Doa Pembuka Pintu Rezeki, Ilmu dan Amal. Amalkan Setiap Pagi

Salam Jumaat. 11 Ramadan 1442H. Hari jumaat dan bulan Ramadan yang penuh berkat. Pagi-pagi hari Rasullullah SAW mengajarkan pada umatnya untuk sentiasa berdoa selepas menunaikan ibadah solat dan di waktu pagi.

Waktu pagi adalah permulaan hari yang membuka pintu rezeki kita. Itulah sebabnya kita perlu bangun pagi untuk mencari rezeki, mencari ilmu dan beramal. Antara doa ringkas pagi hari pembuka pintu rezeki, ilmu dan amal yang boleh diamalkan seperti di bawah.

Doa pembuka pintu rezeki, ilmu dan amal
sumber : sahabatsurga


Doa pembuka pintu rezeki, ilmu dan amal

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Allahumma innii as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqon thoyyibaa wa ‘amalan mutaqobbalaa

“Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rizki yang baik dan amal yang diterima.” 
- (HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah).

Semoga kita semua dilimpahi dengan rezeki yang berpanjangan dengan segala keberkatan, ilmu yang bermanfaat dan selamat beramal. 

9 comments:

  1. Haah penting untuk amal diterima.
    Terima kasih kongsi doa.

    ReplyDelete
  2. semoga dimurahkan rezeki. nice sharing :)

    ReplyDelete
  3. Aamiin aamiin ya rabbal alamin. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang berpanjangan. Salam jumaat :)

    ReplyDelete
  4. Aminn.... terima kasih share doa, Fizah. :)

    ReplyDelete
  5. Semoga doa ini dpt kita amal sehari-harian. Amin

    ReplyDelete
  6. Aamiin ya Allah. Usaha, doa dan tawakkal.

    ReplyDelete
  7. Aamiin.. Aamiin.. Ya Rabbal Alamin..
    Terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.