Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Dekorasi Scandinavian Dalam Rumah Tema Merah Jambu

Selamat pagi! Agak lama tak berkongsi cerita tentang dekorasi rumah. Apakata ceriakan mood pagi ni dengan dekorasi Scandinavian ruang rumah bertemakan warna merah jambu lembut. Of courselah pink pilihan sihatimerahjambu. 

Nak mendeko rumah bertemakan Scandinavian ni kenalah bermula dengan design rumah tu sendiri. Dekorasi Scandinavian kini semakin trending di applikasi dalam ruang rumah untuk nampak lebih luas, kemas dan selesa. 

Boleh lah berkira-kira bajet dari sekarang beli tanah dan design rumah sendiri nanti ni. Doa-doakan lah ada rezeki untuk memiliki rumah style Scandinavian ni. Terberkenan pulak! Dapat pulak beli tanah besar dan buat rumah seluas mungkin. 

Kalau kat bandar nilai tanah agak mahal, apatah lagi rumah yang dah siap dibina. Jadi, nak beli tanah tu kena beli kat kawasan kampung lah. Baru puas hati dapat buat rumah besar. Eh, terberangan pulak pagi-pagi ni. 

Tak salah pun berangan. Berangan tu kan percuma je pun. Pinjam ayat penulis lirik lagu lelaki terangung tu, Iman Imran " Berangan itu best.. Kalau jadi kenyataan lagi best". Memang best kalau apa yang di berangankan menjadi kenyataan. Doakan semoga ianya menjadi kenyataan. Amin.

Scandinavian

Scandinavia bermaksud negara-negara dari Eropah Utara seperti Denmark, Swedia, dan Norwegia. Istilah Scandinavian bermula dari pameran design di Amerika dan Kanada sekitar tahun 1950an, dimana istilah tersebut memperkenalkan cara orang-orang Scandinavia hidup secara sederhana, bersih, serta terinspirasi dari alam dan iklim utara, mudah diakses dan tersedia untuk semua.-Kredit : urbankompas

Ciri-Ciri Scandinavian

1. Warna Neutral

Warna neutral seperti putih dan kelabu terang menjadi ciri utama. Warna netral yang digunakan memberikan kesan ruang rumah lebih luas, elegan dan moden walaupun sebenarnya gaya Scandinavian bukan gaya moden. 

2. Saiz Tingkap Kaca Yang Lebar.

Pengaruh dari saiz tingkap kaca yang lebar memberikan pencahayaan matahari dari luar menjadi penerangan utama pada waktu siang hari tanpa perlukan lampu. Bab ni Fiza paling suka sebab Fiza sangat sukakan cahaya yang neutral dari luar. 

Tapi duduk bandar ni dah tentulah kena tutup langsir 24 jam kan. Jadi, sangat bagus kalau gaya Scandinavian ni di buat di kawasan kampung atau berdekatan alam semulajadi. 



3. Penggunaan kayu berwarna putih pada lantai , plafon dan tembok.

Ini adalah ciri khusus yang tidak dimiliki design yang lain. Penggunaan kayu sebagai material mungkin tidak dapat direalisasikan buat masa sekarang disebabkan kayu makin pupus dan agak mahal. Disebabkan itu, boleh gunakan seramik yang mirip dengan rupa kayu.



4. Pemandangan Alam Semulajadi.

Saiz tingkap yang lebar digunakan adalah faktor utama untuk menikmati pemadangan hijau di luar rumah. Orang Scandinavia menyukai pemandangan halaman depan atau halaman rumahnya yang lain yang banyak tumbuhannya. 

Disebabkan Fiza dan encik suami sejenis manusia yang sukakan alam semulajadi. Sangat sesuai untuk impikan rumah gaya Scandinavian ni. Nikmatnya kalau hari-hari dapat tengok dan sedut udara segar alam semulajadi. Bukan sedut udara tercemar hutan batu.


5. Menekankan pada fungsi

Design Scandinavia memiliki ciri khusus yaitu menggunakan perabot dan furniture seperlunya dan sesuai dengan fungsinya.



6. Perabot yang sederhana

Perabot Scandinavia sangat sesuai sekali dengan urban style ( interior gaya urban). Biarpun agak nampak simple tapi Scandinavia punya nilai seni yang tinggi dan tersendiri. Setuju?




Siapa suka style Scandinavian ni kita geng! Boleh jadikan sumber rujukan dan inspirasi akan datang. Tak lapuk dek zaman kot style Scandinavian ni. Jatuh cinta terus.

Kredit image : google
Kredit info: prodezign


Post a Comment

3 Comments

  1. Ouhhh, I love I love! Saya pun suka kalau cahaya semulajadi yg masuk rumah. Rasa mood jadi ceria and hidup je.. :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.