Drama Melastik Ke Hatimu Episod 1-13(Akhir) Lakonan Andi Bernadee dan Janna Nick

Drama MELASTIK KE HATIMU bakal bersiaran pada 21 Januari 2021 di Slot Lestary TV3 menggantikan drama Hadiah Dari Tuhan. Melastik ke hatimu drama adaptasi novel 'Melastik ke hatimu' karya Aqma Dee.

Menampilkan pelakon dan juga penyanyi Andi Bernadee bergandingan dengan Janna Nick. Selepas berlakon telefilem balik kampung tak lonely lagi, Andi Bernadee meneruskan bakat berlakon dalam drama pula. Confirm trending drama melastik ke hatimu nanti.

Drama bergenre romantik komedi ini di arahkan oleh Azmi Hata dan diterbitkan oleh OrangeTree Production. Nantikan...

Drama Melastik Ke Hatimu Episod 1-13(Akhir) Lakonan Andi Bernadee dan Janna Nick

DRAMA MELASTIK KE HATIMU

Jumlah Episod : 13
Mula Tayangan : 21 Januari 2021
Waktu Tayangan : Rabu-Sabtu, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Penulis Novel : Aqma Dee
Pengarah : Azmi Hata
Penerbit/Produksi : OrangeTree Production Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Janna Nick sebagai Haura Annisa
Andi Bernadee sebagai Ziyyad
Norman Hakim sebagai Jeffry
Wani Kayrie sebagai Fatin
Puteri Sarah Liyana sebagai Faida
Azrel Ismail
Ahmad Ezzrin Loy
Azizah Mahzan
Ridzuan Hashim
Dato Jalaluddin Hassan
Idzham Ismail
Cassia Iman
Noniswara
Afifah Nasir

SINOPSIS DRAMA MELASTIK KE HATIMU

Mengisahkan  seorang gadis yang bernama Haura (Janna Nick). Seorang gadis kilang yang kononnya 'gangster' tapi hidupnya dikawal oleh ibunya yang mahukan menantu yang kaya. Haura bercinta dengan Naim tetapi hubungan mereka ditentang kerana Naim hanyalah seorang posmen.

Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad (Andi Bernadee), seorang tauke kilang di tempat dia dan kakaknya Faida bekerja. Ziyyad digelar 'kayu cengal' oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam. 

Mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim. Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk suami.

Sedang mereka melakar bahagia, musibah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.

SINOPSIS NOVEL MELASTIK KE HATIMU

Ini kisah tentang Haura Annisa, seorang gadis yang dipandang sebagai 'gengster kilang' namun, siapa tahu kehidupannya terkongkong dan dikawal maknya. 

Mak nak menantu kaya tapi Haura nak abang posmen! "Yang awak bertenggek macam hantu atas jendela tu dah kenapa?" Jeling Ziyyad. "Saya ambil anginlah," bohong Haura. "Atas jendela? Dengan pakai tudung ekstra selipar sekali? 

Unik cara awak bersantai," sindir Ziyyad. No ADUH! Tak dapat Haura bayangkan saat dia bergelar isteri kepada mamat 'kayu cengal' itu. Membosankan! 

NAMUN, saat cinta disulam, saat bahagia menjengah... 

"Aku nak kau ceraikan anak aku!" -Mak Limah 
"Awak dah pun mainkan saya. Maaf tu dah tak ada makna." -Ziyyad 
"Saya cintakan awak..." -Haura Annisa 

APAKAH pilihan Haura saat bahagia mereka diuji?

Lagu Tema OST Melastik Ke Hatimu

Tajuk lagu : Pencintamu
Penyanyi : Usop

Lirik Lagu Pencintamu-Usop

Tanyalah siapa disini paling tampan
Pasti jawabnya jejaka depan mata
Engkau yang bertuah jika memiliki
Sepenuhnya jiwa akan ku serahkan demi cinta

Aku jejaka yang mampu menghapuskan lukamu
Dengan senyuman istimewa di wajahku
Tiada jejaka yang harus memiliki cintamu
Selain aku si pencinta setiamu

Tanyalah siapa disini paling tampan
Pasti jawabnya jejaka depan mata
Engkau yang bertuah jika memiliki
Sepenuhnya jiwa akan ku serahkan demi cinta

Aku jejaka yang mampu menghapuskan lukamu
Dengan senyuman istimewa di wajahku
Tiada jejaka yang harus memiliki cintamu
Selain aku si pencinta setiamu

Kita tak mampu tuk hidup tanpa cinta
Tulis bersama cerita kita

Aku jejaka yang mampu menghapuskan lukamu
Dengan senyuman istimewa di wajahku
Tiada jejaka yang harus memiliki cintamu
Selain aku si pencinta setiamu
Selain aku si pencinta setiamu

8 comments:

  1. Janna nick ni cute, sesuai dia watak2 macam tu kan ��

    ReplyDelete
  2. Janna nick ni, muka dia sesuai main smua watak.. betul kata kak syaz

    ReplyDelete
  3. eh eh tak pernah lagi ada peluang tengol andi ni berlakon..kena cari ni..

    ReplyDelete
  4. Dah berlakon pulak si Andi Bernadee ni. Teringat lagu dia, donde donde, donde. :D

    ReplyDelete
  5. Wah Andi skg byk berlakon la dia..dgn si janna pulak..hehee okay blh la layan nnt..

    ReplyDelete
  6. Oh Kak tak perasan yang Andy ni pun berlakon. Ni yang ada menyanyi juga tu kan.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.