Filem Don Dukun

Azhafizah MN
By -
2
Filem Don Dukun, sebuah filem seram komedi dibintangi pelakon Zul Ariffin, Dato Yusof Haslam, Marsha Milan, Ropi, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Sharifah Aryana, Sharifah Husna, Serra Kamal, Aloy Paradoks, A Galak dan ramai lagi.

Filem Don Dukun merupakan filem arahan Waan Hafiz terbitan Astro Shaw yang dijangkakan ditayang pada tahun depan di pawagam. Lokasi penggambaran Filem Don Dukun dijalankan sekitar Kuala Lumpur dan Kelantan.

filem dukun full movie

FILEM DON DUKUN

Tarikh Tayangan : 2023
Penulis Skrip : Junad M.Noor & Amin Shakib
Pengarah : Waan Hafiz
Produksi: Astro Shaw Sdn Bhd
Genre : Seram komedi

PELAKON DAN WATAK

  • Zul Ariffin sebagai Don Arif
  • Douglas Lim
  • Sangeeta Krishnasamy
  • Marsha Milan
  • Ropie
  • Dato Yusof Haslam
  • Sharifah Aryana
  • Sharifah Husna
  • Serra Kamal
  • Aloy Paradoks
  • A Galak
  • Puteri Qaseh
  • Cassia Iman

SINOPSIS FILEM DON DUKUN

Filem Don Dukun mempersembahkan gabungan bomoh dari pelbagai bangsa yang berkonsepkan seram komedi. Memaparkan kisah Don Arif, seorang bomoh luar biasa yang berasal daripada keturunan bomoh terkenal.

Sebagai seoarang 'influencer' media sosial (bomoh insta famous), dia sering memikirkan cara baru untuk meraih populariti. Dengan bantuan Jaafar, penolong kanannya, mereka berjaya ‘menyembuhkan’ seorang wanita yang dirasuk semasa Konvensyen Bomoh sedang berlaku.

Upacara itu kemudiannya menjadi viral dan sejak peristiwa itu Don Arif semakin terkenal. Maka bermulalah perjalanan baru kehidupannya dengan mendapat permintaan tinggi untuk menggunakan khidmatnya.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment