Brownies, sejenis kejadian kek bantat yang semakin popular dan digemari ramai termasuklah Fiza. Kalau dapat merasa sepotong brownies pun dah cukup nikmat terasa. Sekarang memang ramai yang jual brownies dan bermacam jenis ada. Kalau disuruh memilih memang nak pilih semua jenis dan rasa sebab rasa brownies tak pernah mengecewakan.
Dah lama rasanya Fiza nak makan brownies yang sedikit banyak sebab selama ni dapat merasa makan sepotong dua potong je. Itupun bila ada terhidang masa kenduri kahwin. Ikutkan memang ramai kenalan yang menjual brownies tapi sayang semua jauh-jauh. Yang dekat ada tapi ikut masa juga. Kena pula masa teringin makan tapi dia tak buat. Kecewa!
Nak order yang jauh, risau pula tentang pos takut brownies rosak. Rugi pula nanti. Kebetulan husband hadiahkan oven besar sikit daripada sebelum ni, dapatlah juga semangat baru nak membakar kek dan sejenis dengannya. Paling utama nak buat brownies! So boleh makan anytime. Gigih la mencari resepi yang mudah.
Dah cari resepi, makanya berkumpulllah segala bahan-bahan untuk buat brownies kedut. Kedut ke tidak? Kena tunggu dah siap nantilah. Newbie baru nak belajar faham-faham lah ye. Yang dah otai-otai silalah beri tunjuk ajar mana yang silap. Fiza guna resepi brownies kedut menggunakan sukatan cawan sebab senang nak sukat.
Resepi Brownies Kedut Senang
Bahan A
1/2 cawan butter (pure butter)
1 cawan dark chocolate ( Fiza guna dark compount chocolate)
Caranya : Cairkan chocolate dan butter menggunakan microwave. Kalau takde, gunakan kaedah double boiler. Dah cair, kemudian ketepikan dahulu.
Bahan B
1 cawan gula perang
1/2 cawan gula castor
2 biji telur ( Gred A )
Caranya : Masukkan kesemua bahan dalam satu bekas dan kacau sebati menggunakan whisk atau senduk. Tak perlu pukul lama hanya perlu sebati sahaja.
Bahan C
1 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk koko
Secubit garam
Caranya : Ayak semua bahan
Adunan Brownies
1. Masukkan adunan bahan A ke dalam bekas adunan B dan kacau sebati menggunakan whisk dan masukkan sedikit demi sedikit bahan C. Kacau bagi sebati je tak perlu terlebih kacau.
2. Sapukan butter pada loyang 8'x8'. Alas loyang dengan menggunakan baking paper dan baking paper juga perlu disapu dengan butter. Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang dan taburkan almond.
3. Sebelum bakar panaskan oven dahulu 160c.
4. Bakar pada suhu 160c dalam masa 40 minit.
Setelah masak, jangan keluarkan terlebih dahulu. Renggangkan sedikit pintu oven dan masa ni kedutan brownies akan menjadi.
1. Masukkan adunan bahan A ke dalam bekas adunan B dan kacau sebati menggunakan whisk dan masukkan sedikit demi sedikit bahan C. Kacau bagi sebati je tak perlu terlebih kacau.
2. Sapukan butter pada loyang 8'x8'. Alas loyang dengan menggunakan baking paper dan baking paper juga perlu disapu dengan butter. Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang dan taburkan almond.
3. Sebelum bakar panaskan oven dahulu 160c.
4. Bakar pada suhu 160c dalam masa 40 minit.
Setelah masak, jangan keluarkan terlebih dahulu. Renggangkan sedikit pintu oven dan masa ni kedutan brownies akan menjadi.
Nampak tak kedutan yang menjadi tu. Tapi bab potong masih failed. Kena belajar lagi ni. Kira menjadi brownies kedut Fiza ni. Rasa pun sedap!
Lepas ni nak buat lagi tebal sikit gunakan loyang kecil dan tinggi sikit.
Selepas tu boleh cuba buat bermacam jenis brownies lagi.
dah lama teringin nak buat tapi takbuat buat jugak haha
ReplyDeletehehehe..samalah, baru ni ada kerajinan nak membuat.
Deleteya Allah sedap gila nampak. xleh jadi ni. meleleh dah air liur ni
ReplyDeleteHehe..kena rasa baru tahu sedap ke tidak.
DeleteHaish sedap brownies. Teringat brownies masa adik bertunang aritu. Tapi tak puas makan. Yela hak orang kan. Ni dah ada resepi ni bolehlah cuba nanti ni.
ReplyDeleteselamat mencuba..gerenti puas makan nanti
Deleteperghhhh
ReplyDeletesedapnya
alhamdulillah rasanya sedap.
Deletewaaaah jadi cantik tu dan sedap paling penting.. buat lagi kasila kami2 sikit hehe =D
ReplyDeleteAlhamdulillah..hehe..kalau sebelah rumah dah bagi dah :)
Deletewow sedapnya. nanti nak try lah..
ReplyDeletesilakan kekra :)
DeleteMashaALLAH sisturrr..meleleh air liur aih!!!!!!
ReplyDeleteOk, nak kena beli microwave nampaknyaaaaaaaa.....kedutan yang sedappp...haha~
Good try, boleh baiki skill memotong ....huhu
kena cuba nanti tau sisturr!
DeleteSedapnyaaaa! Okay simpan siap siap resepi ni.
ReplyDeletehehe..simpan pastu buat ye :)
Deletewahhh senang yang amat..mummy kena cuba ni..ehhe
ReplyDeletesenang kalau bahan semua tersedia..hihi
Deletedah lama teringin nak buat brownies..tapi sampai sekarang tak buat .hadoiii
ReplyDeletedapnya akak. brownies.. bayangkan kalau makan time tengah menaip entri blog.. hehe. terliur!~
ReplyDeleteboleh cuba buat ni.. macam mudah jer..
ReplyDeleteTelan air liur tgk brownies kedut fiza ni. Sedapnya lah hai
ReplyDeletebrownies memang feberet sy..sedapnyaaaa tgk brownies ni
ReplyDeleteKalau tak ada gula perang, boleh ke?
ReplyDeletealangkah indahnya kalau sy ni seorang yang rajin. HAHAHAH. nampak sedap sungguh
ReplyDeletesaya baru cuba buat baru2 ni, tapi jadi lebih pada tekstur kek. hehe, sukatan tepung terlebih rasanya
ReplyDelete