Responsive Ad Slot

Slider

Kerepek Batang Pisang. Kudapan Rare Zaman Sekarang.

resipi kerepek batang pisang batang pisang yang boleh dimakan kerepek batang pisang kegunaan batang pisang batang pisang yang boleh dimakan
Pisang, selain buah pisang yang sedap di makan serta boleh dipelbagaikan menu berasaskan pisang. Sesungguhnya bahagian pokok pisang yang lain banyak juga manfaatnya. 

Jantung pisang sedap di buat ulam dan masakan sayur. Bunga pisang sedap di goreng rangup bersalut tepung ikut cara Tukang Kebun. Daun pisang pula banyak digunakan untuk membungkus hidangan nasi dan kuih muih tradisional. 

Batang pisang pula hanya digunakan untuk kegunaan tertentu sahaja. Contohnya zaman dulu orang buat tempat letak cucuk bunga telur di majlis perkahwinan.

Selain tu batang pisang juga digunakan dalam acara berkhatan. Tak banyak kegunaan batang pisang selain dibiarkan mereput selepas ditebang. Proses pereputan batang pisang pun ambil masa yang lama sebab kelembapan batang pisang tinggi dan tak mudah dimakan api jika dibakar.

Siapa sangka, batang pisang juga boleh dimakan. Pernah dengar jugalah batang pisang sedap di masak gulai. Tak tahu nak pelik ke tidak tapi macam okay je kot masak gulai. Tapi bila tahu ada kerepek batang pisang, macam like seriously? 

Berkerut kerut dahi memikirkan seakan akan masih tak percaya wujudnya kerepek batang pisang yang baru je tahu dari satu posting zayan di instagram.

Ya, tak percaya juga bukan? Katanya lagi kudapan kerepek batang pisang ni sedap dek kerana teksturnya yang nipis dan rangup digoreng. Tambah sedap lagi digoreng dengan menggunakan tepung berperisa macam tepung bestari pilihan ramai tu.

Beberapa proses yang dikongsikan untuk membuat kerepek batang pisang. Perlu ambil bahagian yang tertentu sahaja. Bahagian yang hijau perlu dibuat sebab kelat dan pahit.

Kerepek Batang Pisang

Hanya perlu ambil bahagian didalam umbut batang pisang ni. Kemudian potong potong mengikut saiz yang sesuai.

Kerepek Batang Pisang

Salutkan dengan tepung dan goreng.

Kerepek Batang Pisang

Nampak lagi sedap kalau ditaburkan perasa.

Kerepek Batang Pisang

baca juga : resipi kerepek batang pisang

Selain dibuat makanan, ada lagi kegunaan batang pisang dari dibuang begitu saja. 

Kegunaan Batang Pisang

MOL Batang pisang

Di Thailand, selain menggunakan GMO (Genetically modified organisms) atau baja kimia. Batang pisang diproses untuk hasilkan MOL (Mikro Organisma Lokal) bagi menggalakan pertumbuhan tanaman. Ianya dijadikan sebagai baja untuk menghasilkan sayuran daun oversize.

Batas batang pisang

Disebabkan batang pisang sukar mereput dengan cepat dan mempunyai kelembapan yang tinggi, ianya sangat sesuai dijadikan medium tanaman untuk tanaman jangka pendek seperti sawi, bayam, kangkung dan sebagainya.

Berus cuci pinggan

Tahukah anda? Orang dulu menggunakan batang pisang untuk mencuci pinggan mangkuk semasa kenduri. Batang pisang membantu menanggalkan minyak dan kotoran yang melekat pada pinggan mangkuk.

Batang pisang akan dipotong keci dan diletakkan dalam air basuhan pinggan bersama sabun. Kiranya dijadikan sebagai berus lah. Masih lagi menggunakan sabun. Ini zaman rewang dulu kala lah.

Makanan haiwan ternakan

Di Thailand dan Indonesia, batang pisang telah dijadikan sebahagian makanan kepada haiwan ternakan mereka sejak dulu lagi. Batang pisang berupaya memperbaiki sistem pencernaan haiwan dan mengurangkan kadar haba dalam haiwan.

Selain diberikan mentah, ia juga diadun dengan bahan lain untuk menambah nilai khasiat makanan tersebut.

Itulah dia cerita batang pisang yang sangat menarik rupanya. Sangat serbaguna ye sebatang pokok pisang tu. Tak rugi tanam pokok pisang yang hasilnya macam-macam boleh dibuat.


kredit info : https://www.impiana.my/6-kegunaan-batang-pisang-yang-mungkin-anda-tak-tahu/
kredit image : https://www.instagram.com/p/CHuRNiSJ_7e/
13
( Hide )
  1. Allahu Akbar! Memang rare tu Fiza.
    Ingatkan umbut pisang jew boleh dimakan masak kari dengan tulang, atau bunga jntung pisang goreng dengan tepung bestari. Rupanya batang pisang pun boleh dibuat kerepek! Kreatif & inovatif! Berguna semua bahagian pokok pisang ye.

    ReplyDelete
  2. Kerepek batang pisang ni akk jumpa kat youtube dari Indonesia, youtuber tu tunjukkan cara nak buat kerepek nih. Tapi masa kecik dulu kat kampung pernah juga org kampung ambil umbut pisang ni buat gulai.

    ReplyDelete
  3. Akak pernah nampak kt ig masakan indonesia masak keropok batang pisang nih... rare betul kan

    ReplyDelete
  4. Ada haritu tengok orang share di fb dari indon. Memang rare.

    ReplyDelete
  5. kerepek? memang rare tu. kalau dekat sabah masak buat sayur tapi jarang orang buat sy pun pernah rasa sekali ja tupun masa tengok kenduri kawin x silap tapi serius mmg jarang2 org buat sbb x ramai yg tahu bole makan hehe

    ReplyDelete
  6. Thank you kongsi ilmu Fiza. Nanti Kak nak cuba bila ada kesempatan. Umbut batang Pisang dulu orang masak juga buat gulai untuk kenduri. Masa Kak dijemput perasmian sebuah Kampung pedalaman di Kudat ada diorang masak Umbut kelapa sawit sangat sedap juga macam makan gulai rebung.
    Batang Pisang lepas tuai tandan pisang, biasa Kak potong kecik-kecik sebab ternakan angsa, itik dan ayam suka makan. Kekadang stress sulur pisang baru naik kena pagar kalau tak habis dikerjakan oleh angsa.
    Thank you kongsi Fiza.

    ReplyDelete
  7. Ini pertama kali Dina tahu tentang kerepek batang pisang

    ReplyDelete
  8. Umbut pisang tahu buat gulai tapi bayang pisang buat kerepek baru tahu.

    ReplyDelete
  9. Kami pun baru taw Dari akak yg post kat group wasap family. Semua mcm terkejut, Dan Tanya boleh ke mkn..betoi ke boleh..Benda rare Kan. 😅

    ReplyDelete
  10. Menarik fiza..agaknya..ape la rasa dia eh ^_^

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu