Ini plan last minute. Ada merancang nak pergi bercuti sempena anniversary kami. Tapi masih tak tahu nak pergi mana. Saya nak pergi yang dekat-dekat je, malas nak pergi jauh-jauh sebab nak bercuti tak lama pun 2 hari 1 malam.
Tak berbaloi rasanya bercuti di tempat yang jauh dalam masa yang singkat. Buang masa dalam perjalanan je nanti. Baiklah kita rancang pergi dekat-dekat je. Nak pergi Port Dickson macam dekat sangat dan dah biasa pergi.
Melaka? Macam dah biasa juga. Kedua-dua tempat tu boleh tahan sesak ramai orang dan jem juga. Nak pergi Kuala Lumpur tapi macam nak suasana yang tenang je.
Jomlah kita bercuti di Golden Palm Tree Malaysia je. Tak jauh dan tak dekat sangat. Sesuai lah tu untuk suasana yang tenang-tenang je sempena anniversary. Kebetulan juga tarikh 23 Ogos tu jatuh pada hari Ahad. Jadi, check in hari Sabtu.

Kami booking last minute. Esok nak pergi, malam tu baru booking bilik. Mujurlah masih ada bilik yang kami nak tu masih ada.

Masa sampai di parkir ada satu kereta tetamu baru sampai juga. Jadi, naiklah buggy yang sama. Syok jugalah duduk belakang ni walaupun berlawanan arah.

Tunggu Encik Suami uruskan hal check-in. Receptionist terangkan itu ini dan berikan map dan jadual untuk rujukan tetamu.

Sementara menunggu Encik Suami uruskan hal check-in, ambil gambar suasana di sini. Tak sabar rasanya nak masuk bilik. Nak layan semilir bayu laut.

Selepas check-in tetamu akan dibawa ke bilik hotel dengan buggy. Buggy banyak je dan kalau tak ada buggy pun tak perlu menunggu lama. Kejap je dah sampai buggy yang lain.

Kami naik buggy kejap je sebab bilik tak jauh dari lobby. Kalau ikut bentuk pokok palma tu, kami berada di bahagian tengah batang pokoknya. Bilik dua tingkat, kami tingkat atas.

Untuk bilik premier ni boleh pilih large bed atau 2 single bed. Kami pilih large bed lah, saiz raja. Kalau ada langsir sheer putih gantung pada tiang katil tu mesti lagi menarik kan.

Bukan tu je, nama di screen TV pun nama orang lain. Betul-betul tak bersiap sedia mereka siapkan bilik untuk kami. Mujurlah kami mood baik masa tu. Kami berdua tergelak sebab tu nama Datin. Feeling orang VVIP lah kami. hihihi...

Bilik premier ni boleh tahan juga luasnya. Interior design yang modern dan menarik. Long chaise sofa bed ni diletakkan di tempat yang sesuai boleh baring sambil menikmati permandangan laut.

Ada sebekas kerepek diletakkan atas meja. Adakah ini pengganti untuk dekorasi anniversary atau complimentary? Sedap juga kerepek ni. Habis di makan sebab lapar. Boleh pula kami lupa nak beli kopi dan makanan sebelum check-in tadi.

Siaran TV ada banyak siaran juga. Tapi macam biasalah TV ni biasanya dipandang sepi je. ON tapi tak tengok pun. Boleh pula cerek elektrik di letakkan di sebelah TV tu ek? Macam tak kena pula kedudukan dia. Ehhh..ter complaint pula.

Dalam kabinet bawah TV ni ada peti ais. Ada air mineral dan juga air minuman gutC ni. Sedap juga air minuman ni. Jarang betul nak minum air minuman dalam tin sebab kita biasa minum kopi.

Ini best, ada cermin besar senang nak makeup sebab cermin dekat. Tapi yang tak bestnya dia membelakangkan cahaya. Terus jadi macam tak best pula. Sudahlah bilik ni lighting dia romantik semuanya.

Tapi tu ada paip air untuk minum. Air minuman bertapis. Tapi tak tergamak pula nak minum sebab kita dah biasa minum air yang dimasak atau air mineral dalam botol. Jadi, ini boleh diabaikan selagi tak emergency.

Sebelah kanan sinki tadi tu tandas dalam ruang yang sama. Disediakan juga tuala-tuala. Ehh baru perasan kan mereka tak letak tuala hiasan atas katil macam pasangan angsa tu.

Balcony dia luas dan ada disediakan juga pelampung keselamatan. Nampak tu tak jauh sangatlah dari lobby. Dari kejauhan nampak pantai Bagan Lalang.

Permandangan sebelah kiri pula jiran sebelah dan nampak chalet atas air yang di bahagian pelepah pokok palma. Cuaca di luar masih panas walaupun dah pukul 4 lebih.

Kita santai duduk dari dalam je lah ye melihat permandangan laut di luar tu. Kami cadang keluar jalan-jalan petang nanti je lah bila cuaca dah redup sedikit.

Access card dapat dua. Tagline di sampul kad ni sesuai sangat dengan suasana di sini, bayu laut. Best betul disapa semilir bayu laut dengan bunyian ombak kecil air laut. Sesekali dengar bunyi burung dan ada yang hinggap diatas penghadang balcony ni.

Golden Palm Tree Malaysia
Golden Palm Tree Malaysia ni nama baru yang dahulunya dikenali dengan AVANI Sepang Goldcoast Resort terletak di Sepang, Selangor. Kalau dari KLIA tak sampai 1 jam.Baru tahu nama baru ni masa perkahwinan Fattah Amin dan Amira Othman diadakan di sini. Cantik betul tempatnya. Golden Palm Tree Malaysia merupakan vila atas air yang unik berbentuk seperti pokok palma dari pandangan atas.
Sejak nama AVANI Sepang Goldcoast Resort tu lagi saya dah teringin nak bercuti di sini. Akhirnya ada rezeki juga berpeluang bercuti di tempat yang sama cuma nama je berbeza.

Kami booking last minute. Esok nak pergi, malam tu baru booking bilik. Mujurlah masih ada bilik yang kami nak tu masih ada.
Gerak dari rumah hampir pukul 3.00 petang jugalah. Ingatkan nak check in tepat pada masanya Pukul 3.00 petang tapi terlambat bersiap pula. Sudahnya sampai lebih kurang pukul 4.30 petang macam tu ikut jalan dalam je, tak ikut highway. Malas nak tempuh jem di hari Sabtu.

Parkir
Tempat parkir awam jauh ye. Yang dekat-dekat semua tu untuk valet parking. Valet parking RM25 untuk first entry per day, RM10 entry seterusnya. Kami parkir di tempat parkir awam je lah PERCUMA dan ada guard.Jauh tapi ada perkhidmatan buggy 24 jam. Tak perlulah nak menapak jalan jauh-jauh. Tapi kalau nak uji ketahanan kaki nak kumpul langkah tu bolehlah jalan kaki. Risau ketibas ketibus je nanti.

Masa sampai di parkir ada satu kereta tetamu baru sampai juga. Jadi, naiklah buggy yang sama. Syok jugalah duduk belakang ni walaupun berlawanan arah.
Check-in
Wah besar betul lobby Golden Palm Tree ni. Lobby jenis open air. Boleh tahan ramai jugalah orang. Agaknya ramai ambil cuti hari Isnin kot sebab Selasa cuti Maulidur Rasul.
Berhenti je buggy kat depan lobby, bellboy terus tolong angkat luggage dari buggy tanpa perlu disuruh dan terus letak berdekatan di reception. Pantas mereka buat kerja.

Tunggu Encik Suami uruskan hal check-in. Receptionist terangkan itu ini dan berikan map dan jadual untuk rujukan tetamu.

Sementara menunggu Encik Suami uruskan hal check-in, ambil gambar suasana di sini. Tak sabar rasanya nak masuk bilik. Nak layan semilir bayu laut.

Selepas check-in tetamu akan dibawa ke bilik hotel dengan buggy. Buggy banyak je dan kalau tak ada buggy pun tak perlu menunggu lama. Kejap je dah sampai buggy yang lain.

Kami naik buggy kejap je sebab bilik tak jauh dari lobby. Kalau ikut bentuk pokok palma tu, kami berada di bahagian tengah batang pokoknya. Bilik dua tingkat, kami tingkat atas.

Booking bilik Premier untuk full seaview melalui agoda setelah membuat perbandingan harga melalui agoda dan website Golden Palm Tree. Boleh juga buat tempahan melalui website rasmi Golden Palm Tree.
Harga hujung minggu tak dapatlah harga murah macam hari biasa. Harga bilik premier MYR 844.66 termasuk tax semua untuk 2 Hari 1 Malam.
Kalau bilik superior, partial seaview. Ingatkan full seaview yang bahagian pelepah pokok palma tu. Tak sempat nak kaji bilik apa di bahagian tu, nama pun booking last minute kan.
Kami juga request untuk dekorasi anniversary dan best seaview.
Jenis-jenis bilik
- Superior room
- Premier room
- Family Thatch Villa
- Family Villa
- Family Thatch Suite
- Family Suite
- Royal Thatch Villa
Premier Room
Perfectly positioned to capture the spectacular golden hues of sunrise or sunset, the Premier Room features a private balcony or terrace for you to soak in the tranquil beauty of the sea, making it the ideal choice for you to start your day or to wind down for the night. Size 52 sqm with king bed.

Untuk bilik premier ni boleh pilih large bed atau 2 single bed. Kami pilih large bed lah, saiz raja. Kalau ada langsir sheer putih gantung pada tiang katil tu mesti lagi menarik kan.
Apa yang kami request tu tak dapat direalisasikan sebab booking last minute. Mereka tak sempat nak buat mungkin sebab tak cukup masa. Kecewa sikit tapi tak apa, kita enjoy je lah.

Bukan tu je, nama di screen TV pun nama orang lain. Betul-betul tak bersiap sedia mereka siapkan bilik untuk kami. Mujurlah kami mood baik masa tu. Kami berdua tergelak sebab tu nama Datin. Feeling orang VVIP lah kami. hihihi...

Bilik premier ni boleh tahan juga luasnya. Interior design yang modern dan menarik. Long chaise sofa bed ni diletakkan di tempat yang sesuai boleh baring sambil menikmati permandangan laut.

Ada sebekas kerepek diletakkan atas meja. Adakah ini pengganti untuk dekorasi anniversary atau complimentary? Sedap juga kerepek ni. Habis di makan sebab lapar. Boleh pula kami lupa nak beli kopi dan makanan sebelum check-in tadi.

![]() |
| POV dari dalam bilik |
Siaran TV ada banyak siaran juga. Tapi macam biasalah TV ni biasanya dipandang sepi je. ON tapi tak tengok pun. Boleh pula cerek elektrik di letakkan di sebelah TV tu ek? Macam tak kena pula kedudukan dia. Ehhh..ter complaint pula.

Dalam kabinet bawah TV ni ada peti ais. Ada air mineral dan juga air minuman gutC ni. Sedap juga air minuman ni. Jarang betul nak minum air minuman dalam tin sebab kita biasa minum kopi.
Siling bilik jenis tinggi dengan lampu malap-malap gitu. Bilik nampak lagi luas dan design siling pun menarik.

Ini best, ada cermin besar senang nak makeup sebab cermin dekat. Tapi yang tak bestnya dia membelakangkan cahaya. Terus jadi macam tak best pula. Sudahlah bilik ni lighting dia romantik semuanya.
![]() |
| Bertemakan hitam putih kehidupan |
Dalam almari ada peti besi keselamatan, kelengkapan menggosok baju, penyangkut baju dan payung. Carca merba tengok penyangkut baju tu tak disusun elok.

Layout bilik ni agak berbeza sikit. Bilik air di tepi bilik dengan pintu macam almari. Ada cermin yang besar di sinki. Ada juga cermin kecil boleh tarik ke depan sikit untuk makeup. Sesuai untuk orang tinggi lah.
Rendah macam saya, macam tak function je cermin kecil tu melainkan kalau boleh ditarik ke bawah. Tapi tak boleh ye.

Tapi tu ada paip air untuk minum. Air minuman bertapis. Tapi tak tergamak pula nak minum sebab kita dah biasa minum air yang dimasak atau air mineral dalam botol. Jadi, ini boleh diabaikan selagi tak emergency.

Lengkap dengan kelengkapan mandi dan disediakan juga alat pengering rambut.

Sebelah kiri, bilik mandi yang dilengkapi dengan shower atas dan hand shower berdindingkan kaca pandang tembus dari dalam. Boleh layan permandangan laut sambil mandi. Tapi tidaklah kan, tarik bidai siap-siap.

Sebelah kanan sinki tadi tu tandas dalam ruang yang sama. Disediakan juga tuala-tuala. Ehh baru perasan kan mereka tak letak tuala hiasan atas katil macam pasangan angsa tu.

Balcony with full seaview
Seterusnya, jomlah kita ke balcony pula. Tersedia meja dan kerusia untuk menikmati permangan full seaview yang indah.
Balcony dia luas dan ada disediakan juga pelampung keselamatan. Nampak tu tak jauh sangatlah dari lobby. Dari kejauhan nampak pantai Bagan Lalang.
Tak rasa nak lepak di situ sebab dah pernah lepak situ. Dulu lepak situ rasa teringin nak menginap di sini, sekarang baru tercapai. Alhamdulillah...

Permandangan sebelah kiri pula jiran sebelah dan nampak chalet atas air yang di bahagian pelepah pokok palma. Cuaca di luar masih panas walaupun dah pukul 4 lebih.
Tak sanggup rasanya nak keluar. Tambah lagi di laut ni, cepat terbakar kulit. Kita pula puteri lilin macam mana pula kan.

Kita santai duduk dari dalam je lah ye melihat permandangan laut di luar tu. Kami cadang keluar jalan-jalan petang nanti je lah bila cuaca dah redup sedikit.

Access card dapat dua. Tagline di sampul kad ni sesuai sangat dengan suasana di sini, bayu laut. Best betul disapa semilir bayu laut dengan bunyian ombak kecil air laut. Sesekali dengar bunyi burung dan ada yang hinggap diatas penghadang balcony ni.

Golden Palm Tree activities
Antara aktiviti yang menarik ada disini. Banyak akiviti ye, rasa tak sempat bosan staycation di Golden Palm Tree ni.

Okay selesai room tour, barulah boleh berehat. Sambung cerita nanti.

Okay selesai room tour, barulah boleh berehat. Sambung cerita nanti.

23 Comments
Ooo dah tukar nama rupanya ..kira management pun dh tukar la kan hehe kita pernah stay situ masa nama nya masih Aveni sepang. Situ la pestime tido bilik atas air haha... tgk skrg mcn dah cantek deco nya.. mmg sesuai utk honeymoon kali kedua ye hehe hepi anniverswry fiezah
ReplyDeleteYe, dah tukar nama dah. Mungkin jugalah tu tukar management. Nampak macam okay je semuanya. Hihihi..feeling honeymoon sekali lah kan. Terima kasih KakRet.
DeleteLuas betul. Alhamdulillah tercapai hasrat Aphizha untuk menginap walaupun nama hotel sudah lain. Sayapun baru tahu hotel ini dahulu Hotel Avani.
ReplyDeleteLuas dan selesa. Alhamdulillah dapat juga akhirnya menginap di sini. Ya, nama dah berubah.
DeleteHappy anniversary Pizzah & husband! 💐🎉
ReplyDeleteLamanya tak pergi ke sini. Last pergi masa lepas PKP, masa tu dieorg punya rate murah giler tapi keadaan hotel memang maaf shakap, mmg macam hotel tinggal usang sana sini dah lama takde org duduk kan. Nasib takde 👻 je 😅 Tapi dalam gambar Pizzah ni dah nampak elok, mungkin dah renovate kot.
Terima kasih Carneyz.
DeleteAlamak, mujur tak ada yang menumpang sekali kan. Dapat bayangkan rupa dia selepas PKP tu. Mujurlah dorang bagi rate murah masa tu kan. Kalau tidak tak ada orang nak stay kat situ lepas PKP.
happy anniv fiza dan hubby! MZ pernah stay kat sini masa my bday...many2 years ago..kami amik family room...masa tu dpt promo rate..now kalau check, rate family room tu above rm1k per nite..so tak tau bila nak repeat hahhah memang best dan cantik tmpt ni!
ReplyDeleteTerima kasih Dr. Ohh lama dah ye? Untung sangat kalau dapat harga promo rate tu. Lagi berbaloi. Ye, kalau sekarang harga tak mesra poket. Boleh repeat kalau on weekdays bukan musim cutilah tapi, murah sikit rate dia.
DeleteBaru tahu resort ni dah bertukar nama ke Golden Palm Tree Malaysia. Memang port percutian yang tenang & cantik untuk percutian singkat 2D1N..Luas betul bilik Premier tu, siap ada sofa bed panjang nak lepak tengok laut
ReplyDeleteYe dah bertukar nama. Tenang dan mendamaikan bercuti di sini sesuailah untuk percutian anniversary kami. Luas sangat biliknya.
Deleteactually nama awal mmg golden palm tree sebelum avani tu..cuma yg terkini ada malaysia tu..akak stay 2013 dlu namanya golden palm tree ...amik bilik paling murah je time tu Travelers Palm Villa..anyway happy anniversary utk fiza & husband
ReplyDeleteOh ye ke? Yang tu saya tak tahu. Terima kasih inform. Maknanya dorang ambil alih semula lah kan. Kerap bertukar-tukar pulak ye.
DeleteTerima kasih kak.
Happy Anniversary. Semoga ada rezeki nak menginap di sana juga satu hari nanti.
ReplyDeleteTerima kasih. InsyaAllah semoga satu hari nanti rezeki tuan Shaizhar menginap di sini.
DeleteSekali aja pernah ke sini.. baru tau juga nama dah bertukar.. tapi kalau google masih ada lagi kann nama lamanya kan.. btw hepi anniversari Foza dan Suami ...
ReplyDeleteA'ah namanya dah bertukar. Masa SisLin pergi tu masih AVANI lagi ye? Betul, nama tu masih ada tapi dia keluar juga nama baru ni.
DeleteTerima kasih SisLin.
Dah tukar nama ya. Cantiknya, best nya.
ReplyDeleteHAPPY ANNIVERSARY FIZA & suami.
Ya, dah tukar nama. Cantik dan tenang bercuti di sini.
DeleteTerima kasih kak.
Happy anniversary.. tak pernah lagi sampai sini, tak mampu nak stay tmpt ada2 mcm ni... tgk harga semalam RM800++ pon bole pengsan rasanya... hahaha
ReplyDeleteTerima kasih Afeezz. Weekend tu Afeezz, melambung sikit harganya. Kena datang on weekdays, bukan hari cuti lagi tenang dan best rasanya.
DeleteOh Ini yg mirip penginapan palm tree di Dubai yaaa.
ReplyDeleteParkir jauh begitu sebenarnya saya suka untuk bisa jalan kaki harian 😄. Kalau pun letih bagus juga mereka sediakan buggy.
Cantiiiiik dekorasj lobby. Banyak tiang2 besar. Konsep klasik nya masih dapat.
Tp sayang mereka tak benar2 ready dengan kamar. Bisa pula nama yg tertulis nama orang lain hahahahah.
Nasib baik mood Kaka lagi bagus 😅😅. Saya pernah stay di hotel yg toiletnya menghadap kluar. Memang saya buka tirainya hahahahah. Tp tak kuatir ada yg mengintip, Krn memang lautan bebas 🤭
Samaaa kita kak. Selagi di negara yg airnya masih harus dimasak, walaupun disediakan filtered macam tuh, biasanya tak akan saya sentuh juga 😅.
Biasanya memang kalau menginap di hotel yg begini, pasti banyaaak aktifitas yg mereka sediakan. Berbaloi lah dengan harga yg sudah kita bayar. Tak sempat bosan
eh menekan-nekan ye minta nak g holiday sini jugak, baru tengok entri kak anna jingga, dorang g sini.
ReplyDeleteisk-isk-isk, tak buleh jadi ni.
suka tgk u dress-up, omey sangat. u looks cheeky and cute. rasa nak hugs~
happy anniversary dear!!! moga kekal bahagia hingga ke jannah...aamiin
ReplyDeletebestnya gie holiday, hotel pun cantiks, nice view semua... memang mood romantic sungguh la kannn