Header Ads


Melrose Young Living Essential Oils

Stok Essential Oils (EO) Young Living dah menyusut. Tak tahu nak topup EO apa. Mostly saya gunakan untuk diffuse je lah. Kegunaan topikal sangat jarang kecuali kalau sakit perut (EO digize) atau sakit kepala (EO Peppermint atau Spearmint).

Saya beli 3 EO baru iaitu Melrose, Citrus Fresh dan Palmarosa. EO Citrus Fresh dan Palmarosa nanti saya update satu-satu. Kita cerita EO Melrose Young Living ni dulu lah ye.

Melrose Young Living Essential Oils

Melrose Young Living Essential Oils

Melrose adalah campuran minyak pati Melaleuca alternifolia (Melaleuca), Melaleuca quinquenervia (Naouli), Rosmarinus officinalis (Rosemary) dan Syzygium aromaticum (Clove) dengan ciri-ciri yang membersihkan. 100% pure essential oil. Melrose menyediakan perlindungan terhadap masalah kulit.

Cara penggunaan Essential Oils Melrose

Topikal : Cairkan 1 titis Melrose dengan 1 titis V-6 atau minyak zaitun dan sapu pada bahagian yang diinginkan mengikut keperluan.
Aromatik : Baurkan sehingga 30 minit, 3 kali sehari menggunakan diffuser

Bau EO Melrose

Baunya seperti macam EO R.C, berangin dan berempah. Macam bau minyak angin tapi dengan aroma rempah dan ala citrus yang sedap menyegarkan.

Bila diffuse, baunya mampu menghapuskan bau busuk dan membersihkan udara terutamanya selepas memasak. Kadang bau tu boleh tersebar satu rumah dan melekat lambat nak hilang. Jadi, elok sangat diffuse EO Melrose ni. Bau pun best.

Kalau buat kerja dalam bilik, nak udara segar tak nak mengantok saya diffuse juga EO Melrose selain gunakan peppermint dan spearmint. Sesekali tukar aroma. 

Selain itu, EO Melrose dikatakan sangat bagus untuk merawat kulit seperti parut, luka, gatal, terkena gigitan serangga, kulit terbakar dan lain-lain lagi. EO Melrose membantu memperbaiki tisu kulit dengan cepat. Tapi kena dilute dulu dengan carrier oil ye baru sapu ye.

Melrose Young Living price RM120 (Retail price). Saya dah jadi ahli since 2019, jadi dapatlah harga ahli lebih murah dari retail price. Itu yang untung kalau jadi ahli. Tak menjual sangat sebab pakai untuk diri sendiri je lah. 


2 comments:

  1. Adik akak ada guna untuk anak-anaknya.
    Rajin ya Fiza beli baru (topup). Lama tidak beli semula.
    Rajin pakai takpe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli bila stok EO nak guna dah habis. A'ah, hari hari pakai.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.