Header Ads

Family Mart Sparkling Peach Oolong Tea


Satu lagi minuman Family Mart kesukaan saya adalah Sparkling Peach Oolong Tea. Minuman Family Mart Sparkling Peach Oolong Tea sebenarnya recommended by pekerja Family Mart. Masa singgah membeli air black cacao mocha milkshake, nak beli sekali air sparkling honey citron tapi tak ada.

Jadi dia suggest lah beli Sparkling Peach Oolong Tea. Sedap jugak katanya. Encik suami pun belilah. Boleh juga mencuba perisa baru kan. Sekali sedut, perghhh..sedap nau! (baca : sedap benar). Ini kalau dapat masa tengah cuaca panas berdeting, lega tekak!

Family Mart Sparkling Peach Oolong Tea

Rasa air teh yang sedap, ada rasa gas sikit-sikit yang tak keterlaluan bergabung dengan rasa hirisan buah peach dan aloe vera. Memang sedap! Patutlah dia suggest cuba Family Mart Sparkling Peach Oolong Tea ni. Okay, faham faham. 

Family Mart Sparkling Peach Oolong Tea

Family Mart Sparkling Peach Oolong Tea Ingredients

Combination of juicy peach aroma and rich oolong tea flavor topped with aloe vera.

Untuk yang tak suka kopi, suka teh O berperisa bolehlah cuba Family Mart Sparkling Peach Oolong Tea ni. Sedap dan menyegarkan tekak. Very recommended! Kalau tak sedap jangan salahkan saya ye. Selera orang berbeza. Kena faham tu.

Sekian family mart sparkling peach oolong tea review daripada saya. Dah boleh jadi duta Family Mart ni. Sparkling peach oolong tea price RM6.90 tak silap. The best peach oolong tea so far yang saya pernah rasa.


12 comments:

  1. Eh kita jarang try air camni kt family mart heehe.. Nnt bole try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cuba tau KakRet. Jenis sparkling ni sedap jugak.

      Delete
  2. tak berani nak cuba kalau selain kopi dia haha boleh lah try nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali tukar selera pulak beli selain kopi. hehehe...

      Delete
  3. Oh ada rasa sedikit gas ya. Hehe membayangkan kesegaran macam air soda herbs itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ada gas sikit. Sedap kak. Nanti boleh cuba beli dan rasa.

      Delete
  4. Menarik ni. Boleh suruh Lurviey cuba sebab dia memang suka peach tea..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.