Header Ads


Bunga Ulam Raja

Selain bunga cekur, perasan juga bunga ulam raja di belakang rumah mak. Meriah betul pokok ulam raja mak tanam. Rasanya tanam sikit je, lepas tu makin banyak pula tumbuh tanpa kawalan. Nak makan ulam senang, boleh petik je. Kalau kat kedai, harga ulam raja murah ke mahal?

Saya bukanlah penggemar ulam raja. Favourite ulam saya pucuk ubi rebus, jantung pisang rebus, bendi rebus, kacang botol muda dan daun tenggek burung (tapi susah nak dapat). Selain itu, daun selom pun suka juga buat ulam, rupa paras dia macam daun ulam raja juga lebih kurang. 

Kalau tak dibelek betul-betul boleh tersilap pilih ulam. Ulam raja vs daun selom, saya suka daun selom lagi. Dia macam kurang bau dan lebih mesra deria rasa dan bau. Daun ulam raja lebih kuat bau dan rasa dia, sedikit berangin pada saya.

Ulam Raja

Ulam raja juga dikenali dengan nama kenikir. Sejenis tumbuhan  spesis Cosmos yang berasal dari Amerika Latin merangkumi kawasan dari Rio Grande do Sul di selatan Brazil ke Tamaulipas di utara Mexico) serta kepulauan Caribbean diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika benua Asia, Afrika, dan Australia.

Dipercayai pokok ulam raja diperkenalkan para penakluk Sepanyol ke kepulauan Filipina yang kemudiannya tersebar meliar serata Asia Tenggara. Tumbuhan ini menjadi dimanfaatkan dalam kalangan masyarakat rantau ini terutamanya sebagai sejenis sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan sambal belacan, budu, sambal tempoyak atau cincalok.

Ciri ciri ulam raja

  • Pokok ini mampu tumbuh cecah setinggi 2 meter.
  • Batangnya berwarna hijau keunguan bercabang banyak di bahagian atas.
  • Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan ukuran 8-27 × 2.5-12 sm dengan anak daun yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua
  • Bau unik akan terkeluar apabila daun-daun ini diramas.
  • Daun-daun ini akan menguncup apabila malam tiba.
  • Bunganya bertangkai panjang dan berwarna kuning keunguan, bunga ini boleh tumbuh secara tunggal mahupun sedikit menjambak
sumber : wikipedia

Bunga Ulam Raja

Beginilah gambar bunga ulam raja yang dapat saya potretkan. Tak berapa nak jelas tapi bolehlah nampak rupa paras bunga ulam raja tu. Bunga ulam raja bunga kuning putih tengahnya dengan gabungan warna ungu. Ringkasnya, warna kuning keunguan.

Daun ulam raja boleh dimakan sebagai ulam. Ulam raja bunga kuning ni boleh makan ke tidak ye? Atau hanya daun sahaja dijadikan ulaman? Ulam raja mempunyai khasiatnya tersendiri dan memberi manfaat kepada kesihatan. Tentang khasiat tu boleh cuba google kebaikan dan khasiat ulam raja.

14 comments:

  1. SA suka ulam raja..tapi mahal..selalu suka beli yang pucuk muda tapi tu la...sekarang yang jual kat kedai kebanyakkan yang dah tua...susah nak makan..sebab keras kan...ulam tenggek burung pun suka gak tapi betul payah nak jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh mahal harga dia ye. Jarang beli di kedai/pasar. So tak tahu harga dia. Itulah tu, kalau pucuk ke ulam ke dorang suka jual yang dah tua². Ulam tenggek burung tu dah lama saya cari kat pasar tani sabtu pilah dan pasar pagi tanjung, tak jumpa jugak. huhu...

      Delete
  2. akak suka ulam raja, dulu tak pandai makan..but once da try, terus beli biji benih dan tanam..ada tu kat laman depan rumah..kalo nak makan, petik aje pucuk-pucuk dia..bila berbunga biarkan aje kering kat pokok, nanti dia jatuh and bercambah sendiri anak-anak pokok yang baru nanti..tapi tak pernah lagi makan bunga dia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah juga nak tanam dan mudah membiak pokok ulam raja ni kan. Senang nak makan petik je. Nanti nanti rimbun semula. Berbaloi tanam kalau makan. Bunga tu sekadar hiasan pokok kot agaknya :)

      Delete
  3. pokok yg senang membiak ni. bila benihnya bertebangan
    pucuknya sedapp wat ulam.
    masa ciknur tanam kat taska ni hari2 ada je parents mintak nk mkn he hee
    memang penuh pokoknya di halaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..mudah membiak betul. Sekali tengok banyak dah pokoknya. Penggemar ulam raja sukalah buat ulam. Cepat tumbuh jugak pucuk baru kan.

      Delete
  4. Akk baru nak semai biji benih ulam raja ni. Ambil di kg hari tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga tumbuh dan hidup subur pokok ulam raja akak. Senang nak petik buat ulam nanti.

      Delete
  5. Saya pulak suka ulam raja. Ulam lain macam jantung pisang, pucuk kuini, dan daun ubi pun saya suka gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai penggemar ulam raja rupanya. Ulam pucuk kuini tu saya tak pernah makan lagi. First time tahu boleh buat ulam.

      Delete
  6. saya pun tak tau harga ulam di pasar. Tak pernah beli, makan di kampung yang petik keliling rumah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung duduk kampung nak makan ulam boleh petik je. Saya pun tak tahu harganya sebab tak pernah beli di pasar. Kalau ulam lain tu ada jugak. Tapi itulah sekarang ulam pun mahal sudah.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.