Tiba tiba dapat bungkusan lagi. SYM Bagi!

Cerita Ahad. Pin! Pin! Assalamualaikum... bunyi hon motor depan rumah. Tengah makan dengan husband masa tu. Ehhh siapa pulak? Tak kan parcel kot. Harini ahad! Sekali jengah betul lah ada abang pos laju bermotorsikal depan pagar rumah.

Cepat cepatlah husband basuh tangan dan keluar. Husband kata dari SYM. Ohhh baru teringat SYM ada minta alamat sebab jadi salah seorang top komentator 2020 blog SYM (Siti Yang Menaip).

Hampir lupa sudah sebenarnya. Dapat je parcel, teruslah buka. Teruja nak tahu apakah kiriman dari SYM ni. Tu diaaa macam-macam benda ada dalam bungkusan ni.

Hadiah dari blogger Siti Yang Menaip
 

Bungkusan Keriangan dari SYM

  • Face Mask Set ( Face mask, face mask extender, face mask casing)
  • Sanitizer holder + 2 empty bottles
  • Chocolates (Kisses Hershey's + Daim + Barnsberry milky chunky + Elvan trruffle)
  • Flip flop Australia keychain
Diselitkan sekali nota comel 
TOP KOMENTATOR 2020 sitiyangmenaip =)
Terima kasih selalu singgah blog saya dan support semua entries..
Take care dan ceria selalu.
-SYM-

Alhamdulilah, bungkusan kiriman hadiah dari blogger SYM selamat sampai. Bungkusan elok, barang dalam pun elok. Semoga Siti terus dimurahkan rezeki yang berpanjangan. Aaminnn...

Blogger SYM

SYM singkatan bagi Siti Yang Menaip. Dah lama kenal dengan blog Siti Yang Menaip. Kali kedua terima hadiah dari SYM. Yang suka travel, wajib singgah blog SYM. 

Penuh segala maklumat lengkap kalau travel ke tempat-tempat yang SYM pernah pergi. Kita tengok pun teruja dengan gambar-gambar travel SYM.

jom singgah : sitiyangmenaip.com

Selain tu, SYM ada kongsikan banyak makanan-minuman terbaru. Ramai dah terpengaruh dengan hasutan SYM cuba minuman dan makanan baru yang ada dipasaran. 

Termasuk lah saya, mudah terpengaruh dengan rakan blogger SYM. hahaha..Siapa dah terpengaruh, sila mengaku.

Dalam post terbaru, SYM ada post closed until further notice. Apakah maksudnya? Mungkin SYM ingin berehat seketika dalam dunia blog. 

Ke nak ubah mood blog, under maintainance kot. Kita nantikan kemunculan semula post dari SYM.

Terima kasih SYM, semoga dipermudahkan segala urusan. Aaminn...

26 comments:

  1. nak coklat tu boleh? hehehe !! tahniah kak fiza :)

    ReplyDelete
  2. wah! tahniah!!! orang lain dapat hadiah kite yg excited hahah

    ReplyDelete
  3. tahniah fiza..bestnya dapat parcel..ala ala dapat kiriman peminat misteri gitu

    ReplyDelete
  4. Wahh ! tahniah sis dapat hadiah, menarik semua nye tuh

    ReplyDelete
  5. Itulah nanti Siti yang baru. Perasan dia dah tukar domain dot com.
    Memang terkejut dapat bungkusan.

    ReplyDelete
  6. tahniah fiza.. mama pun dpt juga murah hati sungguh SYM

    ReplyDelete
  7. Wah, macam-macam ada. Tahniah, Fizah!

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah tahniah Fizah.. Semoga si pemberi dan awak dikurniakan rezeki yang melimpah ruah..

    ReplyDelete
  9. Tahniah Fiza. Rindu jugak dengan SYM. Lama tak lepak sama-sama. Geng travel gak ni

    ReplyDelete
  10. Tahniahhhh... Bestnyaaaa.. Alah, dah nak stop ke.... baru nak try gak. hahaha

    ReplyDelete
  11. tahniah kak fizah! cantik gmbr yang diambil.

    ReplyDelete
  12. wahhh banyak nya cekelat!!!
    seronok kan dapat hadiah... seronok bila tgk postmen singgah umah kita hahaha...

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah...akak pulak semalam baru sampai hadiahnya..sama terkejut juga..haha..

    maybe siti nak rehat sekejap dari berblog dan fokus dengan benda penting..

    ReplyDelete
  14. wow weee byk nya hadiahhh.... tahniah!!! cekelat tu dah abis ke belum? hahahaha

    ReplyDelete
  15. Best dapat chocolate boleh makan. Sanitiser holder tu comel.

    ReplyDelete
  16. tahniah fiza.. memang meriah bila unboxing

    ReplyDelete
  17. Tahniah! Rezeki datang lagi. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah.. Tahniah Fiza.. Comel botol kecik tu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.