Jun 2026 | Minggu lepas hantar anak buah ke Politeknik Shah Alam untuk sesi latihan, kemudian dia ke Politeknik Merlimau Melaka pula untuk Majlis Pentauliahan PISPA 2026. Keluarga kakak saya bermalam di Seremban dan kami sama-sama gerak ke Melaka di hari tersebut.

Kebetulan tak ramai agaknya keluarga yang datang. Dapatlah saya, Encik Suami dan anak-anak buah masuk dalam dewan sekali. Kalau konvo, ibu bapa je yang boleh masuk dewan.




Alhamdulillah..Selesai urusan Majlis Pentauliahan PISPA anak buah di Politeknik Melaka. Kami kemudian Jalan-Jalan Cari Makan sementara anak buah kemas barang-barang untuk balik rumah. Terpaksalah kena tinggal sebab dia selaku ketuanya. Kenalah jalankan tugas.
Dah jomlah kita gerak cari makan.
Pentauliahan PISPA
Pengiktirafan rasmi oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang berjaya menamatkan latihan Pasukan Institusi Pertahanan Awam.Pelajar yang ditauliahkan akan dianugerahkan pangkat Staf Muda Pertahanan Awam, menandakan mereka bersedia untuk membantu komuniti dan agensi dalam pengurusan bencana.
Majlis bermula jam 10.00 pagi. Kami sampai awal jam 8 lebih sebab dalam jadualnya mula jam 9.00 pagi. Ingatkan mula awal macam majlis konvo tu, rupanya lewat juga ye.

Kebetulan tak ramai agaknya keluarga yang datang. Dapatlah saya, Encik Suami dan anak-anak buah masuk dalam dewan sekali. Kalau konvo, ibu bapa je yang boleh masuk dewan.
Dah lah kita pakai baju bukan formal. Kalau mereka bagi masuk tu maksudnya bolehlah tu. Okay, duduklah semua dalam dewan. Jenuh juga menunggu lama sampai majlis bermula.

Selepas baca doa dan ucapan, tibalah masanya untuk pentauliahan PISPA. Masa yang ditunggu-tunggu. Dapat jugalah ambil video anak buah menerima pentauliahan. Kudos Staf Muda (PA) A.

Majlisnya tak meleret panjang sangat. Lebih kurang jam 11 lebih hampir pukul dah habis majlisnya. Mereka dah keluar, barulah dapat bergambar ramai-ramai semua.

Ucu dan Paksu selaku pemeriah majlis. Ramai-ramai baru meriah gitu. Mereka tema shades of blue dan krim. Saya dan Encik Suami tema krim, beige, caramel, coklat dan kuning. Campur-campur, kira okaylah tu warna tonanya.

Alhamdulillah..Selesai urusan Majlis Pentauliahan PISPA anak buah di Politeknik Melaka. Kami kemudian Jalan-Jalan Cari Makan sementara anak buah kemas barang-barang untuk balik rumah. Terpaksalah kena tinggal sebab dia selaku ketuanya. Kenalah jalankan tugas.
Dah jomlah kita gerak cari makan.
20 Comments
Wah tahniah utk anak buah pizzah... lepas ni dah bole cari dia la kalau da problem yg berkaitan heheh
ReplyDeleteTerima kasih bagi pihak anak buah. hihi..buleh yo kalau dokek.
DeleteTahniah atas pentauliahan PISPA! Semangat kesukarelawanan pertahanan awam yang sangat membanggakan.
ReplyDeleteAlhamdulillah..Terima kasih madam!
DeleteTahniah buat anak buah Fiza....
ReplyDeleteTerima kasih kak.
DeleteBaru tau ade PISPA, sebelum ni tau ada PALAPES, SUKSIS, Ksatria
ReplyDeleteSaya pun baru tahu sebab anak buah ni. Kalau PALAPES dan Kesatria tu tahulah juga sebab kat UiTM dulu ada. Kesatria tu wajib masuk masa sem 1. Huhu...
DeleteAlhamdulillah dan Tahniah
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteTerima kasih.
congrats to ur nephew. well done!
ReplyDeleteTerima kasih madam.
Deletealhamdulillah..congrats to anak buahnya!
ReplyDeleteTeirma kasih Mummy Ayu.
DeleteCongrats utk keponakan kakak, dah tamat latihan nya 🎉🎉🎉. Semoga ilmu yg didapat bisa berguna utk menjalankan tugas
ReplyDeleteYa. Aamiin...Terima kasih Fanny.
DeleteTahniah buat anak buah Fiza..
ReplyDeleteTerima kasih kak.
DeleteTahniah untuk anak buahnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih.
Delete