September, bulan kesembilan dalam kalendar tahunan. Kita akan menempuhi 30 hari di bulan September dengan entah apa ceritanya. 3 Bulan lagi akan menyusul pula buku baru di tahun baru. Masa berlalu pergi bagai ditiup angin.
Selamat bercuti warga Selangor pada 1 September sempena cuti peristiwa/tambahan negeri sempena SUKMA XXII. Encik Suami cuti, kita pun kena tempias jugalah bercuti sama. Merasalah orang Selangor long weekend kan sampai Selasa sambung cuti Hari Kebangsaan Malaysia 31 Ogos.
Selamat bercuti warga Selangor pada 1 September sempena cuti peristiwa/tambahan negeri sempena SUKMA XXII. Encik Suami cuti, kita pun kena tempias jugalah bercuti sama. Merasalah orang Selangor long weekend kan sampai Selasa sambung cuti Hari Kebangsaan Malaysia 31 Ogos.
Cuti pun tetaplah kena buat kerja juga. Nak kemana-mana pun jem sana sini sebab dah bermula cuti sekolah. Ramai yang ambil peluang ni untuk bercuti bersama keluarga. Selamat bercuti semua.
16 September kita akan bercuti lagi sempena Hari Malaysia 2026, hari Rabu. Nampaknya tak bolehlah nak mengelat cuti long weekend. Tapi okaylah ada cuti daripada tak ada, kan!
Bulan September bakal sibuk semua dengan pelbagai urusan. Belum apa-apa lagi saya dah terbayangkan kepenatan tu. Semoga segala urusan Allah permudah. Aamiin...

September
Some battles area carried quietly and kindness is the light they hold on to

Gentle Remembrance
So as for orphan, do not oppress —Ad-dhuha 93:9
I like how kindness often begins with remembering. Everyone is fighting silent battles we cannot see. I hope to meet others gently, with the same care I once needed too.
Cuti umum/ Public holidays September 2026
- 1 September 2026 – cuti peristiwa/tambahan negeri sempena SUKMA XXII
- 16 September – Hari Malaysia (Cuti Umum)
- 29 September – Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan)
- 30 September – Cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan)
Sambutan pada bulan September
- 5 September – Sambutan Hari Kerja Amal Antarabangsa (International Day of Charity)
- 10 September – Sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri Antarabangsa (World Suicide Prevention Day)
- 11 September – Sambutan Hari Patriot (Patriot Day)
- 15 September – Sambutan Hari Demokrasi Antarabangsa (International Day of Democracy)
- 16 September – Sambutan Hari Malaysia (Malaysia Day)
- 16 September – Sambutan Hari Tindakan Lapisan Ozon Antarabangsa (International Day for the Preservation of the Ozone Layer)
- 21 September – Sambutan Hari Tanpa Pencemaran Bahan Api (Zero Emission Day)
- 21 September – Sambutan Hari Keamanan Antarabangsa (International Day of Peace)
- 22 September – Sambutan Hari Tanpa Kereta (Car Free Day)
- 26 September – Sambutan Hari Kawalan Kehamilan Sedunia (World Contraception Day)
- 27 September – Sambutan Hari Pelancongan Sedunia (World Tourism Day)
- Ahad Terakhir September – Sambutan Hari Sungai Sedunia (World River Day)
- 28 September – Sambutan Hari Penyakit Anjing Gila Sedunia (World Rabies Day)
- 29 September – Sambutan Hari Jantung Sedunia (World Heart Day)
0 Comments