Jun 2026 | Selesai Majlis Pentauliahan PISPA anak buah, kami 2 buah kereta meluncur terus ke Cafe Markisa alang-alang dah ada dekat Merlimau tu. Dah lama saya berhajat tau nak datang tak kesampaian. Kali ni lah rezeki saya dapat singgah beramai-ramai.

Akhirnya Sampai Juga Jalan-Jalan Cari Makan ke Cafe Markisa

Kami sampai jam 1 lebih, dah ramai dah orang datang makan di sini. Ruang makan dia luas dan banyak tempat duduk dan meja. Tak kalut nak cari meja kosong.

Akhirnya Sampai Juga Jalan-Jalan Cari Makan ke Cafe Markisa

Sistem pesanan di sini menggunakan QR code yang diletakkan di meja. Kalau nak makan menu western, sistem pesanan buka pada jam 1.00 petang.

Kakak saya pesan air markisa. Masam betul ye air markisa ni. Macam tak ada gula. Tapi kami boleh je telan sebab suka juga masam-masam. Buah markisa pun dah sedia maklum masam kan. Yang tak suka masam, sila order air lain.

Akhirnya Sampai Juga Jalan-Jalan Cari Makan ke Cafe Markisa

Saya pula order ais markisa jelly ke namanya. Dia macam ais limau jelly tu cuma versi buah markisa. Sedap rasa masam manis. Segar lalu tekak. Recommend order yang ni.

Akhirnya Sampai Juga Jalan-Jalan Cari Makan ke Cafe Markisa

Panas-panas ni sesuai sangatlah order air lai ci kang. Sedap sejuk di tekak tapi agak manis sikit. Terlebih letak air gula agaknya. Tapi bila ais dah cair tu okaylah kurang manis.

Akhirnya Sampai Juga Jalan-Jalan Cari Makan ke Cafe Markisa

Tak lupa juga cendol. Tapi cendol ni manis ya amat. Tak terlalu cendol sangat. Tapi kaalu nak rasa dan sejukkan tekak tu bolehlah cuba. Selera orang lain-lain kan.

Akhirnya Sampai Juga Jalan-Jalan Cari Makan ke Cafe Markisa

Hidangan pilihan abang ipar nasi putih dan juga tauhu jepun masak apa entah. Saya pun lupa sudah.

Akhirnya Sampai Juga Jalan-Jalan Cari Makan ke Cafe Markisa

Tauhunya banyak sepinggan, porsi sesuai untuk 2 orang makan ni. 

Akhirnya Sampai Juga Jalan-Jalan Cari Makan ke Cafe Markisa

Kakak saya pesan set nasi ikan talapia geprek. Dihidangkan bersama sambal, sup, sayur kacang panjang, tauhu goreng, tempe goreng dan timun. Ikan tu boleh kongsi makan berdua.

Akhirnya Sampai Juga Jalan-Jalan Cari Makan ke Cafe Markisa

Saya pesan nasi goreng sambal sotong kongsi dengan anak buah sebab saya makan sikit je. Anak buah pun okay je kongsi. Itupun susah juga kami nak habiskan makan berdua. 

Sambal nasi lemak dan sambal sotongnya sedap. Pedas sikit lah tapi. Ada pulak sayur kangkung celur. Meriah sepinggan nasi lemaknya.

Akhirnya Sampai Juga Jalan-Jalan Cari Makan ke Cafe Markisa

Nampak ada menu mantou, pesan lah juga sebab nak rasa. Besar-besar ye mantou dia. Dihidangkan bersama seafood spicy butter apa entahlah nama menu dia. Banyak betul lupa. Mantou dia agak berminyak dan buat rasa tak syok makan. 

Tambah pula kuah cicahnya agak berminyak juga. Jadi pening terus. Tapi habiskan juga lah. 

Akhirnya Sampai Juga Jalan-Jalan Cari Makan ke Cafe Markisa

Encik Suami pesan ayam buttermilk tanpa nasi. Meratah lauk je lah. Lauk ni buat cicah mantou pun sedap. Lebih pekat.

Akhirnya Sampai Juga Jalan-Jalan Cari Makan ke Cafe Markisa

Satu lagi hidangan spaghetti tomyam, lambat sampai sebab western buka order lambat kan. Tak ambil gambar dah. Total semuanya RM15+. 

Sambil makan tu dapatlah menjamu mata dengan permandangan sekitar Cafe Markisa kat sini. Ada banyak tarikan di sini. Boleh naik cruise jalan-jalan menyelusuri Tasik Chin Chin. Tak sempatlah kami nak naik cruise sebab mengejar masa. Kakak saya pun nak balik Sabak Bernam terus.

Akhirnya Sampai Juga Jalan-Jalan Cari Makan ke Cafe Markisa

Jadi, kita hanya jalan-jalan dan melihat kawasan di sini je lah sebelum balik. Ada buaian kat sini. Banyaknya itik dan angsa. Meriah dengan bunyi mereka je. 

Akhirnya Sampai Juga Jalan-Jalan Cari Makan ke Cafe Markisa

Boleh beli makanan untuk mereka di kedai kopi. Oh ya, ada kedai kopi, kedai Pizza, kedai bahulu, kedai biskut dan macam-macam lagi kedai kat sini. Meriah betul suasana kat Cafe Markisa ni rupanya. Ingatkan kedai makan semata-mata.

Akhirnya Sampai Juga Jalan-Jalan Cari Makan ke Cafe Markisa

Saya ni takut angsa, risau nanti dia kejar kita. Nasib baik dia behave je. Bolehlah ambil gambar. Tengok healing ke tu? Hihi...

Akhirnya Sampai Juga Jalan-Jalan Cari Makan ke Cafe Markisa

Kakak saya beli makanan, kami pun ambil peluang rasakan pengalaman bagi makan itik. Kemain dia menyudu makan beria macam tak ada hari esok. Lapar sungguh lah.

Akhirnya Sampai Juga Jalan-Jalan Cari Makan ke Cafe Markisa

Tak lupa bergambar di buaian. Lighting tak on point, edit sikit bagi cerah guna apps meitu yang tengah viral macam pakai camera mahal katanya. Sekali nohhh rokiah cerah ya amat! 

Akhirnya Sampai Juga Jalan-Jalan Cari Makan ke Cafe Markisa

Simpan kenangan bergambar di beberapa sudut yang menarik. Geng perempuan je la sakan ambil gambar. Encik Suami jadi photographer. Abang ipar awal dah cabut pergi ke kereta. Nak rehat drive jauh kan.

Akhirnya Sampai Juga Jalan-Jalan Cari Makan ke Cafe Markisa

Sekeping lagi bergambar dekat signboard Cafe Markisa. Tempat wajib bergambar tanda hadir gitu.

Akhirnya Sampai Juga Jalan-Jalan Cari Makan ke Cafe Markisa

Dan kami teruskan perjalanan pulang ke Seremban. Tak jadi mereka nak balik terus ke Sabak Bernam sebab penat. Malam baru bertolak balik. 

Alhamdulillah, masa dihabiskan bersama dengan baik. Cipta kenangan bersama. Ada rezeki masa lain kali boleh berkumpul dan jalan-jalan lagi.