Filem Anak Rimau The Movie

Filem Anak Rimau The Movie, sebuah filem berkonsepkan perlawanan bola sepak lakonan Beto Kusyairy, Azhan Rani, Adam Corrie, Idan Aedan, Kechikimi dan ramai lagi. Juga menampilkan anak-anak muda pemain bola sepak daripada Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari.

Filem Anak Rimau The Movie berkonsepkan perlawanan bola sepak yang penuh dengan drama, adegan lucu, inspirasi dan sarat dengan mesej yang mampu memberi impak positif kepada penonton tentang pentingnya semangat berpasukan dan dorongan keluarga dalam mencapai cita-cita. 

Fakta menarik tentang Filem Anak Rimau The Movie

  • Bajet untuk pembikinan Filem Anak Rimau The Movie menelan kos belanja sebanyak RM5.5 juta kerana ramai pelakon, terutamanya scene dalam stadium untuk nampakkan suasana sebenar.
  • Filem ini tidak ada penggunaan Computer-Generated Imagery (CGI) dan lokasi penggambaran 95% dijalankan di Pahang.
  • Filem ini tiada kaitan dengan biografi mana-mana pemain bola.

Semangat patriotisme diselitkan selaras dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Unsur perpaduan dan nasionalisme yang diselitkan dalam filem Filem Anak Rimau The Movie ini sesuai dengan tarikh tayangan 1 September 2020, selari dengan suasana ulang tahun Hari Merdeka Malaysia ke-65 tahun.

filem anak rimau the movie

FILEM ANAK RIMAU THE MOVIE

Tarikh tayangan : 1 September 2022 di 55 buah pawagam
Idea asal : Fadzil Manap
Pengarah : Areel Abu Bakar
Produksi : Keeklr Films Sdn Bhd dengan Kerjasama Al-Ikhsan Sports & Majlis Sukan Negara (MSN) 

PELAKON FILEM ANAK RIMAU THE MOVIE

  • Beto Kusyairy
  • Azhan Rani
  • Adam Corrie
  • Idan Aedan
  • Taiyuddin Bakar
  • Megat Sharizal
  • Mustaqim Bahadon
  • Kechikimi
  • dan ramai lagi

SINOPSIS FILEM ANAK RIMAU THE MOVIE

Filem Anak Rimau The Movie yang mengangkat kisah sekumpulan remaja memburu impian menjadi pemain bola sepak negara.

LAGU TEMA (OST) ANAK RIMAU THE MOVIE

Lagu : Pentas Dunia
Lirik & Komposer : Bajai dan Amylea Azizan
Penyanyi : Idan Aedan, Kechikimi, Hanz Skelchy, Omar Dannyal, Joel Law dan Hakeem Sufian

sumber: bharian

4 comments:

  1. Menarik. Rajin guna orang sebenar penuhkan stadium. Biasa orang guna CGI atau footage yang sedia ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang banyak belanja tu. Nak bayar ramai orang agaknya :)

      Delete
  2. Replies
    1. Sebab masih anak anak gitu kan. Belum pro lagi. hehe...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.