Jun 2026 | Kali terakhir kami sama-sama derma darah bulan Mac yang lepas. Jadi, bulan Jun dah boleh derma darah lagi sebab dah cukup 3 bulan gap. Sebelum derma saya jaga makan dan tidur secukupnya. Teruja nak derma darah punya pasal.
Doa semoga esok dapat derma darah. Paling risau tekanan darah tu lah. Yang lain saya tak risau sebab biasa lampu hijau je.
Kebetulan Encik Suami cuti waktu hari bekerja tu, jadi jomlah kita. Ayuh! Semangat!

Pergi waktu pagi tak ada orang sangat. Ada lah seorang dua je yang datang menderma di Pusat Derma Darah HTJ ni. Saya lebih suka derma darah di hospital berbanding derma darah bergerak di shopping mall atau tempat tertentu. Sebabnya di sini tak perlu jalan jauh. Lebih santai. Parkir je terus masuk dalam.
Kalau dalam shopping mall tu, berjalan jauh saja dah boleh naikkan tekanan darah tu kan. Lagilah gagal untuk saya derma darah. Tapi kadang kat sini pun gagal juga. Haritu sikit lagi je nak lepas tapi masih tak nak turun bila check kali ketiga tu.
First tinggi, kedua dah kurang dah. Eh tiba-tiba dia naik semula. Saja je nak bagi harapan palsu kat saya. Kita pun malas nak susahkan doktor check berkali-kali. Sorry doktor. Eh, takpe doktor kata. Tak dapatlah saya nak derma darah haritu. Encik Suami derma sorang-sorang je lah untuk kali ke-41.

Saya masih di tahap 3, terpelanting jauh. Susah kalau ada white coat syndrome ni. Kat rumah check normal je. Tiba je kat hospital, tak ingat dah yang normal kat rumah tadi tu. Apooo...
Dah ikut segala tips, tak berkesan pun untuk saya. Kena betul-betul bertenang macam kat rumah baru bacaan okay. Hmmm...
Kecewa gagal derma darah lagi. Tapi fikir positif je lah, Allah tak izinkan ada sebabnya tu. Ada hikmahnya tu. InsyaAllah lain kali cuba lagi. Cuba tanpa putus asa. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk saya derma darah. Aamiin...
34 Comments
Isssh samaaaa lah kak. Kenapa tiap cek di rumah normal hasilnya. Giliran ke rumahsakit, naik pulaaaa dia 😔😔.
ReplyDeleteItulah tu. Stress betul dibuatnya. Dah tak tahu dah macam mana nak bertenang. huhu...
DeleteBagusnya Fiza & suami. Kira regular donor la ni ye?
ReplyDeleteAkk pun ada syndrome ni, asal nak jumpa doctor je darah mencanak naik. Susah betul nak bertenang
Husband saya memang regular donor. Saya je on off sebab kadang bp tu lah yang problem. huhu...Samalah kita kan. Risau betul time nak derma darah atau check jumpa doktor tu.
DeleteSama la kita, bila depan doktor auto tekanan darah naik! Semoga ada rezeki derma darah di Hospital HTJ nanti.
ReplyDeleteGeng lah kita.
DeleteAamiin...Terima kasih doakan.
Alhamdulillah...rajin Fiza dan suami menderma darah. In sya Allah semoga next time bp Fiza okay dan dapat derma darah. Kadang-kadang bp ni memang begitu kan. Di rumah molek je. Alih-alih bila jumpa Dr sakan pula dia melompat
ReplyDeleteAlhamdulillah...Dengan izin Allah dapatlah kami menderma. Cuma kali ni saya tak dapat nak derma. Aamiin...Terima kasih KakSarie.
DeleteItulah tu, apa kena ntah. Mainkan perasaan kita je. huhu...
Harap berpeluang derma darah lepas ni.. Terima kasih sudi singgah & meninggalkan jejak di blog ejulz..
ReplyDeleteSenarai Pengomen Tegar JULAI 2026
Mudah-mudahan. Aamiin...
DeleteSama-sama.
Harap juga lepas ni tak letak link di bahagian komen ye. Terima kasih.
ooo tak semestinya boleh derma anytime rupanya...anyway, bila niat nak derma pun dh dpt pahala tu
ReplyDeleteYe, kena ada gap 3 bulan at least untuk pastikan badan cukup sihat. InsyaAllah..Aamiin...
DeleteDulu rin masalah HB fail nak derma darah huhu.. seronok tengok mak ayah rin derma darah balik mesti ada freebies/jajan haha
ReplyDeleteOo hemoglobin rendah ke tinggi. Pernah jadi Hb husband tinggi sebab sebelum tu makan daging kambing. Kalau boleh jangan makan daging kambing atau minum kopi sebelum derma. Alhamdulillah, selain dapat derma dapat juga jajan.
Deleteberapa tekanan darah yang lepas untuk menderma?
ReplyDeleteKalau bacaan atas tu bawah 150. Saya punya terlebih sikit je pun. Itu pun tak lepas juga. huhu...Bacaan bawah saya lupa pulak nak tanya doktor. Ke doktor ada cakap tapi saya tak ingat. Maafkan saya.
DeleteUncle memang gagal sokmo.... hehehehhe
ReplyDeleteTakpe uncle. Saya faham dan mereka pun faham. hihi...
DeletePenah sekali je derma darah masa zaman bujang dulu
ReplyDeleteSkrg risauu tak stabil utk derma darah cepattt rasa takut
Tak tahulah apa buat kitra risau kan. Susah betul nak bertenang. huhu...
Deleteakak pun gagal sentiasa...x leh la derma darah....
ReplyDeleteTakpe kak. Kalau dah tak boleh nak buat macam mana kan.
DeleteAlamak tiada rezeki Aphizha hendak derma. Betul itu ada hikmah di sebaliknya.
ReplyDeleteYe, kali ni tak berjaya. Cuba lagi nanti. InsyaAllah...
Deletex pe insya allah akan datang nnt pasti dapat menderma
ReplyDeleteHarap begitulah. InsyaAllah. Aamiin...
DeleteTahniah, suami Pizzah 41 kali derma darah. Kagum! Moga dipermudahkan derma untuk kali yang seterusnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah...Aamiin.
DeleteTerima kasih kak Amie doakan kami.
Masyaallah.. regular donor eh asben Fiza. Moga terus beri manfaat pada yang memerlukan.
ReplyDeleteAkak sekali je derma darah masa F5. Itupun lama nak penuh pack darah. Doktor kata saluran darah halus huhu.. Bila zaman anakdara nak derma darah, nurse check tak cukup berat. Laaa pulak... sekarang ni dah terlebih berat takde pulak nak derma darah.. takut pun ia.
Ye, betul. InsyaAllah.mudah-mudahan memberi manfaat pada mereka yang memerlukan. Dulu zaman anak dara tak lepas juga sebab berat tak lepas. Sekarang dah terlebih berat masalah lain pulak. Aduhaiii...macam-macam kan.
Deleteammi lagilah, belum pernah menderma darah walau sekali pun. pernah 2-3 kali excited tp kali pertama kena reject sbb belum sampai 6 bulan lepas kena chicken pox. Lepas tu memanjang je bacaan darah ammi rendah.
ReplyDeleteTakpe. Tak ada rezeki untuk kita menderma. Boleh cuba lain kali kalau rasa nak mencuba.
DeleteSaya pun dah lama tak derma darah sebab ada Darah Tinggi. Erm... Niat dah ada tapi ada rezeki nak menderma.
ReplyDeleteTakpe, niat tu ada ada. Kalau memudaratkan kita, tak perlu derma darah.
Delete