Jun 2026 | Minggu lepas hantar anak buah ke Politeknik Shah Alam untuk sesi latihan, kemudian dia ke Politeknik Merlimau Melaka pula untuk Majlis Pentauliahan PISPA 2026. Keluarga kakak saya bermalam di Seremban dan kami sama-sama gerak ke Melaka di hari tersebut.

Pentauliahan PISPA

Pengiktirafan rasmi oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang berjaya menamatkan latihan Pasukan Institusi Pertahanan Awam. 

Pelajar yang ditauliahkan akan dianugerahkan pangkat Staf Muda Pertahanan Awam, menandakan mereka bersedia untuk membantu komuniti dan agensi dalam pengurusan bencana.

Majlis bermula jam 10.00 pagi. Kami sampai awal jam 8 lebih sebab dalam jadualnya mula jam 9.00 pagi. Ingatkan mula awal macam majlis konvo tu, rupanya lewat juga ye. 

Hadir ke Pentauliahan PISPA 2026

Kebetulan tak ramai agaknya keluarga yang datang. Dapatlah saya, Encik Suami dan anak-anak buah masuk dalam dewan sekali. Kalau konvo, ibu bapa je yang boleh masuk dewan. 

Dah lah kita pakai baju bukan formal. Kalau mereka bagi masuk tu maksudnya bolehlah tu. Okay, duduklah semua dalam dewan. Jenuh juga menunggu lama sampai majlis bermula.

Hadir ke Pentauliahan PISPA 2026

Selepas baca doa dan ucapan, tibalah masanya untuk pentauliahan PISPA. Masa yang ditunggu-tunggu. Dapat jugalah ambil video anak buah menerima pentauliahan. Kudos Staf Muda (PA) A.

Hadir ke Majlis Pentauliahan PISPA 2026

Majlisnya tak meleret panjang sangat. Lebih kurang jam 11 lebih hampir pukul dah habis majlisnya. Mereka dah keluar, barulah dapat bergambar ramai-ramai semua. 

Hadir ke Majlis Pentauliahan PISPA 2026

Ucu dan Paksu selaku pemeriah majlis. Ramai-ramai baru meriah gitu. Mereka tema shades of blue dan krim. Saya dan Encik Suami tema krim, beige, caramel, coklat dan kuning. Campur-campur,  kira okaylah tu warna tonanya. 

Hadir ke Majlis Pentauliahan PISPA 2026

Alhamdulillah..Selesai urusan Majlis Pentauliahan PISPA anak buah di Politeknik Melaka. Kami kemudian Jalan-Jalan Cari Makan sementara anak buah kemas barang-barang untuk balik rumah. Terpaksalah kena tinggal sebab dia selaku ketuanya. Kenalah jalankan tugas.

Dah jomlah kita gerak cari makan.