Jun 2026 | Viral roti bakar butter kaya Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) yang sedap. Kita pun termakan hasutan dan belilah join the hype. Nak rasa juga sedap ke tidak. Jawapanya YA, memang sedap pun!

Roti tebal dan garing. Lembut pula tu. Gabungan kaya dan butter yang sedap. Lagi sedap di dinikmati panas-panas tu. Kalau dah sejuk kurang rasa sedap dia sebab roti dah tak garing dan liat. Nak sedap, kena makan panas selepas masak tu okay, tu syarat dia. 

Kalau bungkus tu kena makan terus. Jangan simpan lama. 

Butter Kaya Toast CBTL Yang Sedap

Dihidangkan bersama 2 biji telur separuh masak. Sedap betul tak rasa hanyir telur pun. Dapat sekali white blackpepper dan sushi sauce. Saya dah berkali-kali repeat menu ni tapi tak pernah lagi campur white blackpepper dan sushi sauce tu dalam telur separuh masak ni. 

Telur separuh masak ni makan begitu je pun dah sedap dah. Roti bakar tu cicah telur separuh masak ni pun sedap juga. Sesuailah untuk dijadikan menu untuk sarapan pagi ke, tengahari ke, petang ke, malam ke. Semua boleh. Kenyang pun kenyang.