Header Ads


Cara Tempah Doorgift Kahwin Roti Gardenia Sekali Dengan Kotak

Pernah tak dapat doorgift kahwin roti Gardenia? Doorgift kahwin roti Gardenia rupanya boleh tempah terus dari Kilang Gardenia. Trend doorgift Gardenia 2022 ni kan? Harga sekotak roti Gardenia hanya RM3 sahaja untuk harga roti dan termasuk kotak.

Doorgift kahwin roti gardenia juga boleh dijadikan cenderahati eksklusif pelengkap majlis. Dengan pilihan corak kotak yang menarik. Tak perlulah kita nak tempah kotak roti yang lain. Mudah dah siap sedia dengan kotaknya sekali. 

Untuk yang ada bajet tu bolehlah buat tempahan. Saya tak pasti samada order roti Gardenia online ada ke tidak. Tapi yang dikongsikan di facebook ni perlu telefon Kilang terus. Mungkin masa telefon tu boleh tanya juga boleh atau tidak order roti  Gardenia online. 

doorgift kahwin roti gardenia

Cara tempah rotiGardenia untuk doorgift kahwin

  1. Telefon kilang gardenia 03-5161 3228 (Kilang Gardenia Bukit Kemuning) dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. 
  2. Bagi tahu Cik/Puan/Datin/Puan Seri nak tempah berapa banyak roti. Kalau nak tau harga sila lah tanya dulu. Kalau kena dengan bajet boleh proceed langkah seterusnya.
  3. Lepas dapat harga, kemudian akan diberikan no akaun gardenia dan email. Kemudian buat pembayaran dan email resit pembayaran dalam bentuk PDF.
  4. Semasa hantar email bagi sekali maklumat seperti Nama, Alamat, Tarikh nak hantar roti, kuantiti tempahan roti dan juga no telefon untuk memudahkan dihubungi.
  5. Sampai hari yang ditetapkan, lori Gardenia akan hantar roti yang ditempah. Roti Gardenia kena pack sendiri masuk dalam kotak. Harga yang dibayar adalah harga roti dan termasuk harga kotak tu sekali. RM3 dengan tempahan minima sebanyak 50 kotak. Tak ada charge delivery. Percuma sahaja dihantar sampai depan pintu umah.

Kalau bajet bawah RM2, boleh tempah Numee Gardenia siap sekali kotak juga. Cara tempah NuMee giftbox sama seperti cara tempah doorgift kahwin roti Gardenia.

doorgift kahwin numee gardenia

sumber : Borak Media

12 comments:

  1. Baru tahu boleh tempah macam tu.... senang jer kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Saya pun baru tahu dari perkongsian di facebook.

      Delete
  2. Bagus jga idea bg roti👍☺️bw blk tetamu mkn di rumah. Biasa kalau kicap tu selalu dpt. Roti ni blm lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..bagus juga idea bagi roti sebagai doorgift kahwin.

      Delete
  3. Cantiklah pula bila sudah jadi doorfift.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak exclusive jugak kan doorgift roti Gardenia ni.

      Delete
  4. Menarik! Boleh order kalau nak kawen t... Ehhh, bila tah nak kawen.. Hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh guna pakai idea ni nanti nona. InshaAllah...

      Delete
  5. Hari sabtu lepas pergi kenduri kahwin pun dapat roti gardenia dalam kotak tu
    Cuma tarikh luputnya tinggal sehari aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, sehari je lagi tu. Kena habiskan cepat lah macam tu.

      Delete
  6. menarik. Saya baca jelah manalah tau adik nak kahwin dalam masa terdekat. kalau saya yang kahwin buat versi budget je. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tahu ada rezeki lebih nanti boleh buat doorgift Gardenia ni :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.