Header Ads


Hari Malaysia 2022

Hari Malaysia 2022 | 16 September 2022 merupakan Hari Malaysia ke-59. Hari Malaysia 2022 adalah cuti umum 2022 untuk rakyat Malaysia yang jatuh pada hari Jumaat. 

Hari Malaysia 2022

Hari Malaysia

Hari Malaysia 16 September 1963 merupakan tarikh hari Malaysia pertama. Tarikh 16 September setiap tahun disambut bagi memperingati, menghayati dan memahami sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia demi mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat dan bebas dari cengkaman kolonial British.

Penubuhan Persekutuan Malaysia yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pada 1963.

Kepentingan sambutan Hari Malaysia juga untuk memperingati jasa dan sumbangan para pemimpin dan pahlawan negara terdahulu yang telah berjuang mengangkat martabat dan maruah bangsa dan negara daripada belenggu penjajahan asing.

Kemerdekaan itu sendiri dapat mengukuhkan perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia. Semoga kita semua dapat mengekalkan perpaduan dan keharmonian tersebut.

Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum, agama, bangsa dan budaya. Janganlah kita bersikap rasis. Orang dulu-dulu elok je hidup berbilang kaum kerana mereka sangat menghargai erti sebuah kemerdekaan.

Tema Hari Malaysia 2022

Tema Hari Malaysia 2022 adalah sama dengan tema Hari Kebangsaan 2022 iaitu "Keluarga Malaysia Teguh Bersama" selari dengan konsep keharmonian yang dicetus oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk rakyat Malaysia.

Logo Hari Malaysia 2022

Pemilihan tiga jalur warna di dalam logo Hari Malaysia 2022 dan Hari Kebangsaan 2022 iaitu merah, biru dan kuning adalah cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kaum yang mempunyai jati diri, semangat patriotik dan hidup dalam keadaan harmoni.

logo hari malaysia 2022

  • KELUARGA MALAYSIA : Merujuk kepada masyarakat hidup aman damai & bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
  • TEGUH :  Bermaksud kukuh, kuat dan erat
  • BERSAMA : membawa maksud bersama-sama beserta atau bergandingan

Frasa Keluarga Malaysia pula menggambarkan masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran. Manakala "Teguh Bersama" iaitu kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif dan mampan.

LOGO BERKONSEPKAN JALUR LIPUTAN INTERNET
Melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

TIGA JALUR BIRU, MERAH DAN KUNING
Merupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.

TITIK MERAH
Melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan.

KEDUDUKAN YANG BERSELANG-SELI
Melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.

Maklumat lanjut berkaitan tema, logo dan aktiviti Bulan Kebangsaan 2022 di laman web : www.merdeka360.my

Logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia merupakan satu simbol dan elemen penting dalam pembinaan sebuah negara yang berbilang kaum, agama dan budaya. Oleh itu, setiap tahun yang berbeza akan memberi makna yang tersendiri untuk rakyat Malaysia yang diterjemahkan melalui pemilihan logo dan tema sambutannya.

Sambutan Hari Malaysia 2022

Tiga aktiviti utama akan diadakan sempena sambutan Hari Malaysia 2022 iaitu :

1. Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang diadakan pada 30 Julai 2022 di Putrajaya yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sambutan Hari Kebangsaan 2022 akan diadakan pada 31 Ogos di Dataran Merdeka dan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Melaka.

Program Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang berkonsepkan aktiviti berjalan beramai-ramai secara santai bersama keluarga sebagai inisiatif mendukung aspirasi Keluarga Malaysia sekaligus membawa mesej semangat perpaduan dan kebersamaan rakyat negara ini.

Di dalam pelancaran itu juga terdapat dua program iaitu Berjalan Teguh Bersama dan Pelepasan Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KKM2022) sepanjang 225 barisan menjadi acara utama yang akan diberi perhatian dan dianggarkan seramai 10,000 peserta akan menyertainya.

Program Berjalan Teguh Bersama dan Pelepasan Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KKM2022) melibatkan penyertaan kenderaan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi di peringkat persekutuan, negeri dan daerah serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kelab permotoran daripada pelbagai latar belakang.

Kembara Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KKM2022) akan menonjolkan keunikan di setiap hentian bagi mengetengahkan keunikan Keluarga Malaysia di setiap lokasi dari segi budaya, makanan, tarikan setempat dan gaya hidup komuniti setempat.

2. Program Berjalan Teguh Bersama 

  • Sejauh 2.7 kilometer
  • Bermula dari Dataran Putra – Kementerian Wilayah Persekutuan (1km) – Monumen Alaf Baru (1km) – Jabatan Pendaftaran negara – Istana Kehakiman (700 meter)
  • Pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan muzik Irama Gema Asal, irama Borneo, pancaragam sekolah, maskot-maskot Upin dan Ipin dan Boboiboy selain disediakan kaunter edaran air untuk peserta.

3. Konvoi Kembara Keluarga Malaysia (2022) (KKM2022) 

  • Bermula pukul 9.45 pagi di Dataran Putrajaya
  • Berkonsepkan ‘Pass Baton’ dengan membawa Baton Jalur Gemilang ke seluruh negara dan diserahkan di setiap sempadan negeri.
  • Perarakan Baton Jalur Gemilang dibawa dan diserahkan di setiap check point negeri-negeri seluruh Malaysia
  • Menjelajah ke seluruh negara melalui perjalanan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan bermula 30 Julai 2022 di Putrajaya dan berakhir pada 31 Ogos 2022 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
  • Melibatkan 412 jentera berbaris sepanjang 225 barisan dengan 600 peserta keseluruhan.

Rakyat Malaysia dijemput hadir memeriahkan sambutan Hari Malaysia 2022 terutamanya yang menetap di sekitar Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka. Disarankan untuk datang dan mendaftar awal pada 30 Julai 2022.

Kongsikan kenangan sambutan Hari Kebangsaan 2022 dan Hari Malaysia 2022 bersama Keluarga Malaysia. Muat naik gambar di media dengan tanda palang #KeluargaMalaysiaTeguhBersama

Sambutan pelancaran sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 boleh ditonton secara live online melalui Facebook Live Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Facebook Merdeka 360 dan Facebook rasmi Japen. 

Juga boleh tonton secara langsung di saluran televisyen TV1, RTM dan stesen-stesen televisyen penyiar utama yang lain. 

Dapatkan maklumat terperinci di Portal Merdeka 360 iaitu www.merdeka360.com.my merupakan hab kepada maklumat sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.

sumber : utusan

Hargailah keamanan yang kita miliki sekarang. Selamat Hari Malaysia. Semoga segera bebas dari ancaman pandemik COVID dan segala ancaman penyakit merbahaya. Stay safe.

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.