Mei 2026 | Hari terakhir bermusafir di Sungai Besar. Kami check out dekat hampir pukul 12.00 tengah hari. Kemudian gerak terus ke rumah kakak untuk kenduri tahlil jam 2.30 petang. Dapatlah kami tolong sikit-sikit lagi sebelum majlis. 

Mereka kata tema strawberry matcha. Kita pakai warna lebih kurang je lah ye. Recycle juga baju hari raya Aidilfitri haritu dengan warna tudung yang berbeza. Lama betul tak pakai shawl. Lupa dah macam mana nak style kan. Jadi carca merba tengoknya.
Urusan check out kejap dan kami pun bergerak ke Sabak Bernam. Pilihan yang tepat kami pilih untuk menginap di Hotel KOMP1T ni. Hotel bajet tapi biliknya sangat puas hati dengan harganya. Selesa, bersih dan luas untuk jenis bilik yang kami pilih.

Pagi tu memang tak kemanalah. Masing-masing kepenatan, ambil peluang tidur charge bateri tenaga kami selepas buat kerja sampai tengah malam tadi untuk persiapan kenduri.

Mereka kata tema strawberry matcha. Kita pakai warna lebih kurang je lah ye. Recycle juga baju hari raya Aidilfitri haritu dengan warna tudung yang berbeza. Lama betul tak pakai shawl. Lupa dah macam mana nak style kan. Jadi carca merba tengoknya.
Rasa macam tak sesuai je pakai tudung warna pink ni. Lebih sesuai warna gelap sikit untuk tone kulit saya. Kena buat color analysis ikut undertone.
Urusan check out kejap dan kami pun bergerak ke Sabak Bernam. Pilihan yang tepat kami pilih untuk menginap di Hotel KOMP1T ni. Hotel bajet tapi biliknya sangat puas hati dengan harganya. Selesa, bersih dan luas untuk jenis bilik yang kami pilih.
Kalau korang tak tahu nak stay mana kat Sungai Besar ni bolehlah menginap di sini.
18 Comments
Kak SA dah lama x pi Sg Besar...last pergi masa kazen kahwin lama dh..x ingat tahun bila...suka pi area tu sebab ada sawah padi dan macam2 produk kampung...
ReplyDeleteKalau sawah padi sekinchan lagi menarik. Sini tak ada tempat tarikan sawah padi, sekinchan macam ada tempat menariknya. Produk kampung tu yg best macam-macam ada dan murah.
DeleteTerima kasih Pizzah atas cadangan menginap di Hotel KOMPIT. Mana tahu satu hari nanti hendak bermalam di Sabak Bernam. Maklumlah kami selalu ikut jalan itu kalau hendak ke Hutan Melintang dan tempat keluarga sebelah emak di Perak.
ReplyDeleteSama-sama kak Amie. Pilih jenis bilik yg saya pilih ni luas sikit dan selesa. Sesuai untuk menginap seketika. Berbaloi dengan harganya.
DeleteHahaha kita pun dah lama x pakai shawl... x tau la.masih ada skill nak belit² ke idok lagi ni
ReplyDeleteHihi.. lesen kita dah expired. Ambil masa nak membelit shawl.
DeleteSayapun tak pandaaai pakai shawl 🤣. Pasti tak rapiii. Makanya sampai skr msh lebih suka pakai tudung persegi.
ReplyDeleteKadang kalau lihat teman yg pakai shawl, rapi, bagus, memang teringin lah. Hrs banyak latihan pakai
Tudung bawal lagi mudah tak perlu lilit bagai kan. Saya lebih suka instant shawl senang nak pakai sebab sekali inner. Ya, kena biasa pakai shawl baru memudahkan kerja.
Deletememang ada warna yg kita selesa...MZ kebykan outfit/tudung kaler pink/dark blue/nude...yg kaler2 lain tak byk sgt
ReplyDeleteBetul, ada yang tak selesa dan tak sesuai dipakai. Saya pulak banyak yang lebih dark colour. Terang-terang ni macam tak kena pulak. huhu...
DeletePengalaman check out hotel tempatan memang ada liku-likunya. Semoga dipermudahkan urusan penginapan lain nanti! Fiza ada plan nak short vacation ke destinasi lain lepas ni?
ReplyDeleteTak berliku sangat. So far okay je. Tak ada plan lagi.
DeleteSelalu lalu je depan hotel komp1t tu..hihihi
ReplyDeleteOh ye ke..Laluan kalau nak balik kg ek? hihi...
DeleteMasa duduk Selayang ,Melaka, memang laluan tu balik kampung.. sebab kampung dekat tol hutan melintang tu(dulu takde).. jadi kalau nak terus lajak highway, exit Bidor ke, tapah ke..lagi jauh nak turun..belum jem lagi..so kita keluar je ikut exit Kuala Selangor... Senang.terus jumpa rumah .
DeleteOhh macam tu ceritanya. Ikut sini lagi dekat kan. Faham faham.
DeleteOk.. bila-bila kot tersesat ke Sungai Besar akan try hotel ni pula.
ReplyDeleteOkay silakan cuba dan review nanti. Saya dah mark dah hotel ni kalau ke SB boleh stay sini lagi. hihi..murah pun murah.
Delete