Header Ads

Cerita 30 Jun Birthday Si Dia

30 Jun, Happy birthday husband! Dah plan harini beli kek. Ikut kebiasaan beli sehari awal untuk celebrate tepat jam 12:00 30 Jun. Tapi sebab semalam mak mentua dan adik ipar belikan brownies red velvet. 

Tak jadi lah nak membeli petang semalam. Bukan dapat browies je dapat buah durian dan buah mangga jugak. Alhamdulillah...

Setelah sekian lama husband kata nak makan aiskrim, kita pun tunaikan lah selera dia sempena birthday. Beli kek aiskrim Baskin Robbins. Tahun lepas sempat juga celebrate staycation kat Bayfront PD. Tahun ni celebrate kat rumah. Kita kita je lah.

Husband pilih kek design Happy Pinwheel Red, flavour aiskrim Cookies n Cream. Kalau ikut taste saya paling favourite mint chocolate chip. Last makan aiskrim Baskin Robbins ni masa birthday saya tahun lepas

Happy Pinwheel Red flavour aiskrim Cookies n Cream

Macam biasalah nak makan kek aiskrim ni kaedah nak makan dia cedok je senang. Sedap flavour aiskrim cream n cookies ni. 

cream n cookies

Vanilla ice cream with lots of cookie chunks throughout.

Happy Pinwheel Red flavour aiskrim Cookies n Cream

Ada pulak beberapa ketul biskut oreo red velvet favourite saya. Memang sukalah dengan design dan flavour aiskrim tu. Ngam dengan selera kami berdua. Tak salah pilih.

Harga dan flavour yang ada, sila lah rujuk website Baskin Robbins : https://www.baskinrobbins.com.my

Harini agak sibuk sebenarnya, dah malam baru nak update. Semalam nak basuh baju, tiba tiba plug tak boleh switch on pulak. Jammed keras switch off je. Bila dah dapat ON, tak function. Adeh, kena tukar switch & socket baru nampaknya. Extension panjang tak ada pulak.

So harini, alang alang keluar nak beli barang. Beli kek sekali. Sekali bateri kereta kong daaaa.. Baru je sembang pasal bateri kereta macam dah nak kena tukar dah. Lain macam bunyi dia. Bateri dah 2 tahun dah. Sekali harini masanya pulak kena tukar. Syukurlah kejadian berlaku kat rumah.

Husband capai helmet naik motor pergi beli bateri kereta dulu. Pasang sendiri kat rumah. Mujurlah ada kemahiran pasang sendiri. Sebelum ni pandai pasang sendiri belajar kat youtube je. Sama juga cuci aircond sendiri tengok kat youtube. Jimat dah kat situ.

Settle pasang bateri kereta. Pergi cari kedai hardware dan elektronik semua tutup pulak. Non essentials jugak eh? Sudahnya pergi Mr. DIY. Nasib juga section tu dibuka. 

Beli sekali spare part tanki flush toilet sebab leaking. Risau pulak kot bil air melambung pulak. Alang-alang dah keluar tu, baik beli sekali apa yang perlu. Bila dah susah payah buat tak fit pulak bendanya. Switch & socket plug settle dah.

Kesian husband kerja keras harini. Macam macam kerja kena buat sempena birthday. Tambah lagi cuaca panas. Terus jadi auto letih. 

Cerita lain, harini kakak ipar dah habis kuanrantin di MAEPS Serdang. Masuk 22 Jun haritu. Abang saya pun dah habis kuanratin di PPUM. Anak anak buah pun dah habis tempoh pakai gelang di rumah. Alhamdulillah..lega mendengar berita ni.

Semoga yang baik baik je untuk semua orang. Terima kasih semua atas doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaamin...

13 comments:

  1. Alamak sedapnya kek BR tu.. ni ada yang esok g cari ni hahaha
    Btw, Hepi besday untuk husband Fizah :)

    ReplyDelete
  2. kek tuuu nampak menarik and nampak sedap! happy birthday husband Fiza :)

    ReplyDelete
  3. Comelnya kek! Selamat hari lahir untuk suami kak fiza, semoga dilimpahkan rezeki yang berterusan dan sihat sihat selalu! Alhamdulillah, dah cabut gelang, semoga dipermudahkan segala urusan kak fiza dan keluarga :)

    ReplyDelete
  4. Nampakkk sedapp kek tuu
    Tak pernah order lg dari baskin Robbins ni

    ReplyDelete
  5. Kek itu memang sesuai sebab tema merah jambu, eh tapi suami yang minta merah jambu.
    Aduh dugaan. Teringat ulangtahun perkahwinan emak dan abah ada dugaan besar, elektrik terbakar! Siap mengkarung mati kena renjatan elektrik dekat kawasan bekalan elektrik.
    Ya Allah moga Allah ganti kesusahan Fiza sekeluarga dengan perkara baik.

    P.S: Akak punya telefon yang hantar wad pun butang On ada masalah dah dapat dibaiki/diganti.

    ReplyDelete
  6. Sedap tengok kek aiskrim Baskin Robbin.
    Kedai hardware buka sini, tapi kedai elektrik ditutup.
    Banyaknya ujian di harijadi.
    Semoga Fizah dan keluarga baik-baik saja.

    ReplyDelete
  7. Cantik ais krim tu.. Selamat hari lahir buat suami kamu.

    ReplyDelete
  8. Happy Birthday to your husband!!! Moga Allah sentiasa melindunginya, dilimpahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan berbahagialah you both sampai syurga Allah. Amin... Hardware trmpat sy bukak . tapi yg dlm mall tuu

    ReplyDelete
  9. Besar kek tu, terhabis ke 2 orang? Meh pos sini sikit. Hehe. Hepi birthday untuk suami Fizah ye

    ReplyDelete
  10. Paling takut kalau kereta mati di tengah jalan! Kak Amie ni memang buta kayu bab-bab kereta hihihiii.
    Happy belated birthday untuk suami Fizah. Moga sihat-sihat selalu, bahagia dunia dan akhirat. Kek tu, warnanya lembut romatik, isinya nampak lasak heheheee. Kombinasi warna luar dan dalam yang menarik.

    ReplyDelete
  11. Kek BR semua nampak sedap hehe. Happy belated birthday bt hubby Fiza :)

    ReplyDelete
  12. sedapnya kek ni. semoga dipermudahkan segala urusan fiza dan keluarga :)

    ReplyDelete
  13. Sedapnya kek aiskrim tu..
    Happy belated birthday buat husband Fiza..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.