Header Ads


Bekal Encik Suami, Hari-Hari Nasi Goreng Tanpa Jemu

Hari-hari nasi goreng tanpa jemu, itu je lah idea bekal untuk suami yang saya ada. Tak boring ke hari-hari nasi goreng? tanya saya. Tak jemu pun asalkan sayang yang masak. Ehhh..nak bermanis manis pulak dia.

Yelah, kalau dah cakap macam tu. Senanglah kerja saya hari-hari tak perlu fikir dah nak masak bekal apa. Masaklah dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Begitulah...

Tapi ye lah kan, yang makan mana pernah jemu. Kita yang masak ni naik jemu nak masak nasi goreng hari-hari. Yang masak hari-hari tu tahulah camne. YTJT. Nak makan pun macam tak lalu dah. Kadang tengok nasi goreng pun tak rasa macam nak makan.

Dalam tak ada selera, makan jugalah kita. Benda dah masak sekali, buat apa nak masak dua tiga kali. Pendek kata, bersyukur dengan rezeki yang ada. Jimat masak sekali untuk makan tengah hari sekali. Petang je baru masak yang lain nanti.

Buat masa ni hari-hari nasi goreng je lah. Nasi goreng pun saya pelbagaikan hari-hari. Kadang-kadang nasi goreng kosong, nasi goreng ikan bilis, nasi goreng campur kacang panjang, nasi goreng kacang buncis, nasi goreng kunyit, nasi goreng campur kicap sikit, nasi goreng cili kering dan campak je apa yang ada kadang.

idea bekal untuk suami

Letak kicap pun sedap juga seperti kata iklan :

“Alamak tuan, Kicap Jalen takde tuan! Makan tanpa kicap Jalen tak sedap tuan!" Kalau takde kicap jalen saya pun tak lalu makan.

Tiba ada iklan. Dulu setia dengan kicap cap kipas udang, Lepas tu harga semakin naik bertukar kepada kicap Jalen. Rupanya kicap Jalen sedap je. Suka beli yang lemak manis. Kalau tidak, yang lemak atau manis pun boleh. Naik seri juga warna nasi goreng yang pucat letak kicap. Sedap pun sedap.

Selain letak kicap sikit, kalau ada lebihan ayam KFC ke ayam McD bahagian isi banyak tu campurkan juga jadikan rencah. Semua bahan ditumbuk ye. Pagi-pagi dah kelentang kelentung dari dapur saya. Tumbuk dengan berhemah pagi-pagi, tak boleh kelentang kelentung sangat nanti jiran bising tak pasal.


idea bekal untuk suami

Nak masak mi goreng, saya pula tak lalu nak makan lagi. Kenapa entah tak boleh nak masuk mi goreng kadang. Bila teringin rasa nak makan baru masak. Ada juga sesekali masak maggi goreng. Kena juga ada stok mi kering, sesekali kena ubah menu juga untuk tak jemu makan. 

Tak ada idea untuk bekal makanan, bolehlah tiruvasi idea ni untuk menu bekal ke tempat kerja. Bawa bekal ni boleh jimat banyak. Almaklumlah dengan barang semua serba serbi naik. Tambah lagi dengan tempat kerja kena merentas negeri, dari Negeri Sembilan ke Selangor nun. 

Selain jimat belanja, jimat masa juga tak perlu nak buang masa nak fikir makan apa dan jimat masa nak pergi membeli pun. Sesekali tu okaylah tukar selera. 

Cakap pasal bekal ni, suka tengok bekal umar pergi school kat TikTok @Eien Razak. Comelnya guna latar suara umar pelat yang comel tu. Bekal umar pegi kool. Cucun cucun. Kagum dengan ibu Umar bekalkan Umar pergi school dengan dekorasi bekal yang comel. Bukan comel je, siap nasi buah semua. Bekalan sihat untuk anak-anak. 

14 comments:

  1. Akak kurang gemar buat mi goreng, sebab selalu beli dapat mi kuning yang rasa tak sedap. Buat mi goreng guna mi kering jelah jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah salah satu faktor dia. Kadang rasa mi tu buat kita rasa taknak makan mi kuning dah. Tapi kalau buat menu berkuah okay lagi nak makan.

      Delete
  2. Oklah tukang minta tidak rasa bosan untuk makan.
    Itulah pelbagaikan rencah nasi goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...kena pelbagaikan baru tak jemu makan :)

      Delete
  3. Macam tu la akak kat rumah..ada je belen nasi memang akan buat nasi goreng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nasi lebih memang buat nasi goreng je. Tak membazir. Untuk bekal saya masak lebih malam tu, senang pagi terus masak je :)

      Delete
  4. Tak jemu makan nasi goreng hari-hari kalau dipelbagaikan cara dan bahan rencahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak Amie, begitulah jadinya tak nak bagi jemu menu yang sama setiap hari :)

      Delete
  5. suami Fizah tak cerewet ok lah tu. saya pun suka masukkan lebihan ikan goreng ke, ayam goreng semalam ke dalam nasi goreng. lauk kalau dah sejemput orang liat nak habiskan. masuk dalam nasi, habis cerita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..senang jaga. hehehe...kena buat rencah baru habis tak membazir.

      Delete
  6. Seronok sebenarnya bekal nasi goreng hari-hari. Macam dah jadi rutin. Lama-lama terbiasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, dah terbiasa terus. Takyah susah fikir menu lain cuma kena pelbagaikan rencah dia je lah.

      Delete
  7. Wah, macam-macam variasi nasi goreng Fizah buat. Ye la kalau tak masak, sayang nasi tu, kan. Maggi goreng tu pun nampak sedap. Jimat belanja dan masa bila bawa bekal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak bawak bekal nasi goreng, makan malam tu saya akan masak nasi lebih. Ye, betul tu. Jimat belanja dan masa :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.