Ini plan last minute. Ada merancang nak pergi bercuti sempena anniversary kami. Tapi masih tak tahu nak pergi mana. Saya nak pergi yang dekat-dekat je, malas nak pergi jauh-jauh sebab nak bercuti tak lama pun 2 hari 1 malam.

Tak berbaloi rasanya bercuti di tempat yang jauh dalam masa yang singkat. Buang masa dalam perjalanan je nanti. Baiklah kita rancang pergi dekat-dekat je. Nak pergi Port Dickson macam dekat sangat dan dah biasa pergi.

Melaka? Macam dah biasa juga. Kedua-dua tempat tu boleh tahan sesak ramai orang dan jem juga. Nak pergi Kuala Lumpur tapi macam nak suasana yang tenang je.

Jomlah kita bercuti di Golden Palm Tree Malaysia je. Tak jauh dan tak dekat sangat. Sesuai lah tu untuk suasana yang tenang-tenang je sempena anniversary. Kebetulan juga tarikh 23 Ogos tu jatuh pada hari Ahad. Jadi, check in hari Sabtu.

Golden Palm Tree Malaysia

Golden Palm Tree Malaysia ni nama baru yang dahulunya dikenali dengan AVANI Sepang Goldcoast Resort terletak di Sepang, Selangor. Kalau dari KLIA tak sampai 1 jam.

Baru tahu nama baru ni masa perkahwinan Fattah Amin dan Amira Othman diadakan di sini. Cantik betul tempatnya. Golden Palm Tree Malaysia merupakan vila atas air yang unik berbentuk seperti pokok palma dari pandangan atas.

Sejak nama AVANI Sepang Goldcoast Resort tu lagi saya dah teringin nak bercuti di sini. Akhirnya ada rezeki juga berpeluang bercuti di tempat yang sama cuma nama je berbeza.

Golden Palm Tree Malaysia

Kami booking last minute. Esok nak pergi, malam tu baru booking bilik. Mujurlah masih ada bilik yang kami nak tu masih ada. 

Gerak dari rumah hampir pukul 3.00 petang jugalah. Ingatkan nak check in tepat pada masanya Pukul 3.00 petang tapi terlambat bersiap pula. Sudahnya sampai lebih kurang pukul 4.30 petang macam tu ikut jalan dalam je, tak ikut highway. Malas nak tempuh jem di hari Sabtu.

Golden Palm Tree Malaysia

Parkir

Tempat parkir awam jauh ye. Yang dekat-dekat semua tu untuk valet parking. Valet parking RM25 untuk first entry per day, RM10 entry seterusnya. Kami parkir di tempat parkir awam je lah PERCUMA dan ada guard. 

Jauh tapi ada perkhidmatan buggy 24 jam. Tak perlulah nak menapak jalan jauh-jauh. Tapi kalau nak uji ketahanan kaki nak kumpul langkah tu bolehlah jalan kaki. Risau ketibas ketibus je nanti.

Golden Palm Tree Malaysia

Masa sampai di parkir ada satu kereta tetamu baru sampai juga. Jadi, naiklah buggy yang sama. Syok jugalah duduk belakang ni walaupun berlawanan arah. 

Check-in

Wah besar betul lobby Golden Palm Tree ni. Lobby jenis open air. Boleh tahan ramai jugalah orang. Agaknya ramai ambil cuti hari Isnin kot sebab Selasa cuti Maulidur Rasul

Berhenti je buggy kat depan lobby, bellboy terus tolong angkat luggage dari buggy tanpa perlu disuruh dan terus letak berdekatan di reception. Pantas mereka buat kerja. 

Golden Palm Tree Malaysia

Tunggu Encik Suami uruskan hal check-in. Receptionist terangkan itu ini dan berikan map dan jadual untuk rujukan tetamu. 

Golden Palm Tree Malaysia

Sementara menunggu Encik Suami uruskan hal check-in, ambil gambar suasana di sini. Tak sabar rasanya nak masuk bilik. Nak layan semilir bayu laut. 

Golden Palm Tree Malaysia

Selepas check-in tetamu akan dibawa ke bilik hotel dengan buggy. Buggy banyak je dan kalau tak ada buggy pun tak perlu menunggu lama. Kejap je dah sampai buggy yang lain.

Golden Palm Tree Malaysia

Kami naik buggy kejap je sebab bilik tak jauh dari lobby. Kalau ikut bentuk pokok palma tu, kami berada di bahagian tengah batang pokoknya. Bilik dua tingkat, kami tingkat atas.

Golden Palm Tree Malaysia

Booking bilik Premier untuk full seaview melalui agoda setelah membuat perbandingan harga melalui agoda dan website Golden Palm Tree. Boleh juga buat tempahan melalui website rasmi Golden Palm Tree.

Harga hujung minggu tak dapatlah harga murah macam hari biasa. Harga bilik premier MYR 844.66 termasuk tax semua untuk 2 Hari 1 Malam. 

Kalau bilik superior, partial seaview. Ingatkan full seaview yang bahagian pelepah pokok palma tu. Tak sempat nak kaji bilik apa di bahagian tu, nama pun booking last minute kan.

Kami juga request untuk dekorasi anniversary dan best seaview. 

Jenis-jenis bilik

  • Superior room
  • Premier room
  • Family Thatch Villa
  • Family Villa
  • Family Thatch Suite
  • Family Suite
  • Royal Thatch Villa

Premier Room

Perfectly positioned to capture the spectacular golden hues of sunrise or sunset, the Premier Room features a private balcony or terrace for you to soak in the tranquil beauty of the sea, making it the ideal choice for you to start your day or to wind down for the night. Size 52 sqm with king bed.

Golden Palm Tree Malaysia

Untuk bilik premier ni boleh pilih large bed atau 2 single bed. Kami pilih large bed lah, saiz raja. Kalau ada langsir sheer putih gantung pada tiang katil tu mesti lagi menarik kan.

Apa yang kami request tu tak dapat direalisasikan sebab booking last minute. Mereka tak sempat nak buat mungkin sebab tak cukup masa. Kecewa sikit tapi tak apa, kita enjoy je lah.

Golden Palm Tree Malaysia

Bukan tu je, nama di screen TV pun nama orang lain. Betul-betul tak bersiap sedia mereka siapkan bilik untuk kami. Mujurlah kami mood baik masa tu. Kami berdua tergelak sebab tu nama Datin. Feeling orang VVIP lah kami. hihihi...

Golden Palm Tree Malaysia

Bilik premier ni boleh tahan juga luasnya. Interior design yang modern dan menarik. Long chaise sofa bed ni diletakkan di tempat yang sesuai boleh baring sambil menikmati permandangan laut. 

Golden Palm Tree Malaysia

Ada sebekas kerepek diletakkan atas meja. Adakah ini pengganti untuk dekorasi anniversary atau complimentary? Sedap juga kerepek ni. Habis di makan sebab lapar. Boleh pula kami lupa nak beli kopi dan makanan sebelum check-in tadi.

Golden Palm Tree Malaysia


Golden Palm Tree Malaysia
POV dari dalam bilik

Siaran TV ada banyak siaran juga. Tapi macam biasalah TV ni biasanya dipandang sepi je. ON tapi tak tengok pun. Boleh pula cerek elektrik di letakkan di sebelah TV tu ek? Macam tak kena pula kedudukan dia. Ehhh..ter complaint pula.

Golden Palm Tree Malaysia

Dalam kabinet bawah TV ni ada peti ais. Ada air mineral dan juga air minuman gutC ni. Sedap juga air minuman ni. Jarang betul nak minum air minuman dalam tin sebab kita biasa minum kopi.

Golden Palm Tree Malaysia

Siling bilik jenis tinggi dengan lampu malap-malap gitu. Bilik nampak lagi luas dan design siling pun menarik. 

Golden Palm Tree Malaysi

Ini best, ada cermin besar senang nak makeup sebab cermin dekat. Tapi yang tak bestnya dia membelakangkan cahaya. Terus jadi macam tak best pula. Sudahlah bilik ni lighting dia romantik semuanya.

Golden Palm Tree Malaysia
Bertemakan hitam putih kehidupan

Dalam almari ada peti besi keselamatan, kelengkapan menggosok baju, penyangkut baju dan payung. Carca merba tengok penyangkut baju tu tak disusun elok.

Golden Palm Tree Malaysia

Layout bilik ni agak berbeza sikit. Bilik air di tepi bilik dengan pintu macam almari. Ada cermin yang besar di sinki. Ada juga cermin kecil boleh tarik ke depan sikit untuk makeup. Sesuai untuk orang tinggi lah. 

Rendah macam saya, macam tak function je cermin kecil tu melainkan kalau boleh ditarik ke bawah. Tapi tak boleh ye.

Golden Palm Tree Malaysia

Tapi tu ada paip air untuk minum. Air minuman bertapis. Tapi tak tergamak pula nak minum sebab kita dah biasa minum air yang dimasak atau air mineral dalam botol. Jadi, ini boleh diabaikan selagi tak emergency.

Golden Palm Tree Malaysia

Lengkap dengan kelengkapan mandi dan disediakan juga alat pengering rambut.

Golden Palm Tree Malaysia

Sebelah kiri, bilik mandi yang dilengkapi dengan shower atas dan hand shower berdindingkan kaca pandang tembus dari dalam. Boleh layan permandangan laut sambil mandi. Tapi tidaklah kan, tarik bidai siap-siap.

Golden Palm Tree Malaysia

Sebelah kanan sinki tadi tu tandas dalam ruang yang sama. Disediakan juga tuala-tuala. Ehh baru perasan kan mereka tak letak tuala hiasan atas katil macam pasangan angsa tu.

Golden Palm Tree Malaysia

Balcony with full seaview

Seterusnya, jomlah kita ke balcony pula. Tersedia meja dan kerusia untuk menikmati permangan full seaview yang indah.

Golden Palm Tree Malaysia

Balcony dia luas dan ada disediakan juga pelampung keselamatan. Nampak tu tak jauh sangatlah dari lobby. Dari kejauhan nampak pantai Bagan Lalang

Tak rasa nak lepak di situ sebab dah pernah lepak situ. Dulu lepak situ rasa teringin nak menginap di sini, sekarang baru tercapai. Alhamdulillah...

Golden Palm Tree Malaysia

Permandangan sebelah kiri pula jiran sebelah dan nampak chalet atas air yang di bahagian pelepah pokok palma. Cuaca di luar masih panas walaupun dah pukul 4 lebih. 

Tak sanggup rasanya nak keluar. Tambah lagi di laut ni, cepat terbakar kulit. Kita pula puteri lilin macam mana pula kan.

Golden Palm Tree Malaysia

Kita santai duduk dari dalam je lah ye melihat permandangan laut di luar tu. Kami cadang keluar jalan-jalan petang nanti je lah bila cuaca dah redup sedikit.

Golden Palm Tree Malaysia

Access card dapat dua. Tagline di sampul kad ni sesuai sangat dengan suasana di sini, bayu laut. Best betul disapa semilir bayu laut dengan bunyian ombak kecil air laut. Sesekali dengar bunyi burung dan ada yang hinggap diatas penghadang balcony ni.

Golden Palm Tree Malaysia

Golden Palm Tree activities

Antara aktiviti yang menarik ada disini. Banyak akiviti ye, rasa tak sempat bosan staycation di Golden Palm Tree ni.

Golden Palm Tree Malaysia

Okay selesai room tour, barulah boleh berehat. Sambung cerita nanti.