Mei 2026 | Hari terakhir bermusafir di Sungai Besar. Kami check out dekat hampir pukul 12.00 tengah hari. Kemudian gerak terus ke rumah kakak untuk kenduri tahlil jam 2.30 petang. Dapatlah kami tolong sikit-sikit lagi sebelum majlis.
  Check Out Hotel KOMP1T

Pagi tu memang tak kemanalah. Masing-masing kepenatan, ambil peluang tidur charge bateri tenaga kami selepas buat kerja sampai tengah malam tadi untuk persiapan kenduri.

Check Out Hotel KOMP1T

Mereka kata tema strawberry matcha. Kita pakai warna lebih kurang je lah ye. Recycle juga baju hari raya Aidilfitri haritu dengan warna tudung yang berbeza. Lama betul tak pakai shawl. Lupa dah macam mana nak style kan. Jadi carca merba tengoknya. 

Rasa macam tak sesuai je pakai tudung warna pink ni. Lebih sesuai warna gelap sikit untuk tone kulit saya. Kena buat color analysis ikut undertone.


Urusan check out kejap dan kami pun bergerak ke Sabak Bernam. Pilihan yang tepat kami pilih untuk menginap di Hotel KOMP1T ni. Hotel bajet tapi biliknya sangat puas hati dengan harganya. Selesa, bersih dan luas untuk jenis bilik yang kami pilih.

Kalau korang tak tahu nak stay mana kat Sungai Besar ni bolehlah menginap di sini.