Mei 2026 | Masa ni tengah hype air laut Port Dickson jernih sejernih jernihnya. Ada yang kata laut PD jernih umpama di Maldives. Sampai begitu sekali ye umpamanya tu. Entah ye entah tidak.
Tapi ramai yang share gambar di medsos, ternyata air laut Port Dickson memang jernih. Ada masa-masa tertentu lah tapi. Kena tengok jadual air pasang surutnya. Kalau datang tepat pada masanya, ada rezeki lah dapat tengok air laut Port Dickson yang jernih tu.

Sejak tu Port Dickson every weekend jem rasanya. Saya pun FOMO, ajaklah Encik Suami ke Port Dickson kejap. Dekat tak dekat sangat lah kan kalau dah jem tu. Jarang sangat nak ke Port Dickson ni.
Ada sesetengah tempat memang jernih airnya macam di Monkey Bay, kena hiking lah tapi. Malas dah lah nak ke situ sebab dah beberapa kali pergi. Kita nak healing santai-santai tengok laut je sebenarnya.
Kami pergilah Pantai Poli kot orang panggil. Hidden gem katanya tapi dah viral ni tak hidden dah lah. Cantik laluan jalan ni.

Dari jalan besar pun dah penuh kereta tau sebelum lalu lorong viral ni. Sampai parkir depan tu pun tak ada parkir kosong. Sampai pusing 2 kali.
Kat pantai pun ramai orang. Kita hanya melihat dari jauh je lah. Dari laluan atas bukit nampak sikit air laut jernih tu. Cantik pantainya bersih dan luas kawasan pasir landai. Air tengah surut tu kot. Bestnya kalau dapat turun ke pantai. Kami pun tak pernah sampai pantai ni lagi.

Takpelah, tak ada rezeki nampaknya. Jomlah kita cari makan dulu. Kononnya nak makan sotong celup tepung. Kedai pula tak buka lagi. Hmm majuk! Suka tau kecewakan kita.

Maka, pulanglah kami dengan kehampaan. Silap besar lah kami pergi hari Ahad masa tu. Weekend memang penuh ramai orang pun kat sini. Sampai sekarang macam tiap-tiap minggu PD jem ek. Kadang ada event lah apa.
Lagi sesaklah orang menuju ke PD, macam dalam gambar pertama di atas. Antara lokasi air jernih di PD yang saya tahu, Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon), Pantai Purnama dan Pantai Poli. Pantai mana lagi yang jenih di PD ye? Boleh share dalam kotak komen. Next time boleh pergi.
Terima kasih.
18 Comments
Adik ada pergi jugak, katanya memang jernih berbanding biasa. Tak pasti dia pergi pantai PD belah mana.
ReplyDeleteTengok gambar pertama tu, rindu dengan rutin kami suatu masa dulu. Masa tu rajin masuk Hutan Tanjung Tuan.
Ya, lama juga fenomena air jernih laut PD ni sampai sekarang. Tapi kalau kat Tanjung Tuan tu memang jernih sentiasa air dia kan.
DeleteKalau rindu kena hiking sini lagi kak. Baik Nismilan lama sikitlah tapi.
Cantiknya air laut jernih Port Dickson sekarang! Memang patut FOMO kalau tak pergi santai kat pantai. Saya selalu ke Pantai Saujana.
ReplyDeleteYa, sampai sekarang airnya jernih. Itulah tu, kita pun FOMO. Pantai Saujana memang best kan.
DeleteLama tak ke PD. Last masa anak2 kecik je.
ReplyDeleteNanti bolehlah plan cuti-cuti ke PD pulak Cie. hihi...
DeleteKalau dah viral dan ramai yang fomo jadi sesaklah keadaannya tu kan.. Akk pernah ke Pantai Purnama je. Tapi bukan time jernih ni la. Lama dah pergi
ReplyDeleteBetul, tiap-tiap minggu sesak ramai orang. Dengan eventnya lagi. Pantai Purnama memang best. Sekarang pun dah ramai ke situ. Dah tak hidden gem dah.
DeleteMasa kat Melaka, kami pergi pantai area Tanjung biru tu (blue lagoon).. tak perasan pula warna apa air nya..hahaha.. suka kat situ, sebab dia macam lagoon, so tak panjang la pantai nya..dan air nya takde lah dalam sangat.
ReplyDeleteBlue lagoon ramai orang biasanya. hihi..bila perginya tu? Kalau bulan Mei tu rasanya dah mula air jernih.
DeleteYa Allah tidak tahu air di PD tengah jernih bersih. Haha ok betul nampak jernih.
ReplyDeleteMasih jernih lagi sampai sekarang. Bolehlah datang ke PD kak Wina.
DeleteHa baru plan nak piknik la kat PD... kena cari lokasi yg best sket kan... eh jom gathering piknik² org² N9 hahaa syiok ni kalau dapat piknik reramai kan..
ReplyDeleteBolehlah tu plan picnic kat PD. Kena cari lokasi paling best lah. Tapi kena pergi awal. Kami sampai awal pun dah penuh semua tempat. huhu...
DeleteOrang Nismilan PBSM tiap minggu balik kg. hihi..Kena tengokd date jugak tu.
Akak ni nama je orang Seremban..jarang sagat pi PD...tapi nak cuba pantai poli tu la....
ReplyDeleteSamalah kita kak. Bila rasa nak pergi je baru pergi. Sekarang pun makin sesak on weekend sebab hype air laut jernih ni. Saya pun dapat tengok dari jauh je. huhu...
DeleteBestnya kalau dapat tengok kan. Lama betul tak sampai PD
ReplyDeleteSatu terapi jugak. Jika ada kelapangan masa tu bolehlah ke PD pula. hee~
Delete