Buah Berangan Sedap Tapi Susah Nak Dapat

Buah berangan, buah rare yang semakin susah nak dapat. Dulu masa zaman kanak-kanak, abah saya suka betul beli buah berangan ni. Sekarang bila jumpa buah berangan, saya pula beli untuk abah. Disebabkan buah berangan ni rare jarang dijumpai, harga dia pun rare lah. 1 Kilogram cecah RM40.

Buah berangan

Buah berangan in english chestnut. Asal buah berangan (pokok buah berangan) daripada keluarga Fagaceae iaitu daripada kumpulan pokok oaks. Terdapat di kawasan yang beriklim sederhana di Hemisfera Utara.

Buah berangan sebenarnya ada kulit luarnya seperti kulit buah rambutan. 

Cara masak buah berangan

Ada pelbagai cara masak buah berangan iaitu dengan cara merebus, menggoreng tanpa minyak (sangai) dan juga memaggang. Kebiasaannya saya nampak orang jual buah berangan menggunakan cara goreng buah berangan dengan menggunakan pasir panas dan kena sentiasa mengacau.

Tempoh masak lebih kurang 45 minit. Sebab pernah tanya penjual buah berangan tu berapa lama nak masak. Beginilah rupa isi buah berangan yang telah dibelah.

buah berangan

Cara makan buah berangan

Pecahkan kulit keras luar tu terlebih dahulu. Kulit buah berangan ni keras, saya akan gunakan anak lesung untuk pecahkan sedikit kemudian gunakan tangan untuk mengupas kulitnya.

cara makan buah berangan

Isi buah berangan padat. Rasanya cukup sedap berlemak kacang. Rasa satu mesti tak cukup. Ralit makan tapi bab mengupas kulit tu yang malas tu.

khasiat buah berangan

Setiap kali balik kampung, kalau nampak pakcik ni buka kedai mesti singgah beli untuk abah dan mak. Mak pun suka juga makan buah berangan. Sesekali dapat makan, bukan selalu. Sesiapa mencari buah berangan bolehlah hubungi nombor di bawah.

buah berangan pasir besar

Harga buah berangan (yang dah siap masak)

1 kilogram : RM40
1/2 kilogram : RM20
250 gram : RM10

Khasiat buah berangan

  • Memiliki nutrisi berkhasiat
  • Kaya dengan antioksidan
  • Bagus untuk kesihatan jantung
  • Baik untuk penghadaman
  • Mengawal gula dalam darah
  • Bersifat anti radang
  • Mengurangkan berat badan
  • Baik untuk kesihatan mata
Dan banyak lagi khasiatnya. 

Kalori buah berangan

Buah berangan segar mempunyai lebih kurang 180 kalori (800kJ) dalam setiap 100gram. Buah berangan sejenis snek yang rendah kalori.
 

22 comments:

  1. Akak pun suka makan...selalu beli kat Kuala Pilah yang area nak ke bahau tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh..pernah nampak orang jual kat tepi jalan tu. Tapi tak pernah lagi beli kat situ. Beli masa nak balik kampung kat pasir besar ni je.

      Delete
  2. memang susah nak jumpa. kalau ada pun penjual non muslim. kita lagi selesa kalau penjual Muslim kan. teringat drama 'Patah Seribu' yang Sharnaaz jadi penjual buah berangan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah nampak pulak non muslim juah buah berangan Sal. Biasa nampak orang melayu juual. Betul, mesti cari yang melayu jual. kalau tidak memang tak beli lah. Tak perasan pulak drama tu. ke tak pernah tengok. hehehe..

      Delete
  3. ammi suka buah berangan ni..
    teringat arwah abah mertua rajin kirim buah ni kalau ammi kata nak gi AEON..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka. Orang orang dulu suka makan dan senang dapat. Ohh ada ye kat AEON. Tak perasan pulak.

      Delete
  4. Lawanya gambar! Terus macam teringat eh lama dah tak beli buah berangan. Feveret ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :)
      sesekali dapat tu syok makan. Favourite saya jugak :)

      Delete
  5. Sedap.. Sha beli yang dah siap kopek.. hehehe.. Lama pula tak makan Buah berangan nie.. Nak kena beli nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ada jugak ye dah dikupas kulitnya. Lagi mudah nak makan macam tu. Sedap sesekali dapat makan

      Delete
  6. teringat bff zaman uni suka sgt buah berangan ni... x pandai mkn ni tp baunya sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai peminat buah berangan rupanya kan. Baunya lepas masak tu sedap. Dapat makan yang suam suam panas tu sedap.

      Delete
  7. Jarang muncul buah ni. Tak ramai yang jual. Mungkin kurang permintaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin susah nak dapat dan tak ramai yang jual. Buah ni zaman mak ayah kita banyak lah kot.

      Delete
  8. mkn sedap..nak kopek tu kemain susah..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab sedap, sanggup bersusah payah kopek kulitnya. hehehe...

      Delete
  9. dulu selalu jugak nampak orang menjual sekarang memang dah tak banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah susah nak cari orang jual buah berangan kan. Dah tahu mana tempatnya senang nak membeli.

      Delete
  10. Memang susah hendak jumpa buah berangan ini. Ramai yang tidak menjual.
    Wah RM40 sekg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, susah nak jumpa orang jual buah berangan. Mungkin buahnya semakin pupus jugak kot. Ye, sekarang dah mahal harganya kak.

      Delete
  11. Sangat sedap ni.. Kadang kalau teringin sangat nak makan beli kat 7e yang dalam pek tu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap dapat makan yang panas baru lepas masak tu. Lembut dan berlemak gitu. Eh, ada ye kat 7e dalam pek. Nanti nak tengok²lah kot ada. Tak perasan pulak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.