Drama Misteri Mona Episod 1-8 (Akhir) Lakonan Janna Nick dan Redza Rosli

Selepas habis Drama Beri Sedikit Waktu, akan bersiaran pula drama siri psiko thriller terbaru bertajuk Misteri Mona Lakonan Janna Nick, Redza Rosli, Elisha Sandha, Ruzana Ibrahim dan ramai lagi. 

Drama Misteri Mona akan ditayangkan pada 10 Disember 2020 nanti di Slot Samarinda TV3. Diarahkan oleh Amor Rizan dan diterbitkan oleh Aquila Emas Sdn Bhd. Jangan lupa saksikan Drama Mister Mona khamis nanti setiap Isnin sehingga Khamis jam 10 malam.

Drama Misteri Mona Episod 1-8 (Akhir) Lakonan Janna Nick dan Redza Rosli
sumber :  TV3 Drama Sangat

DRAMA MISTERI MONA

Jumlah Episod : 8
Mula Tayangan : 10 Disember 2020
Waktu Tayangan : Isnin-Khamis, jam 10 malam
Siaran TV: Slot Samarinda TV3
Pengarah : Amor Rizan
Penerbit: Aquila Emas Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

Janna Nick sebagai Anom
Redza Rosli sebagai Dr Nadeem
Elisha Sandha sebagai Farah
Ruzana Ibrahim sebagai Mona
Zizan Nin sebagai Razlan
Zarynn Min sebagai Laila
Ainin Batrisya sebagai Anom
Duerra Mitilda sebagai Mona
Syed Irfan
Alif Hadi
Syafi Tee
Siti Aishah Bujang
Amir Rahim

SINOPSIS MISTERI MONA

Mengisahkan Anom (Janna Nick) seorang wanita lemah lembut yang menghidap penyakit mental yang kronik. Suaminya, Dr Nadeem (Redza Rosli) risau akan keadaannya Anom yang sering berhalusinasi tentang seorang wanita bernama Mona yang sering menghantuinya. Dr Nadeem telah memberikan Anom segala ubat untuk membantunya mengawal kondisi halusinasinya, tetapi kerana pekerjaan Dr Nadeem yang terlalu sibuk, Nadeem mengupah Farah (Elisya Sandha) sebagai penjaga isterinya.

Farah merupakan seorang gadis yang jujur dan rajin mula menjaga Anom kerana dirinya telah menganggur sekian lama setelah tamat pengajiannya. Pada mulanya Farah selesa menjaga Anom, sehingga suatu hari, Farah mula melihat keadaan Anom yang sebenar apabila Farah terleka untuk memastikan Anom mengambil ubatnya, lalu Anom meroyan pada malam itu. Farah teruk dimarahi Dr Nadeem dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Ketika keadaan semakin baik, dan Anom juga semakin rajin mengambil ubatnya, Anom mula menyatakan bahawa dia sering mendengar suara seorang wanita di loteng rumahnya, lalu menyiasatnya sendirian. Farah terkejut apabila mendengar jeritan Anom lalu bergegas ke arah Anom. Ketika itu, sebuah kejutan besar buat Farah apabila Anom berkata, “Aku dah lepaskan Mona……”

Siapakah Mona? Adakah Dr Nadeem tahu kewujudan Mona di loteng selama ini? Mungkinkah Farah mangsa Dr Nadeem seterusnya?

Lagu Tema (OST) Misteri Mona

Lirik Lagu Suatu Pernah - Fynn Jamal

Habis sudah madah
Tak ada satu pun yang tertinggal
Setiapnya telah
Kau ambil dan terus kau jual

Seolah tak pernah memakna apa
Seolah tak pernah kau inginkannya
Seolah- tak pernah

Dikutipku bila sudi
Di bila tidak, dibiar mati
Dan lebih menyakitkan
Ku tetap tunggu di tepi jalan

Seperti tak pernah ku ada harga
Seperti tak pernah kita bersama
Seperti tak pernah kau mahu aku
Tak pernah rindu
Tak pernah rayu
Dulu

Terleburhancur kebal rusukku
Berkecaisepai, terpecahbelah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah, tak pernah

Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah

Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Suatu yang pernah

Takkan ada apa
Yang mampu untuk buat kau pulang
Bila sudah tiada rasa
Bikinlah apa, tetap kau terbang

Takkan ku pujuk kau jangan pergi
Takkan ku minta kau fikir lagi
Takkan ku paksa renung semula
Takkan ku suruh apa-apa
Takkan ku izin tubuh dibuka
Takkan ku pamer reput di dada
Takkan ku rebah
Takkan ku goyah
Takkan ku biar tubuh didarah

Terleburhancur kebal rusukku
Berkecaisepai, terpecahbelah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah, tak pernah

Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Suatu yang cuma pernah
Suatu yang– pernah

Misteri - Openg

25 comments:

  1. Terkeluar Kampung people pula sekejap di kepala tadi.

    ReplyDelete
  2. tgk balik tabir drama ni best juga mmg psiko..tak sabar nk tgk..tp akan tgk ulangan sbb dah mula ke hahaha ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama best memang best tengok Shida. Tak sabar nak tengok.

      Delete
  3. Teringat pula Mona Fendi...hiiihihii.
    Fiza, biskut jem nanas tu Kak Amie pun tak faham tulisannya sebab tulisan Thai. Biskut tu produk dari Thailand. Cuba Fiza intai-intai di Shoppe: Biskut Thai Nanas - Pineapple Biscuits (HALAL)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram kak amie kalau ingat kisah yang itu.
      Ohh ye ke kak amie. Nanti Fiza cuba intai intai kot ada kat shopee. Terima kasih Kak amie :)

      Delete
  4. Replies
    1. kita nantikan kemunculan drama ni nanti tengok seram ke tidak. hihi

      Delete
  5. Teringat mona fendi pulak.. mcm best drama ni.. boleh layan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa tu lah pasal kan. misteri jugak tu. selamat menonton nanti :)

      Delete
  6. uish, ape la yang misteri tu agaknya ekkk

    ReplyDelete
  7. Ingatan Janna Nick yang jadi Mona.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Janna nick watak dia ganti Mona. misteri sungguh. Kena tengok nanti.

      Delete
  8. Mcm best je ni.. misteri apakah si mona ni

    ReplyDelete
  9. First episode dah best, dah berteki2 sape yg jahat nih. Citer cam ni best layan, kalo citer cinta2 tolak tepi je

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.