Telefilem Peninggalan Arwah

Telefilem Peninggalan Arwah, telefilem 2020 Cerekarama TV3 ulang siar pada 16 Julai 2022 jam 10:00 malam di Slot Cerekarama TV3. Telefilem Peninggalan Arwah dibarisi pelakon Arash Mohd, Fazlina Ahmad Daud, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha dan ramai lagi.

telefilem peninggalan arwah tv3 online

TELEFILEM PENINGGALAN ARWAH

Waktu siaran : Sabtu, 16 Julai 2022, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Penulis skrip : PGRs Team, Chinta Nadessha, Okthi Amra
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : SR One Sdn Bhd

PELAKON TELEFILEM PENINGGALAN ARWAH

  • Arash Mohd
  • Fazlina Ahmad Daud
  • Qistina Raisah
  • Syed Ali Murtadha
  • Syed Irfan
  • Azzahra Ahmad
  • Ku Fridah
  • Aleza Shadan
  • Izzue Islam
  • Nafiez Zaidi

SINOPSIS TELEFILEM PENINGGALAN ARWAH

Peninggalan Arwah mengisahkan tentang dua beradik, iaitu Fatihah dan Faris yang tidak disukai oleh ayah kandung mereka. Sejak kematian ibu mereka iaitu Farah, ayah mereka iaitu Azrul langsung tidak mengambil peduli tentang anak-anaknya selepas berkahwin dengan Liyana.

Kekayaan Azrul hari ini adalah kerana hasil peninggalan arwah isterinya yang berpendidikan tinggi dan mempunyai perniagaan sendiri. Mengikut hukum yang telah ditetapkan, Azrul tidak amanah kerana dia menikmati kemewahan itu sendiri.

Azrul sehingga menganggap isteri pertamanya, Farah curang dengannya. Di rumah Azrul, Fatihah dan Faris selalu diseksa oleh ibu tiri mereka. Apabila Faris dan Fatihah besar, Azrul dan isterinya mendapat balasan sendiri.

4 comments:

  1. pernah tgk iklan dalam tv, esok boleh la buat modal menonton hahaaa tq sharing fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kot bosan tengah tengok tv tak ada cerita lain, bolehlah tengok cerita ni kan.

      Delete
  2. Teringat satu topik di forum iium, 'Peninggalan Arwah'

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.