Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Chapter 2 : February Bulan Istimewa

Hari ke 32/365. Pejam celik pejam celik duduk rumah dah masuk bulan February, Chapter 2 tahun 2021. Permulaan January yang 'tough' dengan banjir, PKP2.0, PdPR dan berakhir dengan kes baru COVID-19 meningkat tinggi ke 5 ribu dua tiga hari ni. 

Kisah Chapter 1 2021 kita tinggalkan jadi kenangan. Jomlah kita kita beralih ke bulan February. Bulan istimewa untuk saya. 

February Bulan Istimewa Sebab...

Februari, bulan kedua kiraan tahun dalam kalender gregory. Bulan istimewa sebab bulan yang mempunyai hari yang kurang daripada bulan-bulan lain. Februari ada 28 hari sahaja. Jika tahun lompat, Februari mempunyai 29 hari.

Pada tahun biasa, Februari bermula dengan hari yang sama dengan bulan Mac dan November. Maksudnya Februari mula hari ni isnin, bulan Mac dan November  nanti akan bermula dengan isnin juga.

Manakala tahun lompat, hari permulaan Februari akan sama dengan bulan Ogos. 

February 2021 Calendar

Hi, Hope!
Do you believe that everything happens for a reason?
Sometimes, what seems to us as bitter trials are often 
blessing in disguise learn to find beauty in it. 
We may not understand it now, but Allah does.

February pronunciation

/ˈfɛbrʊəri,ˈfɛbjʊəri/
noun
the second month of the year, in the northern hemisphere usually considered the last month of winter. "even in February the place is busy"


1 dan 29 February : Birthday Anak buah 
Tahun ni February days ada 28 hari sahaja. Ada sorang anak buah saya, birthday 29 haribulan. Dapatlah sambut birthday tahun lepas, lepas tu tunggu 4 tahun lagi 2021.

7 February : Birthday Sister In Law and Me! 
Sorang lagi anak buah awal bulan Februari 1 haribulan. Eloklah tu lengkap awal dan akhir February. Seminggu lepas tu, birthday saya pula menyusul. Sama birthday dengan adik ipar. Jangan lupa tau 7 February. Eh!

 14 February : Birthday Mak dan Abang
Seminggu lepas tu birthday mak dengan abang pula hari yang sama. Bulan yang sama juga anniversary pertunangan. Pertunangan pun nak anniversary jugak ke? Boleh saja kalau nak. Ye, ingat lagi walaupun dah 8 tahun berlalu. Fuhh...lama tu 8 tahun dah!

25 February : Birthday Brother In Law and His Wedding Anniversary
Lepas tu birthday adik ipar dan wedding anniversary adik ipar dan biras. Banyak tarikh tarikh penting untuk diraikan. Itu yang istimewa sangat-sangat tu. 

Padat jadual birthday bulan February.
 

'HOPE' February

Planner tahun 2021 adalah bertemakan 'HOPE' . Carry forward 'Hope' bulan Januari ke bulan February ni mengharapkan Semoga COVID-19 ni akan berakhir. Satu-satunya harapan semua orang pada saat ini dan ketika ini. 

Mengharapkan kehidupan yang lebih baik. Nak tenang-tenang sahaja. Jangan pernah lupa Allah SWT. Sesungguhnya ujian yang Allah berikan ini juga adalah peringatan pada kita supaya tak leka dengan dunia dan sentiasa mengingati Allah bukan hanya ketika susah. 

February 2021 Calendar

February 2020 calendar
Sometimes the dusties cover
hides the best book
and the best tea cup is chipped

So do not be deceived by appearance
for beauty is found within

Belle,
-Beauty & The Beast

Panjang pulak karangan awal bulan February ni. Ambil mood latihan buat karangan panjang walaupun tak ada siapa baca. Buat simpanan diari sihatimerahjambu online. Dah tua-tua esok mesti rindu nak baca. Kannn


Cuti Umum Bulan Februari 2021

1 Februari (Isnin) : Hari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)
12 Februari (Jumaat) : Tahun Baru Cina 
13 Februari (Sabtu) : Tahun Baru Cina Hari Kedua

Sejak PKP ni, dah kurang ambil kisah pasal cuti sebab cuti pun tak dapat kesana kesini. 

Post a Comment

17 Comments

  1. Ingat birthday Fiza. Wah istimewa hari tunang dan harijadi emak bulan Februari. Haah kadang-kadang tulis untuk kenangan sendiri.

    ReplyDelete
  2. Wah banyak birthday Feb ya.. Yes, HOPE. Moga cepat lah terhapus wabak covid ni.. Aamiin

    ReplyDelete
  3. okay fiza noted 7 februari 2021 ^_^
    harap ade berita baik utk februari ini :)

    take care fiza!

    ReplyDelete
  4. wahh ramai gak tu ahli keluarga yang lahir bulan Februari...birthday Fiza pun bulan ni eks..wehuuu!

    ReplyDelete
  5. wahhh... mmg mkn kek ajalah bulan 2 ni ye... tgh countdown birthday ke tu?? hehehe

    ReplyDelete
  6. Wah! Memang istimewa bulan Februari. Ni kira bulan keluarga. Boleh kumpul sekali harung sambut birthday ramai-ramai ni.

    ReplyDelete
  7. Semoga bulan Februari adalah bulan yang lebih baik pada kita semua. Banyaknya special dates di bulan Februari ni, bagi Fizah. :)

    ReplyDelete
  8. Walaupun panjang karangan, saya tetap membacanyaaa sampai habis... Terbaik la bulan Februari ni... banyak hari bersejarah sesama family gitu.. Walaupun tak dapat celebrate meriah sangat... Kan.. hmm.. moga Covid 19 hancur harini.. AMIN

    ReplyDelete
  9. Wah bulan birthday ye.. Memang istimewa.. Tak tahu pula mengenai permulaan hari yang sama dengan Mac dan November tu.. tq share info..

    ReplyDelete
  10. kiranya ni lbh dr sekadar bulan cinta laa yaa...? hehehe bulan ituuuu bulan cinta...bulan ituuuu bulan kitaaaa... biarkan cahaya kasih...eh ternyanyi pulakkk...

    ReplyDelete
  11. wow anak buah fiza bday tahun lompat ye.. rare ni

    ReplyDelete
  12. bulan ni birthday hubby dgn SIL no.1 haha. tak tau nk beli apa.

    ReplyDelete
  13. Akak dtg lg di entri ni nk wish "happy birthday fiza"!! semoga segala impian fiza menjadi kenyataan dan dipermudahkan urusan yg dirancang

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.