KHADIJAH

Waktu Siaran : Sabtu, 30 Julai 2022, pukul 9:00 malam
Rangkaian : Slot Panggung RTM TV1
Idea Asal : Nor Ashikin Zainal
Penulis Skrip : Che Li
Pengarah : Nor Ashikin Zainal
Produksi : Unit Drama TV

PELAKON TELEFILEM BUKAN KHADIJAH

  • Shakilla Khoriri
  • Azrel Ismail
  • Laila Nasir
  • Sahronizam Noor
  • Esma Daniel
  • Yuyun Hikmah
  • Najua Nasir
  • Juita Johari
  • Puteri Rafasya
  • Adriana Qasmia
  • Shazman Isaac

SINOPSIS TELEFILEM BUKAN KHADIJAH

Kisah kehidupan Khadijah mula terganggu kerana dirinya sentiasa diekori seorang lelaki. Kebenarannya terbongkar lelaki itu adalah suaminya sendiri iaitu Azlan. Khadijah mengalami amnesia kerana kemalangan ketika berbulan madu di pulau, kepala Khadijah terhantuk jatuh perahu dan dia disahkan mengidapi amnesia.

Sewaktu Khadijah sedar dari koma tiga bulan lalu, Khadijah tidak mengenali Azlan. Azlan yang terlalu menyayangi Khadijah mengaku dia yang mengatur ‘kehidupan baru’ Khadijah dengan memastikan keadaan Khadijah semakin baik dan dia tidak mahu Khadijah terkejut dengan kehadiran suami yang tidak diingatinya.

Khadijah banyak bertanyakan tentang dirinya yang lalu. Khadijah dahulunya seorang gadis berpewatakan kasar yang dibuang keluarga. Penyakitnya membuatkan Khadijah sukar mengingati masa silamnya.

Khadijah pulang ke kampung ditemani Azlan. Berita kepulangan Khadijah disambut dengan pelbagai reaksi daripada adik angkatnya, Rina, ibu kandungnya, Salmah dan Baha, bapa tirinya. Sampai di rumah, Khadijah disambut dingin.

Salmah menyatakan Khadijah tak layak pulang selepas terbongkar perbuatan kotornya dulu. Khadijah tidak mengerti ‘perbuatan kotor’ apa yang dimaksudkan Salmah. Sebelum pulang Khadijah cuba berjumpa dengan ibunya lagi. Tetapi Rina halang dan mendedahkan perbuatan kotornya dahulu. Khadijah malu dan berasa jijik dan tertekan. Khadijah faham siapa dia, dan mengapa dia dihalau dari pulau itu.

Mujur ada Yati, sahabat baik Khadijah di sekolah dulu yang berjaya membongkar rahsia siapakah dalang yang menyebabkan Khadijah dibuang keluarga. Namun derita Khadijah tidak berakhir di situ kerana ada seseorang yang terdekat dengan Khadijah juga cuba membalas dendam terhadapnya. 

Siapakah dalang tersebut?
 

LAGU TEMA (OST) TELEFILEM BUKAN KHADIJAH

Lagu : Asa
Penyanyi : Artee & Achah Saputra

4 comments:

  1. kenal nama Azrel Ismail je dalam senarai pelakon tu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..Ramai juga pelakon lama tu. Mungkin kenal rupa tapi tak kenal nama.

      Delete
  2. Citer genre macam ni mesti best nak tengok sebab akan buatkan penonton tertanya2..kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Cerita misteri ni yang buat orang tunggu tengok sampai habis.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.