Jun 2026 | Kali terakhir kami sama-sama derma darah bulan Mac yang lepas. Jadi, bulan Jun dah boleh derma darah lagi sebab dah cukup 3 bulan gap. Sebelum derma saya jaga makan dan tidur secukupnya. Teruja nak derma darah punya pasal.

Doa semoga esok dapat derma darah. Paling risau tekanan darah tu lah. Yang lain saya tak risau sebab biasa lampu hijau je. 

Kebetulan Encik Suami cuti waktu hari bekerja tu, jadi jomlah kita. Ayuh! Semangat! 

Gagal Derma Darah

Pergi waktu pagi tak ada orang sangat. Ada lah seorang dua je yang datang menderma di Pusat Derma Darah HTJ ni. Saya lebih suka derma darah di hospital berbanding derma darah bergerak di shopping mall atau tempat tertentu. Sebabnya di sini tak perlu jalan jauh. Lebih santai. Parkir je terus masuk dalam.

Kalau dalam shopping mall tu, berjalan jauh saja dah boleh naikkan tekanan darah tu kan. Lagilah gagal untuk saya derma darah. Tapi kadang kat sini pun gagal juga. Haritu sikit lagi je nak lepas tapi masih tak nak turun bila check kali ketiga tu. 

First tinggi, kedua dah kurang dah. Eh tiba-tiba dia naik semula. Saja je nak bagi harapan palsu kat saya. Kita pun malas nak susahkan doktor check berkali-kali. Sorry doktor. Eh, takpe doktor kata. Tak dapatlah saya nak derma darah haritu. Encik Suami derma sorang-sorang je lah untuk kali ke-41. 

Gagal Derma Darah

Saya masih di tahap 3, terpelanting jauh. Susah kalau ada white coat syndrome ni. Kat rumah check normal je. Tiba je kat hospital, tak ingat dah yang normal kat rumah tadi tu. Apooo...

Dah ikut segala tips, tak berkesan pun untuk saya. Kena betul-betul bertenang macam kat rumah baru bacaan okay. Hmmm...

Kecewa gagal derma darah lagi. Tapi fikir positif je lah, Allah tak izinkan ada sebabnya tu. Ada hikmahnya tu. InsyaAllah lain kali cuba lagi. Cuba tanpa putus asa. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk saya derma darah. Aamiin...