Buah Oren Navel Manis Sekali

Oren lagi? Ye, begitulah kehidupan seorang pencinta oren sejak akhir akhir ni. Tersuka pulak dengan buah oren. Setiap kali makan, potong sebiji buah oren. Potong 8, 4 potong seorang. 

Selang seli dengan buah jambu batu. Potong 8 juga, lepas tu potong kecil lagi. Simpan dalam bekas, letak dalam peti ais. Nak makan ambil je. Kalau tak dipotong, lamberrrtttt lagi nak habis. Dasar pemalas kadang tu nak potong buah. Bila dah potong, laju je habiskan.

Buah oren dan buah jambu batu, dua jenis buah yang kaya dengan vitamin C. 

Pesan kat suami beli oren katlego sitrus tapi tak ada. Ada buah oren navel je katanya. Macam pernah dengar buah oren navel. Tak silap buah oren navel ni manis. Ye ke? So, setuju kan je lah beli buah oren navel.

Buah Oren Navel

Bentuk buahnya hampir bulat. Buah oren termasuk dalam keluarga citrus. Buah oren navel rasanya manis dan berjus. Isinya sebiji sebiji seperti limau barli. 

Dinamakan navel (pusat) berdasarkan struktur buahnya yang unik iaitu buah oren yang kecil akan tumbuh dalam isi oren seolah-olah bentuknya seperti mutasi. 

Merujuk gambar di bawah, nampak tak keratan rentas sepotong buah oren navel dihujungnya tu ada isi buah oren yang terpisah. Itulah yang dimaksudkan buah oren kecil tumbuh dalam isi oren.

Buah Oren Navel

Warna buah oren navel lebih kekuningan dan kulit buah oren navel agak tebal sedikit. Pusat dia pun tak berlubang tapi manis. Maknanya oren navel ni memang semulajadi manis ke macamana?

Buah Oren Navel

Memakan sebiji buah oren mencukupi untuk keperluan badan manusia. Samada dimakan terus atau dijadikan jus.

Selain dijadikan minuman, pati buah oren dijadikan bauan aromaterapi, bahan bahan pewangi atau dijadikan perisa makanan. Buah oren berbau manis dan menyegarkan. 

Kulit buah oren boleh dijadikan pewangi

Rebus kulit limau, masukkan dalam bekas terbuka dan letak di ruangan dapur, bilik tidur atau bilik air. Boleh tambahkan sensasi aroma cinnamon atau pudina untuk menguatkan bau. 

Yang ni saya belum buat, tapi macam nak cuba juga.

Khasiat buah oren

Buah oren mengandungi vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh badan kita, antaranya :

1. Vitamin C
Berperanan dalam pembentukan kolagen. Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.
  • mencegah penyakit kanser.
  • mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas yang mencetuskan pelbagai penyakit.

2. Karbohidrat
Serat yang terdapat di dalam karbohidrat ini melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.
  • sesuai bagi individu yang berusaha menurunkan berat

3. Folat
Menurunkan kadar homocystein yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah.
  • menurunkan risiko penyakit kardiovaskular. Selain daripada itu, buah oren juga mengandungi potasium, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, ribofl avin dan asid pantothenik (pantothenic acid).

sumber : https://www.facebook.com/majalahrasa/photos/info-rasa-nikmat-kesegaran-sebiji-orenasal-usulbuah-oren-berasal-daripada-negara/10152470664058739/

37 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Oren navel ni memang akak suka sangat2..kena amik yang besar2 sebab manis kan

    ReplyDelete
  2. Buah oren ini jeruk kah Kak? Aku tak dapati gambar oren di tulisan ini. Jadi agak bingung apa itu buah oren?

    Ini kali pertama aku singgah kat blog Akak ni. Tetangga dari Jiran ternyata. Coba-coba nak belajar bahasa melayu Malaysia mana tau bisa. 😂

    Salam kenalndari aku Kak. Uncchu dari Minang 🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah oren bukan jeruk. Mungkin lambat loading gambar dalam entri. Salam kenal. Ya, biasa belajar bahasa melayu Malaysia.

      Delete
    2. Lemon kah? Bentuknya seperti jeruk. Iya kak. Belajar dari blog akak ni.

      Delete
  3. Saya jarang makan buah oren. Jus oren saya minum..

    ReplyDelete
  4. cantik sangat gambar oren.. hehehe... lain pulak komen kakmim kn? hahaha.. yg penting kalau anak² dmm kena mkn oren sbb oren ni kn kaya vitamin c

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kakmim. Hihi..lain macam..Betul, kaya vit C :)

      Delete
  5. Oren ini akak pernah makan. Memang manis.
    Betul itu apabila kopek laju sahaja makan. Akak sekarang makan mangga, betik dan belimbing besi sebab ada tanam dan keluar hasil. Elok makan buah banyak-banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betik dan belimbing besi tu macam susah betul nak jumpa kak. Ada tanaman sendiri baru dapat merasa selalu. Ye, sekarang makan buah lebih :)

      Delete
  6. Replies
    1. Buah oren manis sedap. kalau masam tak habis makan. huhu

      Delete
  7. segar kan bau kulit oren.. mmg sedap.. buahnya pun pun manis byk vit c

    ReplyDelete
  8. buah ni sebenarnya banyak kat cameron highlands.

    aku antara yang akan beli kalau ada kat sini.

    rasa manis memang mengancam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? cameron highlands memang banyak buah buahan fresh dan macam macam pilihan. Best tu

      Delete
  9. Favourite jugak buah oren ni..tapi kalau tetiba dapat yang masam, berkerut jugaklah nak menahan masam :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oren navel ni manis. itulah pasal, dapat yang masam memang tak tahan juga nak habiskan. huhu

      Delete
  10. Betul. Navel orange ni memang manis dan takde biji. Kalau pergi AEON, memang akan cari buah jenis ni. Senang nak kopek kulit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul tu manis dan tak ada biji. Senang nak makan juga jenis kulit mudah dikupas

      Delete
  11. wak pon suka limau navel ni.. nk kopek pon senang x melekat kulit dgn isi.. nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul wak. senang nak makan. Sedap pulak tu isi manis.

      Delete
  12. Bestnya baca infonya, air buah oren menghilangkan dahaga, pulps atau serat mengenyangkan, biasa dengar sunkist ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap minum air buah oren da pulps. navel antara oren sunkist yang manis :)

      Delete
  13. Buah oren, jus oren semuanya sedap. Kak Amie pun suka wangi-wangian berasaskan limau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua yang berasaskan limau memang sedap. Yang manis je lah. Yang masam tu tak sanggup nak habiskan. hihi

      Delete
  14. Haa.. favourite sis nih. Sedap betul bila oren rasa manis2, bukan masam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa. manis manis tu yang sedap. If masam, tak mampu juga nak habiskan makan.

      Delete
  15. Replies
    1. Yup, Khasiatnya pun bagus untuk tubuh badan kita :)

      Delete
  16. rajin makan utk tambah vit c dalam badan, hehe..oren navel eh, first time dgr, kalau pilih oren mmg tgk dekat bontot, ada macam lubang tu mesti manis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya oren navel ni tak berlubang pun manis CikTimm. Kot nak rasa boleh cuba beli :)

      Delete
  17. First time dengar nama dia tuu. Nasib baikk manis, kalau masam memang lambat lagi nak habis dimakan kan kak fiza hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni tahu dah ada oren navel. Kalau masam kita buat air jelah campur gula. Manis sikit. hihi

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال