Header Ads


Bunga Rumput Liar Putih Kuning

Bunga kecil warna putih kuning ni panggil bunga apa ye? Selalu nampak tumbuh meliar di kawasan halaman rumah mak kat kampung. Rasanya bukan di tanam. Tahu-tahu dia wujud kat situ. Cari dalam internet katanya bunga rumput liar. 

Bunga rumput liar ni antara bunga yang saya suka potretkan dia. Suka ambil gambar close up dari eye level. Kalau ambil live photo dan buat boomerang cantik hasilnya. Tapi itulah agak struggle nak ambil gambar yang betul-betul sharp.

Sebabnya pokok bunga rumput liar ni mudah bergoyang ditiup angin. Nak focus pada objek pun payah. Jadi, kurang cantik kejadian gambar bunga rumput liar. Tapi takpe, setiap gambar tu ada kisahnya. Kita cipta kenangan dalam gambar.

Bunga Rumput Liar
 
Bunga rumput liar warna kuning putih ni cantik sangat kalau tumbuh banyak di kawasan mendatar dan lapang. Bentangkan tikar, letak makanan dan acah-acah berkelah memang cantik dipotretkan. Mampu berangan dan bayangkan je lah tapi.

16 comments:

  1. cantik kan? perasan jugak bunga² kecil yg tumbuh meliar mcm ni selalunya cantik... ada tempat di hati org yg pandai menghargai

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, cantik rupa parasnya. Bila dia rimbun dan banyak bertambah tambah cantik. Betul, setuju tu Kak Mim.

      Delete
  2. Akak pun tak tau namanya tp kalau dia berbunga banyak2 cantik nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berbunga banyak jadi cantik macam taman bunga.

      Delete
  3. Masa kecil dulu suka petik bunga ni banyak pastu bg kat mama Aini..hehe

    ReplyDelete
  4. Waktu kecik-kecik dulu kalau jumpa bunga ni suka leraikan bunga warna kuning dari tampuknya dan letak atas tapak tangan. Lepas tu tiup. Cantik berterbangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat bayangkan kak Amie buat tu. Cantik sangat kalau gambarkan moment tu :)

      Delete
  5. tak tahu nama apa tapi suka ambik kalau jumpa dekat tepi jalan. kumpul sejambak nampak cantik. Macam daisy pun ye jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik jugak idea tu. Dah kumpul sejambak tu lepas tu deko sikit dengan pembalut mesti lagi cantik. A'ah nampak macam daisy tapi versi mini.

      Delete
  6. Ayat Fizah last tu terbayang scene filem Hindustan

    ReplyDelete
  7. Ha ah. Bunga ni memang merata jumpa. Kat rumah akak, celah simen pun dia boleh mencelah tumbuh. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga rumput liar ni boleh tumbuh dimana-mana. Tak payah jaga pun elok je dia. Kalau banyak banyak memang cantik kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.