Majlis Resepsi Azhafizah & Mohd Aidil : August,24 | Segamat,Johor

Thursday, August 29, 2013

Ok ok..mesti bosan sebab asyik entry wedding kan. Kes balas dendam sebab lama tak update blog punya pasal. Ataupun ada yang rindu blog sihatimerahjambu tak berupdate?ada? Semalamnya dah settle solemnization, esoknya pulak 24 August 2013 Majlis resepsi sebelah Fiza. Tema modern+tradisional gitu. Pengantin bertemakan dusty pink dan purple. Family bertemakan dark purple dan parents brown.

Our rings!

My wedding shoes from Vincci 

Ini bunga manggar DIY Fiza. Bila dah susun camni nampak cantik sangat..kan? Nanti Fiza buat tutorial DIY bunga manggar ni ye. tunggu next entry ok?


Sebenarnya tak berapa excited untuk majlis resepsi ni sebab masa fitting dress kahwin sebelum ni dress ni oversize pulak. Tailor mak andam tak sempat nak betulkan dan apa yang siap tak sama macam yang Fiza nak.Jauh beza..cuma design je sama..Segala beadings sangat simple dan Fiza mintak tambah sebab apa yang Fiza nak memang totally sangat tak sama. 


Agak kecewa kat situ.ok fine, pasrah je laaaaa'. Dah cakap awal awal dengan family, tolong jangan kutuk baju kahwin sebab memang Fiza tak suka..So diam diam je bila pakai nanti..

Guestbook area design by Fiza sendiri. Simple jek.last minit je ni.

Ini pulak idea abg Fiza.Semua ni abang yang sponsored. Terima kasih banyak. Ni je la yang tradisional nya. Semua ni anak anak buah Fiza. Amboii bergaya ala pendekar masing masing. Bila lagi kan nak pakai camni. Ni lah fungsi dorang. Kena mengiringi pengantin! Tak susah mana kira interframe la ni..hehe


Fiza baru nak keluar..agak lambat sebab sibuk shoot dalam bilik. Hamek ko pengantin lelaki berpanasan kat luar tu...hehehe

Ok macam biasa adat kat Johor ni ada tol sebelum pengantin lelaki dok sebelah pengantin perempuan kan..Alhamdulillah tol tak banyak..Settled! Wajib ada gambar dengan mak abah! Err...Formal gile posing Fiza tu..haa tengok tu baju cam oversize kan..dah guna pin pun takleh..haishh..sangat spoil hokeh! Lagilah bertambah chubby rasanya..kannn


Bersama kakak, kakak ipar, anak-anak buah Fiza ni merangkap dayang dayang konon.

Sessi outdoor buat kat Taman di Bandar Utama Segamat, Johor. Sikit je la kot nak share. Banyak gambar kat OP je.

You're King,I'm Queen! 


Ini untuk tetamu yang datang.Teddy Bear chocolate cookies dan colourful ice cream cookies.Ada jugak bunga telur dan nasi bungkus untuk tetamu.Itu adalah perkara biasa kalau kenduri kat kampung.So totally tema kawin adalah modern dan tradisional. Senang tak gaduh..kannn

Seriously majlis sangat memenatkan tapi super happy walau kecewa pada baju tu..huk huk.Happy jugak dapat jumpa kengkawan lama.Terim kasih kepada semua yang banyak beri komitmen untuk majlis especially family dan Terima kasih untuk tetamu yang datang mendoakan kebahagian kami.

Info Reception : 24 August 2013 | Segamat,Johor
OP: Bunga Hitam Studio
Second OP : Azzam Azhar
Doorgift : Luvering Doorgift
Outdoor Photoshoot : Bandar Utama,Segamat Johor
MUA,Dress,Pelamin : Gincu Merah Bridal.

Ok,cukup untuk entry majlis resepsi ni.Macam banyak sangat pulak kan.So tunggu next entry ye .Terima kasih sudi singgah dan Fiza akan balas kunjungan sebab sekarang tak busy mana.

23 comments

  1. kalau tak silap, bunga manggar tu buat dari tali rapiah ke??

    btw, selamat pengantin baru dan tahniah :))

    ReplyDelete
  2. kalau baju kita tak rasa puas hati, tak syok nak pakai kan fiza. takpe2, yang penting fiza tetap nampak cantik

    ReplyDelete
  3. baju tu cantik jgk lah siryes..nak tutorial bunga mangga tu pliss ^_^ adore sangat!

    ReplyDelete
  4. hai fiza sayang.... comel lah fiza masa kahwin. biasalah tu, kdg2 bila kita terlalu berhati2 buat persiapan pon mesti ada aje yg tak kena. jgn la frust sgt tau. janji majlis berlangsung dgn lancar dan mudah. sorry ya, k izah tak dpt dtg. tringin sebenarnya nak jumpa fiza.... insyaAllah sampai masa kita akn berjumpa juga.... congrats buat fiza dan suami...

    ReplyDelete
  5. CANTIKKKKLA BAJU TU :) ALA ALAL .. CEPAT2 UPDATE LG . HEHE

    ReplyDelete
  6. lame x masuk blog ni.. dah kawen ye? congrats ye.. chanteqqqq sgt :)

    ReplyDelete
  7. selamat pengantin baru , tahniah.... semoga berbahagia tau.. meriah majlisnya :)

    ReplyDelete
  8. akak, nak tanya, glass jar tu beli kat mana ya?

    ReplyDelete
  9. wahh. tahniah ! selamat pengantin baru :)

    ReplyDelete
  10. congratz, fiza ^^

    selamat pengantin baru...

    ReplyDelete
  11. sis cantik sngat. btw slamat pengantin baru. smoga kekal hujung nyawa. :)

    ReplyDelete
  12. just nampak besar kat part tgn je..xpe..still nice ..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.