Jun 2026 | Viral roti bakar butter kaya Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) yang sedap. Kita pun termakan hasutan dan belilah join the hype. Nak rasa juga sedap ke tidak. Jawapanya YA, memang sedap pun!
Roti tebal dan garing. Lembut pula tu. Gabungan kaya dan butter yang sedap. Lagi sedap di dinikmati panas-panas tu. Kalau dah sejuk kurang rasa sedap dia sebab roti dah tak garing dan liat. Nak sedap, kena makan panas selepas masak tu okay, tu syarat dia.
Kalau bungkus tu kena makan terus. Jangan simpan lama.

Dihidangkan bersama 2 biji telur separuh masak. Sedap betul tak rasa hanyir telur pun. Dapat sekali white blackpepper dan sushi sauce. Saya dah berkali-kali repeat menu ni tapi tak pernah lagi campur white blackpepper dan sushi sauce tu dalam telur separuh masak ni.
Telur separuh masak ni makan begitu je pun dah sedap dah. Roti bakar tu cicah telur separuh masak ni pun sedap juga. Sesuailah untuk dijadikan menu untuk sarapan pagi ke, tengahari ke, petang ke, malam ke. Semua boleh. Kenyang pun kenyang.
34 Comments
Sedapp
ReplyDeleteEk bolehh try jga nanti
Biasa sarapan dpt roti memang besttt. Pilihan ciknur kalu sarapan kat kedai
Sedap! Boleh cuba nanti Cik Nur.
DeleteWahh..Menarik betul nmpk roti & telur tu =)
ReplyDeleteKita pun ikut tertarik nak membeli dan cuba rasa. hihi...
Deletesaya suka CBTL! cuma saya opt for scrambled egg ;)
ReplyDeleteOrder dengan scrambled egg pun sodap kalau tak suka telur separuh masak. Banyak menu best CBTL ni kan.
Deleteboleh try...dah try roti butter kaya Pak Tam dan Chicken Rice Shop...oo..ada sushi sauce.. menarik tu, selalu bg kicap & lada sulah..
ReplyDeleteTak perasan pulak Chicken Rice Shop ada roti bakar juga. Agaknya sebab order benda yang sama tak perasan menu lain. Ye, agak pelik ada sushi sauce kan. Kicap tak ada pulak, white pepper je ada.
Deletesedapnya.. memang kena cuba juga ni
ReplyDeleteSilakan mencuba nanti ye Linda.
DeleteMemang sedap roti bakar CB ni nak nak kalau makan terus kat situ. Dia bagi sushi sauce pulak ek, patutnya kicap la kan. Kalau white pepper tu jenis masin tak payah letak sushi sauce tu. Tapi roti bakar, makan dah sejuk memang liat. Take away, sampai aje, kena ngap! Hahahha.
ReplyDeleteYe, makan kat situ lagi terasa nikmat sedapnya tu. Itulah tu, pelik betul bagi sushi sauce.
DeleteA'ah, sampai rumah kena terus ngap je. Kalau tidak kurang sedap.
alahai... udah la kita puasa hari ni... auto lapar... hahaha... selalu kalau buat kat rumah roti bakar tak jadi sedap macam kat kedai...entah butter apa la dia pakai.
ReplyDeleteMaafkan saya KakYan. Kannn..rasa macam tu jugak. Roti bakar tak sesedap di kedai. Roti kedai pun lain.
DeleteSedapnyaaa...nanti 19hb nak sarapan kat CBTL la...cuti masa tu sebab follow up KPJ...tengok gambar dah tau sedapnya tu...
ReplyDeleteBolehlah cuba nanti kak. Sesekali tukar angin asyik makan kat dalam KPJ tu je kan. Tapi kadang malas juga nak cari makanan kat luar. Kat situ jugalah kita makan. hihi...
DeleteSedapnya, kaya dengan butter memang ngam..
ReplyDeleteBetul, kombinasi yang tak boleh dipisahkan.
DeleteOh set ni yang makan hari tu dengan suami. Kita habiskan telur separuh masak tu.
ReplyDeleteSedap kan telur separuh masak tu.
Deletenampak menarik. tapi sejujurnya saya seram nak try sebab takut hayir. ooo tak hanyir ye? saya bukan pemakan telur setengah masak tu yang tak pernah mencuba
ReplyDeletePada saya tak hanyir. Faham sangat kalau jenis bukan pemakan telur setengah masak tu mesti skeptikal sikit kan. Tapi boleh cuba yang ni.
DeleteKalau makan di kopitiam saya mmg order butter kaya toast, tapi tak pernah cuba cicah dgn telur separuh masak lagi. Sebab selalunya order main meal lepas tu takut kenyang sgt pula. Tapi terasa nak cuba juga combination ni..
ReplyDeleteHihi..next time boleh cuba di CBTL ni. Kalau makan pagi ni boleh kenyang sampai tengah hari.
DeleteSaya tak perasan di CBTL sini ada menu ini atau tak. Harusnya ada. Krn setiap kesana saya selalu pesan American breakfast 🤣 dan kopi Americano. Telur setengah masak itu fav suami saya..kalau saya, memang tak akan tertelan kalau kuning masih encer 😂😂😂
ReplyDeleteMungkin ada kot. Disana pun macam biasa juga menu roti bakar ni kan. Memang ada orang tak suka telur kuning begini. Saya pun kadang boleh makan kadang tidak.
DeleteSedapnya roti bakar kaya CBTL panas-panas, cicah telur separuh masak memang layan! Padu sangat buat menu sarapan pagi. Nak cari CBTL lah esok pagi.
ReplyDeleteSangat padu buat sarapan pagi ni. Kenyang pun kenyang. Jangan lupa beli esok. Hihi...
DeleteAda yang terkena hangus nampak dorg share kat threads.
ReplyDeleteSiannya kalau dapat macam tu. Tak patut bagi yang hangus pada customer.
DeleteNampaknya kena pergi sarapan di CBTL ni sebab terpesona tengok gambar telur setengah masak yang csntik kejadiannya itu
ReplyDeleteHihi..dah ada dah menu sarapan untuk pagi esok. Tak kalut nak fikir dah.
Deletepernah cube sekali baru2 ni. tak sangka plak dtg dengan telur separuh masak. selalunya dpt roti jer kalau ke kedai2 lain
ReplyDeleteBetul! Saya pun tak sangka ada telur separuh masak tu. Ingatkan add on. Cubalah juga cicah roti bakar dalam telur separuh masak tu. hihi...
Delete